Pages

Saturday, June 27, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 11 | CHARYN CANYON NATIONAL PARK

Mendapat jolokan sebagai Grand Canyon di benua Asia, lereng gunung di sudut tenggara Kazakhstan berdekatan dengan perbatasan China, terdapat sebuah lokasi menarik dikenali sebagai Charyn Canyon.


Charyn Canyon National Park, meskipun tidak berapa dikenali sebelum ini mungkin merupakan daya tarikan terbesar dari seluruh wilayah Kazakhstan. 

Dengan keluasan kira kira 50km persegi, Ngarai ini terletak di dua zona iklim besar – antara gurun Altyn Emel yang tandus dan pegunungan Tien Shan yang hijau dan subur. Dari tebing berbatu merah ngarai, Anda dapat melihat puncak-puncak yang dilitupi salji di kejauhan.

Taman Nasional yang terletak kira kira 200 km dari bandar Almaty memberi pengalaman perjalanan yang menarik untuk melihat gambaran kawasan serta bentuk mukabumi lain negara Kazakhstan.

Perjalanan bermula dari bandar Almaty mengambil masa kira kira 3 jam perjalanan. 







Sepanjang perjalanan di hidangkan dengan view yang menawan. Dari keindahan gunung ganang, kawasan hutan hijau sehinggalah padang tandus sehinggalah kami tiba di pintu masuk National Park ini.







Kawasan tandus dan kekeringan yang terhasil dari ribuan tahun proses ini membentuk lembah canyon dengan lapisan jurang dan batu batu berwarna serta formasi batu batuan menjulang menyerupai pelbagai simbol imaginasi. Formasi batu pasir yang menyerupai watak dongeng dalam kisah seperti Notre Dame, Penguin, Donald Duck, dan Winnie The Pooh. 

Terdapat bahagian tengah canyon dengan kedalaman 100 meter menjadi jalan untuk diteroka oleh para pelancong yang datang melawat ke Charyn Canyon National Park ini.
 






















Biasanya penerokaan disertakan dengan berjalan kaki lebih 3 km menuju ke arah Charyn River, jeram yang melintasi bahagian canyon.

Agak berpeluh jugak lah menapak sebab cuaca yang panas. Tapi laluan tak de lah extreme mana dan formasi formasi batu batu memang menarik pandangan mata.

Lagi tenang bila sampai di hujung laluan, air sungai kehijauan mengalir begitu menyegarkan.

Taman ini telah memiliki lebih 32 spesies mamalia, 18 reptilia, 4 amfibia, 100 burung, dan lebih dari 1.000 tumbuhan, 50 daripadanya jarang ditemui.












Boleh berkelah atau mandi manda di kawasan ni. Ada jugak penginapan disediakan dan juga camp site bagi yang ingin bermalam.

There are three tourist routes in the park:

Charyn Ash Grove. In addition to the trail, there are guest houses and a 'country house' with seating for 100 people.

Valley of the Castles. The Valley of the Castles takes its name from the shapes of the rock formations in a small side canyon (3 km long, and 200 – 700 meters wide) off the main Charyn River course, with a views out to the main canyon. The sedimentary layers include orange-grey clays, marl, gritstone, and sandstone. The approach is by a 10 km dirt road, with three parking lots at the site. There is food available at two recreational gazebos, and five rest yurts.

Cemeteries and Burial Mounds. Located 12 km off the Chundzha-Almaty highway is an area of scattered archaeological sites.






Dan pastinya perjalanan pulang lebih menyenangkan sebab biasanya ada kenderaan yang transport balik ke tempat permulaan. Pick up ni biasa dia bawak orang sehala sahaja iaitu time balik. So kalau datang memang berpeluh kelengkang jugak lah. Becak kebasahan.




So time balik baru la rasa feel feel macam Indiana Jones. Time datang je ada sedikit rasa kejung !







 














As usual proses nak memerut ke nak kencing sangat mencabar. Pepandai la membawa diri di tempat orang. Tu nasihat awal dari pemandu pelancong kami !

Sesungguhnya jamban yang satu-dua tu lah yang menjadi rebutan.

Sebaiknya minyak cap kapak dengan 2 kuasa kuda masih tak mampu menghilangkan bau dari jamban jamban angkut nih !





Dan masa untuk beransur pulang.....





Dan perjalanan pulang ke Almaty lebih mengharukan. Masing masing ketiduran dek keletihan.

Singgah di perjalanan untuk isi perut yang kelaparan.

Sekali lagi pengunaan tandas adalah atas risiko sendiri.






Nasib baik makan dulu sebelum ke tandas. Kalau tidak. Penyesalan adalah berpanjangan................. mual mual keloyaan

Perjalanan yang mencabar deria bau bauan... 

Oh Almaty,  aku ingin pulang !



Tapi Charyn Canyon Nasional Park ni, satu lawatan yang penuh kepuasan dan mencabar minda dan jiwa. Di sebalik keindahan alam, terselit perkara perkara yang tak akan luput di ingatan.

* curah minyak cap kapak dalam tekak

TAMAT