Saturday, December 24, 2011

M:I4@IMAX

Hah. Hari tu aku tengok wayang.

Apa??

Cerita Ombak Rindu ??

Choi.

Tak de nya aku nak tengok cerita Melayu kat wayang ni melainkan cerita yang ada effect lebih lebih sikit dan aku rasa worth tengok di wayang. Kalau cerita melankolik macam ni, tak payah la. Aku tunggu je keluar kat TV. Tu pun belum tentu aku tengok.

Ya. Aku poyo bab ni sebab aku sedar aku pun Melayu dan berbontot bintat dan berbelang tapi tak menghargai  cerita tempatan. Tapi tak pe lah, sebab aku lebih excited nak nengok cerita..

Mission Impossible - Ghost Protocols !


Hah. 

Aku memang layan cerita Mission Impossible ni dari dulu. Dan kali ni lebih menarik lagi aku nak tengok movie ni dekat IMAX !

Korang tau apa itu IMAX?

IMAX ni kira panggung yang pakai system IMAX la. Cemana aku nak cerita eh. Aku pun tak reti. Tapi aku teruja la lepas aku ada baca TGV bukak panggung IMAX pertama di Malaysia ni so aku ambik peluang untuk tengok movie MI ni di theater IMAX DTS di Sunway Pyramid.

Aku pegi dengan OR. Dia ikut je.

"Kita tengok kat IMAX ya Yang?"
"Apa tu?"

Kann. Dia pun tak ambik tau. Tak pe lah. Aku explain letih letih pun nanti aku tahu jawapan dia dah.

"Saya ikut awak je la Yang"

Kannn...tu jawapan dia. Senang dan mudah.com !

Tak pe. Ikut je. Yang pasti aku dah siap siap book tiket di Sunway Pyramid tu dan kami keluar rumah dan bersiap sedia untuk menonton.

So overallnya, cerita Mission Impossible tu memang sah sah la menarik. Tapi yang dulu lagi best kot. Cuma kali ni tengok kat theatre IMAX memang puas hati. Tapi kalau tengok gambar kat bawah ni macam KIMAK pulak.


Apa yang membezakan theather IMAX dengan panggung biasa?

Mesti tu pertanyaan korang kan?

IMAX ni skrin dia besar. Resolusi gambar dia pun lebih jelas. Kalau kita tengok wayang biasa, skrin tu cuma akan menutup  at most 3/4 dinding panggung tu kan? Tapi untuk IMAX. Skrin dia adalah dari hujung atas syiling tu sampai ke bawah lantai !!!

So kiranya besar gambar dia.

Memang best. Kalau tengok part Tom Cruise kat Al Burj tu memang jelas la. Bila kita tengok kat skrin IMAX ni seolah olah kita tengok scene tu real.

Ke aku exaggerate ni?

No lah. Serious. Cuba korang pegi tengok. Memang jelas di mata !!!!!

Paling best sound system dia. Sekali dia berdentum memang terkejut di buatnya. Dan ada beberapa scene dalam MI ni effect dia memang awesome. Kerusi tempat duduk tu siap bergegar. Sound dia memang jelas dari atas bawah belakang dan segenap pelusuk lah.

Tak payah la aku cerita lebih, pegi sendiri baru korang rasakannya.

Harga theather IMAX ni lebih mahal. Tiket dia RM20 seorang tapi berbaloi baloi. Cuma pastikan jangan duduk seat depan sangat sebab nanti mata jadi juling sebab skrin besar. Cari seat tengah tengah paling menarik. 

Sekarang ni theatre IMAX cuma ada dia TGV Sunway Pyramid je. GSC ada satu di Berjaya Time Square kot.

Nak kata berbaloi tu terpulang la, tapi it is a new experience lah dan patut di cuba oleh semua orang. Tapi jangan la tengok cerita Ombak Rindu kat theater IMAX ni. Buang karen je. Tengok cerita action pack la baru gempaq beb !!!!

Keluar wayang aku bercerita penuh semangat kat OR.

"Sayang rasa tak? feel tak masa meletup tu. Kebaboooo.. Kerusi dia bergerak. Best gilerr. Syok tak tengok kat IMAX?"
"OK laaa"
"Tu je?"
"Haaa. OK laa"

Mati la tak de perasaan !

Aku kecewah !!!!!!

Friday, December 23, 2011

K

Hah ! Teka tajuk hari ni huruf K je. K untuk apa???????

Hari ni Cikdu nak bukak kelas astronomi.

Dengar ni......

Korang tahu hari ni hari apa?? Tentu tahu kan. Hari Khamis. Bagus !

Apa tarikh hari ni?? Ya.. pasti semua berjaya meneka dengan tepat. 22 Disember 2011 ( waktu entry ni di tulis).

Dan tahukan anda apa yang berlaku pada hari ini?

Apa???? Kucing jatuh longkang? Gigi bongsu patah???

Bukan ! Tu semua tak penting. Apa yang penting berkaitan dengan ilmu astronomi, hari ni 22 Disember 2011 adalah hari yang menandakan bermulanya musim sejuk di negara negara beriklim sejuk. Ini bermakna kata bahawa, hari ni di kira malam paling lama dalam sepanjang tahun dan siang yang paling pendek.

Cuba korang check tadi, pukul berapa gelap?

Tapi sebab hari ni cuaca mendung kot so kita tak de lah tahu sangat.

Winter Solistice ini berlaku apabila paksi di polar hemisfera berada paling jauh dengan bintang di orbit. Maksudnya paling jauh dari bintang dan matahari. 

Kejadian ini berlaku setiap tahun sebenarnya tapi bagi kita yang tak ambik pot ni, kesah ke?? Begitu !

Tapi, tahu kan anda bahawa pada tahun 2012 nanti pada tarikh 21 Disember 2012 di mana kepercayaan dan rencana yang menyebutkan bahawa peristiwa bencana atau transformatif akan terjadi pada tarikh tersebut.  Perkiraan ini didasarkan pada apa yang didakwa sebagai tarikh akhir dari kalendar Maya, yang merentang selama 5,125 tahun dan berakhir pada 21 Disember 2012 iaitu hari Jumaat.

Dan di sini lah di katakan bahawa kiamat akan berlaku. Wallahuallam.

Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah dalam kitab al Muwatta;

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.

Dalam hadith, dikatakan kiamat jatuh pada hari Jumaat. Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti ) 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adlaah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu ini pula dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” 

(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).


Bagi kita orang Islam ni, kiamat tu tak boleh nak di predict sebab tu kerja dan kuasa Tuhan. Tapi bagi mereka mereka yang hidup di zaman kuno dulu ni, ini la yang mereka rangka.  Pada hari jumaat 21 Disember 2012 itu akan berlaku satu malapetaka di mana bumi jauh dari orbit dan berlakukan pelanggaran sebuat planet X yang akan menghentam bumi dan menyebabkan kiamat.

Masalahnya kalau apa apa berlaku, sudah bersedia kah kita?????? Sebagai orang Islam, kita kena sentiasa bersedia........ !

Wallahuallam.

Thursday, December 22, 2011

Belum - Day 3

Hari ke tiga !

Pagi tu aku bangun IH dengan BW tengah membuta. Cuaca sejuk. Macam biasa, asal bangun je aircond dah tutup. Kipas pun tutup. BW punya keje la tu. 

Cemana nak gi Korea kalau tak tahan sejuk?

Perlu ke pegi Gurun Sahara???

Tapi BW dah bangkit lebih awal. Dia dah solat subuh. Aku bangkit subuh dan layan rokok tepi tingkap. Tak bergerak gerak pun bebudak ni.

Nak tunggu matahari naik macam tak berapa nampak.

So melayan perasaan je lah.

Then tak lama lepas tu IH baru bangun solat subuh.

Lepas tu melepak lepak borak borak di pagi hari. Hilang dah kisah seram semalam tu. Masing masing langsung tak cakap apa apa.

"Pukul berapa kita nak bergerak?"

Tanya BW.

"Lepas breakfast terus chow!"

Seperti biasa aku tukang buat keputusan.

So kami bersiap siap ala kadar dan pegi breakfast dulu.

Ni gambar suasana pagi di sekitar resort. Nampak jauh tu resort lagi satu yang Saad stay hari tu. Kan Saad kan? Tapi aku rasa kalau duduk resort tu cool boleh nampak matahari terbit !


Breakfast pagi tu tak menarik mana. 

May be hari Isnin kot. Dah ramai yang dah balik. Yang ada cuma saki baki je. Bf angkat BW tu ada lagi. Bising la mulut dia macam dia sorang je ada kat situ. Kepoh kepoh. Dan lah kelihatan sangat busuk.

Tu BW yang cakap.

So pagi tu menu Nasik Goreng dan Pasta Goreng. Semua goreng goreng je. Dan tak berapa sedap.

IH macam biasa, target nak makan cheese ni je lah. Dia kalau makan siap bercourse course.

"Aku ada lagi 4 courses belum makan ni"
"Apa dia?"
"Cornflakes, telur, desserts belum lagi pastu ..........."

Dia merangka apa dia nak makan.

Makan je lah. Aku akan busy snap sana sini. BW busy makan juga. 

Tapi dia nak makan cornflakes susu tak de. Merasa kunyah cornflakes tu je.

"Tu dia dah masuk pegi ambik susu"

Tak lama orang tu keluar. IH terus pegi tuang susu. Susu segar dari ladang.

"Ntah ntah minah tu pegi perah susu dia kat belakang"

Hahahaha. Bantai gelak.




Pastu dia orang makan telur ni. Bak kata BW ada sayur sayur. Tapi hari ke tiga ni tak de isi ayam. Kelmarin macam ada.

Ntah. Aku curik sikit je. Kenyang !

Lagipun makanan tak berapa sedap.

Layan lagi gambar gambar di kawasan sekitar tempat makan. Dari kejauhan nampak la tasik yang tenang airnya. Tapi dah tak excited mana.

Macam tu je lah.



Oh. Dayang Nurfaezah pun pernah datang sini. Buat video klip.

Korang tau tak Dayang tu duta Perlindungan Orang Utan??

* pengsan.

Pastu sesi sesi beli FM dengan Keychain. Jangan tak percaya ada FM kat sini. Tapi tak menarik. Mahal lak tu. Keychain dia lawa tapi sebab keychain. Aku beli jugak, nanti aku nak alter letak magnet bagi dia jadi Fridge Magnet.

Hiks


Abis merayau di kawasan tu kami pun balik ke bilik.

Aku nak berak dulu. Gigih beriya masuk toilet. Pastu keluar je macam biasa soalan dia orang.

"Berjaya tak?"
"Tak. Gagal !"

* nanges.

Sempat la dia orang beronline buat apa ntah tapi sebab dia orang dah mandi so dia orang tak de nak mandi dah. Aku je la yang belum mandi. So aku mandi la dan bersiap siap.

Lepas tu bermula lah aktiviti kemas mengemas barang. Pastikan tiada barang yang tertinggal.

Siap semua !!

Ayuh ! Kita tinggalkan tempat ini.

Dan lepas tu terus blah. BW pegi hantar kunci dan kami terus je bergerak.

Nak keluar kawasan resort tu singgah dulu kat sign Belum Rainforest Resort sebab belum sempat ambik gambar kat situ.

So bermula la aktiviti klik klik klik lagi.

Landscape yang OK lah. 





Pastu kat tepi tu ada construction.

Aku baca dia tulis nak buat cafe, swimming pools dan banguan tambahan untuk hotel. So aku pegi la riki riki di situ.

BW dengan IH sibuk pose pose kat tepi jalan tu. Aku lesap sekejap.

Pegi jalan lalu ikut orang buat keje tu sampai ke tempat Bar tepi tasik. Macam menarik gak tempat tu. Aku ajak dia orang, dia orang buat tak layan je. Sibuk dok makan buah apple la apa lah.

Tak pe. Aku pegi merayau sorang. Dekat je.










Cool jugak ler kawasan ni.

Tapi last minit baru discover. Tak pe lah. Tak de apa aktiviti pun cuma kat situ view dia agak lawa.

Tapi teka apa aku jumpa??

Bukan apa tapi siapa..

Bf angkat BW tu okeh !!

* koma.

Dia dengan kawan kawan dia pose pose kat situ. Ramai gak la dan memekak tak tentu pasal. Aku just pegi snappy dan terus blah.

Kang lama lama aku muntah lak duduk bau busuk dia.

Dan dari situ terus kami bergerak. Bye bye Royal Belum. Kami selesai mengunjungi mu........

Begitu ayat buku penuh puitis !

Sepanjang perjalanan macam biasa, BW kat belakang. Pose pose sambil sikat rambut. IH drive. Aku duduk sebelah dia. Jadi Co Pilot tak berapa boleh di harap.

"Kau nampak sign kuning je kau berhenti"
"Apa?"
"Gajah la. Mana tahu ada gajah"

So IH ni memandu penuh hati hati, nak cari sign kuning.

Tup tup...

"Hah tu!"

Suara BW.

"Nak aku berhenti ke?"

IH tanya.

"Tak payah lah. Sebelah sana. Nak kena lintas jalan pulak"

So tak berhenti.

"Eh tengok tu ada taik Gajah !"
"Haah. Nampak macam segar lagi. Mesti dia baru berak"
"Entah-entah dia ada lagi kawasan sekitar nak tengok ada tak orang berhenti amik gambor tahi dia tu?"

IH punya ayat. Koma terus semua orang.

Tapi kami tak berhenti pun. Sebab kereta kat belakang sibuk la menyucuk. Rengsa je. Jadi kami meneruskan je perjalanan melepasi pekan Gerik.


Kali ke dua ambik gambar sign Gerik ni. Tetap gagal !!!

Sebab letak kat jalan utama. Tak leh nak berhenti.

So kami jalan lagi melepasi Pekan Gerik lepas aku singgah beli rokok. Rokok aku dah abis.Ngam ngam je aku bawak 2 kotak. 

Lama tak dapat rokok boleh pitam jadi nya.

Pastu bergerak sampai la kat kawasan mana ntah, IH bersuara.

"Aku mengantuk"
"Tak pe la aku drive pulak"

Dan dia park tepi jalan kami tukar driver. Aku yang drive. BW macam biasalah.

"Macam la ada aktiviti panjang memanjat sampai penat"

Tu diah ayat Cik Kiah Ronggeng.

Nak tau apa jadi lepas tu? Tunggu !

So aku lah drive lepas tu dengan mata tak berapa clear ni. Bawak spec tapi aku ni memang dah tak leh drive jauh jauh. Pedih mata. Memang kena pakai driver lepas ni. 

Opsss !

Sampai kat Lenggong nampak sign Muzium Arkeologi tu.

"Nak singgah ke tak ni?"
"Singgah je lah. Dah alang alang sampai"

BW bersuara. IH tengah membuta !

So aku drive masuk menuju ke Kota Tampan. Ada lah dalam 2 KM dari jalan besar dan kami pun jumpalah Muzium ni.



Muzium terletak di tengah tengah ladang kelapa sawit.

Apa yang menarik kat sini?

Ntah. Macam tak de. Tapi ada la jenis jenis batuan dan bukti kewujudan manusia zaman neolotik, paleolitik dan getik getik dulu kala. Siap ada sample manusia Perak Man yang ditemui tengah duduk.

Dah tinggal tulang temulang.

Ada bangunan muzium dalam tu ada la sample sample batu batan dan sebagainya.

Masuk la sekali lalu dan usha apa yang patut.

Dan di bahagian luar ada la taman landscape yang mempamerkan batu batan zaman dulu dulu yang ditemui. Waktu peruba kala termasuk la batu yang terhasil dari debu letusan gunung berapi di Danau Toba !!!

Hebat tak?

Ya. Tetiba kami sangat sejarahwan....




Cuaca memang sangat panas.

Lepas tu kami blah je terus. Aku drive lagi meninggalkan Kota Tampan tu dan terus menuju ke Kuala Kangsar.

Tak de berhenti apa di Kuala Kangsar sebab dulu kami dah singgah masa trip GBS ke Penang. BW kata nak makan durian tapi aku tak boleh tahan bau durian. Kang ada yang kentut, sendawa la apa, buat aku separa pitam.

Jadi kami teruskan je. Nak gi ambik gambar menarik di Kuala Kangsar tapi cuaca pun panas sangat. Terus je masuk highway dan balik ke KL.

Tahu apa jadi dengan BW lepas tu?

Dia pengsan kat belakang. Siap kena smash lagi.

"Ntah apa aktiviti ntah. Bukan panjat memanjat pun. Letih macam daki gunung"

Hahahaha. Haram dia buat bodo tak melayan.


Singgah makan di Hentian Sungai Siput.

BW solat di situ. Aku dengan IH tak mahu solat lagi. Makan nasik. Kat hentian tu ada la pakcik ni keji gila. Aku nak masuk parking dia datang dari ntah mana mana terus potong dan masuk kotak parking tu.

Lahabau betul. Menyirap aku sekejap.

Pastu dia tak nak keluar kereta. Takut kah?

"Kita tengok je dia. Kita tengok je dia. Biar dia rasa bersalah"

Hah. Pakcik tu tak turun turun dari kereta dia. Dia menyesal agaknya dan ketakutan tengok 2 lelaki muka kaki pukul dan pompuan bionic yang boleh menjerit dan buat gegendang dia pecah secara serta merta !

Tapi lantak dia lah. Kita orang tak de masa nak bergaduh. Lepas tu kami dapat parking dan terus je park.

Makan nasik dan rest kejap. Lepas BW solat kami teruskan perjalanan. Sampai lepas Ipoh hujan pulak. Alamak !

Bila hujan aku terus out nak drive.

So berhenti di bahu lebuhraya then IH drive terus sampai ke KL.

Pulak tu telefon aku start berbunyi. Busy la aku ni sebab ada isu hari tu. Isnin kan, site aku beroperasi seperti biasa. Nak tak nak terpaksa la melayan panggilan dan menyelesaikan beberapa siu.

Tup tup dah nak sampai. Kami singgah nak solat di Ladang Bekam tapi hentian tu tutup. Terus dan singgah di Slim River. Solat kat situ aku dengan IH.

Lepas tu kami meneruskan je perjalanan sampai ke KL.

Dia orang hantar aku dulu dan lepas tu IH hantar BW sebelum dia ambik kereta dia dan pulang ke rumah.

Dan bila balik rumah perut abang pun mula lah memulas mulas especially bila tengok pintu zink tu.

"Mari ! Mari ! "

Dan keinginan tak tahan. Lepas secawan kopi.. Aku berak dengan inzal tanpa perlu was was lagi.

Hahahahahaha.

OK. Budget??

Actually semua pakej bilik RM300 seorang. Pastu perbelanjaan pegi balik makan semua benda adalah RM100 seorang. So kira budget setiap seorang adalah RM400 !

Suggesi aku, kalau sesiapa nak ke Belum. Pegi je lah tapi kalau nak ambik pakej, pegi je kat tepi jambatan nombor 2 tu dan nego dengan pakcik pakcik kat situ. Lebih murah. Dan resort kalau nak selesa boleh stay kat Belum Rainforest ni tapi ada je option lain. Kalau nak bercamping pun OK.

Tapi............ korang tak seram ke???????

Sekian.

TAMATUN !!!!

Wednesday, December 21, 2011

Belum - Day 2 - Part II

sambungan ini di tulis oleh BW aku suruh dia buat sikit je, dia tulis berjela jela..  

hah hambik !!!!!!!!!!!! .....................


Balik dari keliling tasik tu....terus semua masuk bilik

IH masuk bilik je laptop dia dulu dia carik dia capai ....cikdu biasa lah....suruh aku buat kopi sambil usap perut!! dah berhari2 tak berak gitu la gayanya...duk la usap perut ngan harapan taik dia bakal keluar...tak selesa agaknya..

Lepas wat kopi utk dia n IH aku berbungkus ngan kebor  sejukkk dia rang tu ekon buka maximum buka kipas lagi...gila ke apa?..sambil sambil tu aku kacau IH online....sibok dia rang suh aku load gambor sebab wifi kan laju...jadinya upload lah gambor2 vain kat fb...

cikdu dah membuta..sambil mulut berkata-kata..nanti  kita keluar....

sementara nak menunggu gambor load tu IH ckp

"sempat akak nak g mandi bersiap ni..lama g gambor ni nak load"

nak halau aku la tu..payah dia nak bercinta kalu muka aku duk menengok sama kat screen laptop dia..hahahhah..

so aku pong turun katil dia dan masuk bilik aku...aku terlelap kat katil aku semula...pehtu terjaga cam bising bunyi bilik dia rang...so aku pikir oh dia rang dah bersiap nak keluar kot..takut kena tinggal aku bangun!..

Bilik aku malap sket..sebab semua lampu aku tutup..kecuali lampu toilet, lampu depan pintu dan tepi dinding yg sepatut nya ada tv tu (korang bayang je situ ada tv!)..lampu syiling dan lampu tepi katil aku tak buka...aku ni silau..tak bulih terang-terang sakit mata dan pening kepala

aku masuk toilet nak cuci muka dan mandi..sebab aku duk sorang-sorang..masuk toilet takde le aku nak tutup pintu..langkah je kaki...aku rasa cam ada org ikut....aku toleh kiri kanan takde mender pong...aku duk tepis-menepis...oh perasaan aku je ni...berangan macam-macam..masa aku cuci muka aku rasa cam ada org..aku tengok dari cermin takde apa...

so aku masuk lam cermin kaca tempat mandi tu...buka air...air panas ko!!...smlm aku dah complain ngan IH..nape air ni panas sgt..takleh nak sejuk langsung..suam-suam lagi lah takleh....bila IH buat elok je air tu sejuk bleh panas bleh....dia gelak-gelakan aku tak pandai....tapik aku mmg buka sama cam dia..nape air aku panas berapi je?...terasa jakung disitu..

Puas aku pusing ikut IH ajor..kedepan kebelakang kiri kanan..air tu camtu juga..aku malas nak keluar pakai baju panggil IH semula..berjam-jam aku tunggu dan duk main ngan kepala paip tu air tetap panas juga.....aku takut nanti dia rang tunggu aku lama..aku duk main air ni tak sudah-sudah

aleh2 aku buka je paip bawah..satu hal nak mandi situ air dia sejuk ...pehtu payah lak tu nak mandi..sudah nya mandi kerbau jer...dan amik air semayang..dan aku keluar toilet...

Langkah kaki keluar toilet..aku dah rasa lain macam....aku terus ke sejadah aku bentang sesiap....sarung telekung...angkat je tangan..aku dah seram sejuk..tapik lawan g ..oh perasaan aku je ni perasaan aku je ni...masuk je surah kedua..aku tetiba cam nampak org duduk kat ujung katil aku tido tuh..

katil ada dua...arah kiblat plak kena menyerong sket..so aku di hujung katil yg dekat sliding..dia duduk dikatil yg tepi dinding dekat toilet tu...

aku kan tgh solat..sah sah la aku nampak sipi je..pehtu nak tengok btol-btol..aku cam tak berani..tengah2 solat tu..aku duk ckp dalam hati..

"jgn la ko muncul jgn la ko muncul"....

tapik dalam masa yg sama aku rasa oh perasaan aku je kot..so sebab aku rasa cam perasaan aku je..aku cam berani la sket...takde pepe takde pepe.. tgh solat ni mesti setan tak berani nak kaco kan? sedapkan hati...tapi kalu dari ekoran mata dia ada je kat situ..tak gerak-gerak tengok aku..

Aku tetau lah..sebab aku tgh solat dan aku nampak dia bukan tepat...dari ekoran mata je..tapik masa solat tu..muka dia cam betol-betol depan muka aku.....terang gitu!!... riaksi dia muka dia macam mana jelas  macam aku nampak dia berdepan....tapik aku tak tengok dia pong!..so aku rasa itu hanya imaginasi aku je

aku duk pikir ni..lambatnya nak habis solat ni..sebab aku jamak..nanti nak bagi salam nak sambung yg kedua tu camne? nak bagi salam belah kiri..nanti aku akan tertoleh pada dia?...pehtu nak buka telekung nak kena pakai baju lagi..sebab aku ngan seluar tido dan baju dalam je......duk pikir ni ..aku ni tgh takut ..tapik cam byk benda lagi nak kena buat sblm boleh keluar dari bilik tu..

dia duduk dengan sopan ok..tangan siap letak kat lutut tu..tengokkk jer aku...

sudah nye masa bagi salam dua rakaat pertama tu aku pejam mata.....

dua rakaat akhir tu..aku tetau aku baca apa dah..sebab banyak pikir..dan ketakutan tu makin kuat dah...duk berlawan-lawan byk perkara dalam kepala..pehtu duk ckp oh perasaan aku je kot..pikir bukan-bukan je ni..

Dalam keadaan nak percaya btol ke tidak ada org pompuan berambut panjang tu..or itu hanya khayalan aku je..mana nak khusyuk solat g nye der?

Bagi salam akhir kiri kanan je..aku buka telekong tengok ngan ekor mata..dia ada g situ..aku capai baju sarung depan pintu...buka pintu..pintu terlekat plak..stress!!...cabut kad bilik tu..aku keluar..dia tengokkk je pergerakan aku...

aku tak tengok muka dia secara tepat dengan guna 2 bijik mata aku ni..aku tgk ngan ekoran mata jer....tapik segala wayang gambar wajah dia, pergerakan dia tu terpampang kat muka aku...tapik dia tak gerak-gerak pong dari katil...tapik cam dia mengekor?..itu yg aku konpius ini khayalan aku ke?..

aku ketuk bilik cikdu...lambat buka..aku pong pelik bukan depa duk bersiap ke? napa lambat buka? time tu rasa nak nangis jer..selalu aku ketuk dua tiga kali dia terus buka..ni lambat dari biasa...terbuka je pintu..kepala IH terjengul...aku tolak pintu ngan dia-dia sekali

"akak takut!!..akak takut!!"
"nape?"
"ada org tengok akak"

IH terdiam jer..takde riaksi apa2...dalam hati aku..dia rang ni mmg tak caya pong apa aku ckp..so takpe lah..diam je..lagi pong aku pong berlawan ngan diri sendiri btol ke tidak apa ada dalam pala aku ni?

masuk bilik aku tengok cikdu tido..

"malam ni akak nak tido sini lah..taknak tido bilik sana"
"habis tu camne?"

dan IH diam lagi pandang je aku..

"IH amik selimut akak kat bilik sana lah..akak nak tido sini"
"habis tu nak tido mana?"
"akak tido bawah la"
"nak amik tilam kat bilik sana ke?"
"takyah la tilam..amik selimut yg dari dua buah katil tu je..satu akak buat selimut..satu buat alas"
"ohooooooo"

masa aku borak-borak ngan IH tu aku celaru lagi....tapik tengok dia relek je...so aku rasa ni perasaan aku je..tetau btol ke tidak..yg aku rasa ni... aku takut..pehtu aku rasa aku cam blank tak ingat pepe...aku toleh cikdu dia celik mata kecik-kecik wat bodoh je tengok kami...

aku ni mmg mengada manjang..kalu aku mengadu pepe kat depa..depa wat bodoh je... mmg tak der nye nak layan aku..kalu MH ada lain citer..dia je suka layan aku....so aku pong cam tak terkeluar nak ckp..sebab aku tgh blank dan aku takut sgt-sangat..aku rasa cam otak aku kosong dan tak ingat pepe dah...yg aku nampak muka 'dia' je kat depan mata aku...dan tengok IH tenang je..aku tenang juga....nasib dia tak g mengadap laptop..tapik duk je tengok aku..

pehtu aku tolak-tolak dia suruh g amik selimut aku tu juga....dia pong pergi...aku rasa bersalah plak kat dia...so aku ikut dia dari belakang..dia buka je bilik dia pandang aku..aku pandang dia... aku pandang kedalam bilik..minah tu takde dah kat katil....aku ikut IH masuk...aku suruh IH amik selimut yg tempat minah tu duduk..aku tarik selimut yg katil sebelah g ..capai telekung semayang...dan terus lari keluar..

lepas tu aku tak ingat apa dah....mana kita rang g ..kita rang buat apa..kol berapa...sampai sekarang aku tak ingat..

yg aku ingat..kita rang kekereta...dari dalam kereta aku pandang semula kebilik aku..sebab kita rang park kereta depan bilik....bilik aku terang bilik cikdu gelap..bilik aku..aku tutup seme segala..sliding dia 2 lapis..dan ada tirai tebal tu..pong aku tutup..bilik cikdu sliding terbuka seme terbuka..tapi gelap..tapik bilik aku terang benderang!!!..

"eh IH tarik tak kad bilik akak tadi?"
"eh tarikkk"
"kalu tarik kad..sah sah la lampu ekon semua padam kan?"
"sepatut nya"
"akak pelik ni..camne buleh terbuka lampu eh?"

pehtu aku tengok IH pandang cikdu...cikdu pandang IH..tapik dedua diam..so aku pong duduk tetengah antara depa cam nak je terselit cecelah kerusi depan tu..tapik badan tak muat..terjulur kepala je kat dia rang..muka minah tu terpampang depan mata aku sampai sudah....aku baca-baca ayat suci yg mana aku ingat...dan sebab dia rang tak kata apa..so aku andaikan je..perasaan aku je khayalan aku je....aku blank!...

pehtu aku tak ingat dah..aku nampak muka dia je..aku tido awal malam tu..sebab aku takut kalu dia rang tido dulu aku tak bleh tido dah...ternampak-nampak muka...sampai aku balik kl pong kekadang kalu aku duk diam-diam aku teringat g muka dia.....tapik tetiap hari aku solat aku mengaji setiap kali lepas solat..lelama dah ilang sket sket dah....time aku menaip ni muka dia tak ingat sgt dah.. Alhamdulilah..


Belum - Day 2

Subuh subuh hari ke dua aku dah siap bangkit. 

Lepas solat subuh dan hisap rokok pastu pintu bilik di ketuk. Macam biasa lah BW dah datang melawat kawasan. 

"Pukul berapa nak gi breakfast ni?"
"Jap lah. Tu IH tak bangun lagi"

Aku tak pasti pukul berapa IH tidur. Aku tidur semalam dia masuk bilik air mandi agaknya pastu dia solat. Aku lena dulu.

Lama tu dia dengar kami bising borak borak dia pun bangkit. 

Aku paksa BW buat kopi secawan lepas tu untuk memudahkan aku berron.

Ada bontot menyedut dan taik terkeluar?

Nan ado jugak !

* mati le keji bontot sendiri.

So lepas kami bersiap siap pagi tu kami pun ke bangunan lobby di mana tempat breakfast kami.

Menikmati sarapan pagi dengan pemandangan yang menarik.


Menu pagi tu macam biasalah. Ada Nasik Lemak. Ada Mee Goreng. 

Ada pancake. IH dengan BW belasah makan cornflakes. Mat salleh sungguh. Aku ni tak berapa suka benda benda tenusu so benda tu tak masuk dalam aku punya menu.

Aku belasah makan yang lain. Pancake dia macam menarik jugak lah.

Makan sampai kenyang walaupun tak de la sedap sangat. Dessert dia pun so so je. Buah buahan pun macam tak semenggah.

Janji kenyang. 

Kami dah siap nak curik muffin, tapi terlupa. Ko mampu nak mencuri tapi lepas tu terlupa??




Lepas breakfast kami dah siap sedia.

Ada lagi satu acara dalam pakej yang kami ambil iaitu, Lake Cruise.

Bunyi macam best je kan? Tak pe lah. Nak buat cemana. Kami berkumpul di jetty dan bersiap sedia. Ada 2 bot bergerak sekali. Kami dapat sesi pagi sebab ramai orang kan. BF Angkat BW pun ada. Nasib baik la tak naik satu boat dengan kami kalau tak ada yang kena humban dalam tasik tu karang.

Kami bergerak dari jetty dan keliling Pulau Banding. Cuaca agak menarik. Permandangan pun boleh tahan la tapi bot tu bergerak feeling feeling sungguh.

Lama lama jadi bosan !







Lama gila rasanya nak abis pusing Pulau Banding tu.

Padahal tak de la besar mana pun sebab bot tu slow slow bergerak. Cuma dah last tu baru dia speed. Menjerit la orang orang dalam tu kononya excited. Ada lebih kurang 14 orang dalam satu bot.

Secara overall Lake Cruising sangat la membosankan. Panas pulak tu. 

Lepas abis trip tu kami pun berjalan jalan lagi sekitar resort sebelum pulang ke bilik dan melepak dan berehat !




Dah tak tau nak buat apa.

Masing masing pose pose malas di bilik. Borak borak, makan makan dan habiskan stok makanan. Siap pegi mintak kopi lagi kat housekeeping. Aku lah punya hal sebab tak berak berak lagi sampai sudah.

"Petang ni kita nak gi mana?"

Dia orang tanya aku.

"Kita keluar lah pegi belah Jambatan tadi. May be boleh tengok sunset dari belah sana"

Masa naik bot Lake Cruise adalah lalu kat belah Jambatan ke dua, nampak macam ada ramai orang kat situ, ada kedai kedai so kami ingat nak gi merayau ke sana petang tu. Kira OK lah. Nak ambik pakej resort ni memang mahal. Ada pakej tengok Rafflesia, melawat Orang Asli, pergi ke Air Terjun dan sebagainya tapi cost dia agak mahal kena tambah sorang dalam RM200 lebih.

Takut tak berbaloi baloi je lah.

So kami melepak kat bilik, tidur tidur dulu sampai ke petang !

Lepas siap solat, mandi semua baru kami bergerak ke belah jambatan satu lagi yang terletak di sebelah Pulau Banding menuju ke Jeli, Kelantan.



OK. The other side of Pulau Banding tu agak happening sikit sebenarnya.

Tempat tu menjadi hentian rehat untuk kenderaan dari Gerik ke Kelantan. So ada la kedai kedai makan, ada jugak perkampungan di situ. So kami rasa teruja jugak.

Duduk melepak, tengok orang dan cuci cuci mata.

Tengah layan tu terborak pulak dengan pakcik bawak bot ni. Pakcik ni kira orang kampung la kat situ so borak dengan dia. Bila borak tu kami tau lebih senang ambik pakej dengan orang tempatan daripada ambik pakej dengan Resort.

Aku nego dengan dia nak pegi tengok sunset dari atas bot berlatar belakang kan pokok pokok mati dari atas tasik, Pakcik tu nak RM200 satu bot. Kira murah la pada Resort tapi cuaca mendung macam tak de sunset je.

Lagi pun cuaca dah pun petang.

Sudahnya kami lepak makan petang di situ. Ada beberapa kedai makan dan orang pun ramai. Menunggu jugak lah.

Abis makan kami lintas jambatan ke dua tu dan di sana ada banyak rumah rumah terapung di atas tasik. Agak menarik lah untuk kami dekati dan ambik ambik gambar !










Tak tau nak cakap apa jenis orang yang duduk kat rumah macam ni. Mungkin sebab mereka dan terbiasa kot. Apa pekerjaan mereka pun tak tau. Nak kata orang asli pun bukan.

Rumah mereka dekat dekat tapi terapung di atas tasik. Kita orang siap pegi dari satu rumah ke satu rumah sebab nak sampai ke tengah tasik. Dalam rumah tu macam kecik kecik je.

Ada keluarga keluarga la duduk dalam tu.

Cuma rumah daripada kayu so agak cuak jugak la nak langkah langkah. Macam tak yakin je.

Tapi view memang menarik dan agak unik, susah nak cari kat tempat tempat lain di Malaysia ni

Lepas abis merayau tu kami cari satu port dan tunggu sunset.

Haram tak de. Cuaca memang tak mengizinkan. Nasib baik la kami tak naik bot pakcik tadi. Pakcik tu pun ada bagitau kalau nak tengok Rafflesia memang tak de yang blossom. Yang last pun 4 hari lepas. Yang akan datang memang tak tau bila. Ada yang tengah kembang tapi tak de trekking lagi ke kawasan tu.

Jadi punah ranah la harapan kami nak explore Hutan Belum ni secara lebih lebih.




Nak menunggu sunset tak de. Lepak je lah. BW jadi model. Macam macam aksi dan gaya. 

Namun, gaya Zaleha Hamid tetap menjadi tema beliau.

Lantak kau lah. Kita orang layan kan saja.

Lepas dah gelap  tu kami terus pulang ke resort. Sampai resot kami terus berehat. Aku dengan IH kat dalam bilik. Aku mandi dan IH dok online. BW balik bilik dia. 

Tengah kami borak borak tiba tiba pintu bilik di ketuk kencang.

Dah tahu dah mesti BW.

IH pegi bukak pintu. Terjonggol muka BW. Pahtu aku dengar...........

"Akak takut ! Akak takut !"

bersambung esok jam 12:00 tengahari...................... !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...