Pages

Wednesday, April 29, 2020

Bahana PKP

Salah satu benda yang tak boleh nak elakkan sepanjang PKP ni adalah........................

* tak daya nak habiskan ayat. Mengalir lesu airmata jantan ni.

Sebab tak boleh ke mana mana. Ke hulu ke hilir dalam rumah... Ke sana. Ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini..... Ujung ujung ke dapur jua detour !

Jadi kesannya memang ketara pada tubuh badan ! Ya lah. Asyik nak melantak je. Manjang lapar. Tak aku, semua pun sama. Kan?

Tapi satu benda yang baik, aku ada gak lah involve dalam merencana menu dan godek godek di dapur walau sekadar tukang kacau semata mata tapi sumbangan terbesar adalah menjadi tukang makan. Kejap kejap nak makan. Acap kali terasa nak makan jer manjang.

*intai kasut jogging.

"Are you okay besties?"


Dan ini sebahagian daripada menu menu yang berjaya menyumbang dalam penternakan tubuh badan sepanjang PKP ni....











































Sorry la bebulan puasa posting gambar makanan. Anggap je sebagai illustrasi semata, boleh kot bagi idea korang nak buka puasa masak apa nanti !

Of chos bukan aku yang memasak. Kalau tak  dah sah sah aku jadi penyumbang utama group fb 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'. Terima kasih la pada yang memasak. Tu belum kira menu fast food anak anak aku lagi. Kejap KFC kejap Dominos... macam macam kemahuan dan aku pun tak segan segan menumpang !

Dan kesannya jelas dapat dilihat hasil dari pemakanan yang tak berpenghujung sepanjang PKP nih !

PKP - Perut Kasi Penuh.

How?


* cry.............................. !

Sambil berposisi penyu belimbing dalam keadaan terbalik.

Monday, April 27, 2020

APR 2020 | CORAT CORET COVID-19

Dah lama aku nak buat entry tapi line macam siput sedut....  Patah semangat nak mengarang. 

Kali ni kita cuba !!

Now dah PKP Fasa 4... Bermula dari phase 1 lagi banyak benda nak di kongsi tapi tak berkesempatan. Aku nak kena documented perkara perkara yang berlaku sepanjang PKP ni sebab ianya tak selalu berlaku dan harapannya ini je lah kali pertama dan terakhir berlaku.

Corat Coret Covid-19

01. Mereput di rumah tak boleh nak travel. Rengsa jiwa raga !


Nasib baik aku tak de mana mana trip tertunggak. Jadi tak de pening kepala nak berurusan dengan airlines nak refund etc...  Jadi kali ni memang kena mereput di rumah dan menjalani kehidupan penuh kebosanan. Tapi aku yakin bukan aku sorang je so demi kebaikan, tak perlu nak complain !

02. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...


As much as aku pun bosan jugak tapi aku rasa ini lah jalan yang terbaik. Duduk rumah ! Be creative dan buat lah apa yang patut !.... Tapi aku OK jugak boleh keluar sekali sekala, tapi kesian anak anak aku kerengsaan tak berbelah bahagi. Dapat keluar angkut barang dari kereta lepas balik beli groceries pun dah satu nikmat buat mereka !

03. Takde masa nak berpeleseran.


Jauh sekali nak keluar melepak dengan kawan kawan. Banyak benda benda biasa yang biasa di buat, terpaksa di tangguhkan !

Kadang kadang rasa nak ber-Zoom dengan Ane Ane di kedai mamak yang biasa aku lepak, just nak tengok muka dia orang.... Aci ke rindu kat mereka? Ahaks !

04. Acara acara penting pun tertangguh juga.


Biasalah ada acara acara selebrasi keluarga pun tertangguh juga. Nak buat cemana ! Tapi jimat gak tak payah nak kena beli hadiah ! Ahaks. Harap tak de sebarang tuntutan lepas abis PKP kelak.

05. Aktiviti yang di rancang.....


Plan macam macam nak buat. Sudahnya macam tak mencapai piawaian jer.. Bukan tak biasa duduk rumah, tapi time time macam ni mood jadi sendu !

Misi gagal terlaksana !

06. Aktiviti yang aku buat !


Awal awal tu dah bosan sangat, aku terlayan cerita Oshin ni. Dulu rasanya macam pernah tengok dan tau cerita ni best tapi dah lupa. So gigih melayan satu episode ke satu episode nak habiskan dekat 300 episode. Mula mula menarik gak lah tapi lama lama rasa macam tak berhabisan cerita Oshin ni. Nasib dia di rundung malang manjang... Last last aku give up. Sampai episode 100 jer. Tu pun naik ber-panda bijik mata. Nasib satu episode dalam 15 minit jer. 

Misi gagal !

07. Cubaan mengisi masa lapang

Dah tak leh berebut siaran TV aku hadap je apa yang ada. Tertengok pulak drama drama Melayu. Memula macam layan jugak last last aku depressed. Apsal cerita Melayu semua macam beri semacam tekanan jiwa kepada penonton !

Misi gagal lagi !


Tapi ada gak drama yang menarik untuk di layan... Nak karaoke di rumah takut jiran jiran datang baling tahik sebab tak berapa berbakat besar nak menghiburkan masyarakat !

Dah macam macam benda di buat. Macam macam aktiviti. Pasrah je lah sampai semua ni berakhir...... 

Sudahnya, gambaran fasa PKP aku macam ni !

PKP Fasa 1

PKP Fasa 2

PKP Fasa 3

PKP Fasa 4

Mereput di rumah menjadi acara harian !


08. Ada masa kena kerja !

Kalau kat rumah, ada je meeting secara maya tapi mood tak berapa best nak work from home nih !


Nasib gak lah ada dua tiga kali aku kena gi opis dan site sebab ada emergency. Tapi kerengsaan pun ada juga.

Dia punya jem lain macam ! Mengalahkan hari hari biasa !! Ada sekali untuk 100 meter aku tersadai dekat 2 jam. Pergh... 

Baik lah lagi duduk rumah boleh jugak pose pose Nefertiti !

09. Perks menjadi Ketua Keluarga.....

Nasib la jadi ketua keluarga boleh gak keluar gi beli barang keperluan... Kerajinan dia agak luar biasa. Kadang kadang macam setiap hari nak keluar walaupun tak de nak beli apa.....




Hari ni gi Tesco, esok gi Village Grocer..


Ada masa barang di temui, ada masa buat buat tak jumpa sebab nanti boleh datang lagi !

Atau keluar sekadar memburu roti Gardenia. Tak jumpa rasa macam tak lengkap dunia. Padahal dulu dulu tak de lah makan mana. Tapi awal awal masa PKP roti Gardenia ni macam susah gegila nak jumpa.

Nanti kan pembalasannya bagi yang borong bagai nak gila...

Nak cari facemask pun macam nak beli berlian !

Nantikan lah pembalasan si pitung kelak !!

Mendapatkan rokok idaman kadang kadang mencabar kesabaran jugak...

Sampai ada time time aku terpaksa beralih arah. Nasib baik tak lama. Kalau tak mood boleh bertukar menjadi gergasi hijau...

Kadang kadang ada gak rasa macam hari hari nak gi beli groceries ! Sekadar nak cuci mata?

Tapi ada gak lah kebaikannya !

Now aku lebih mengenali jenis jenis haiwan yang boleh di makan dan apa nama mereka...

Juga nama sayur sayuran yang selama ni aku tau melantak jer...

10. Learning process..

Sedar tak sedar Covid 19 ni juga banyak memberi pengajaran pada kita semua ! Tak semua benda yang kita tak suka tu tak de kebaikan untuk kita !

Banyak benda kita boleh pelajari dari isu Covid 19 ni sebenarnya...

Mungkin masyarakat lebih takutkan hantu daripada takutkan kesalahan melanggar undang undang !

Now kita tau betapa pentingnya menyimpan !!! Jangan boros lagi. Kita tak sedar bila kita memang berada dalam situasi terdesak dan perlu guna saving saving yang ada....Untung lah yang dapat BPN.... Kurang kurang dapat gak la bantuan... 

Banyak benda pun kena buat sendiri !!! Kalau dulu tau senang je semua benda dan tak payah pening pening kepala

Menjadikan kita lebih prihatin dengan nasib orang lain !

Belajar pentingnya menjaga kebersihan diri.... untuk diri sendiri dan keluarga kita juga...

Get used to the new norm lepas lepas ni...

Jangan buat perkara perkara yang mementingkan diri sendiri. After all kita nak benda alah ni semua cepat pergi...

Redha kalau time ni kita rasa susah untuk menghadapi semua ni. Kalau kita berduka atas apa yang terjadi, fikirkan lah bukan kita je yang merasainya. 

Banyakkan bersabar dan teruskan berdoa. 

PERCAYA dan YAKIN lah !!!

.....akan ada sinar dipenghujung hari !!!

Kekal duduk di rumah ! 

Sama sama kita membantu menghentikan penularan wabak Covid 19 ni !

Amalkan penjarakan sosial ! 

After all, kita hanya menumpang je di dunia ni !


#Staystrong 
#Staysafe 
#Wemustwin

Selamat berpuasa !!!!