Pages

Friday, January 31, 2020

BaganLalang 10 | DOKEBI CHICKEN, Cyberjaya

Sebelum selamat sampai ke asrama, budak budak teringin nak makan makanan korea.

Aku ikutkan saja sebab aku tak berapa pandai sangat bab bab makanan korea dan bukan lah peminat K-Pop, aku google je mana tempat yang terdekat dan jumpa lokasi tempat makan di perjalanan iaitu di Cyberjaya.

Kita singgah di Kota Siber dulu.


Lokasi hipster terkemuka di Cyber. Tamarind Square.


Dan lokasi tempat makan, Dokebi Chicken.

Usha interior kedai. Nampak macam cantik dan menarik dan memanggil manggil jugak untuk masuk.






Memang aku tak pernah makan jadi tak tau nak expect cemana. Nak order apa pun tak tau. Intai intai meja sebelah nak tiru. 

Usha pulak menu.






Dah order, kena la bertabah dengan proses menunggu. Tapi tak de lah lama mana sebab tak ramai customer masa tu.

Aku biarkan budak budak order apa yang mereka rasa nak makan.

Minuman dan fries sampai dulu.





Pastu datang minah ni tolong masak dekat meja kami.








As usual, anak bujang aku ni memang kena ada nasi !

Dah sampai semua makanan so melantak lah kami anak beranak. Ada yang sedap kena dengan selera aku dan ada jugak yang terlebih pedas tahap aku tak mampu nak teruskan makan.

Lidah rasa macam berapi rapi !

Masa nak keluar tu, waitress tu cakap....

"Kamsahamida...."

Anak aku terus tanya.

"Papa, dia cakap apa?"
"Kamsahamida...."

Dia orang dengar macam awek tu sebut...

"Jangan datang daaaaaahh !!"

Hiks.

Apa apa pun, kenyang lah.

DOKEBI CHICKEN
D3-03-08 Tamarind Square,
Persiaran Multimedia, Cyber 11,
63000 Cyberjaya,
Selangor

fb : Dokebi Chicken



Sambil sambil tu usha orang menunjukkan bakat kat luar kawasan tu menyanyi nyanyi.

"Errrrr !!! Suara boleh tahan sedap tapi penghayatan kena lebih ! Kalau boleh nyanyi sampai merangkak...... Nora bagi 40 bintang !"

Tetiberrr

Dah kenyang makan, masa untuk meneruskan perjalanan yang tertangguh tadi. Kena sampai asrama sebelum tamat had waktu. Kang kena denda pulak anak aku tu.

Janji tak singgah mana mana dah lepas ni.

Maka tamatlah siri trip singkat ke Bagan Lalang ni !

TAMAT

Thursday, January 30, 2020

BaganLalang 09 | Masjid Pekan SEPANG

Tamat sesi menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang.

Masa untuk pulang !

Lepas check out tu, kami singgah di Masjid Pekan Sepang untuk solat zuhur.



Masjid ini terletak di pinggiran jalan Persekutuan yang menghubungkan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Lokasinya di pinggir jalan utama sememangnya sesuai sebagai lokasi singgahan bagi yang bermusafir.

Masjid yang di bina pada 1 Januari 2007 dan di rasmikan pada 15 July 2014 oleh DYMM Sultan Selangor mempunyai kapasiti seramai 1000 jemaah dengan keluasan kawasan sekitar 3.0 ekar Masjid Pekan Sepang ini dibina bertujuan menjadikan insitusi masjid sebagai one stop center dengan meliputi keperluan pengunjung dan penduduk tempatan.





Masjid Pekan Sepang ini dibina dengan binaan struktur utama menggunakan bahan simen sepenuhnya. Bentuk bangunan utama berbentuk segi empat, dan dilengkapi dengan kubah dan satu menara. Ruang solatnya dilengkapi dengan lantai berpermaidani, sementara bahagian solat tambahan berturap dengan batu marmar.

Masjid Pekan Sepang turut dilengkapi dengan tempat menyimpan barang. Selain itu, kemudahan tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Selain itu,terdapat juga tempat meletak kereta terbuka.



Dewan solat utama.














Masjid ini sering digunakan bagi menganjur dan mengadakan majlis ataupun aktiviti-aktivi yang bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan para penduduk setempat.


Masjid Pekan SEPANG 
Jalan Kelab 
43900 Sepang
Selangor


Selesai singgah, kami berangkat terus pegi hantar anak bujang aku balik asrama....

bersambung............

Wednesday, January 29, 2020

BaganLalang 08 | SENANDUNG MALAM SEAFOOD

Menjelang malam aktiviti wajib ada pekena seafood. Tak sah kalau ke Bagan Lalang kalau tak mengisi perut dengan hidangan seafood segar.

Dalam banyak banyak kedai makan di Bagan Lalang tu, Senandung Malam sememangnya menjadi pujaan selera aku !


Bukan first time ke sini jadi aku memang expect orang ramai dan berpusu pusu. Kena meningkatkan kesabaran yang jitu kalau nak datang makan di sini....

Kami keluar dari penginapan dan ambik kereta terus memandu ke lokasi kedai makan ni. Tak de lah jauh mana tapi malam malam, better drive kereta jer.

Dan seperti yang di jangka, orang tak pernah kurang malah bertambah tambah lagi lagi malam minggu macam ni.

Susun atur dan keadaan restorannya pun tak jauh berubah dari last masa aku datang tahun 2015 dulu.

2015 : Restoran Senandung Malam




Mencabar jugak lah nak cari tempat tapi alhamdulillah, kami dapat meja untuk duduk.

As usual, nak makan di sini kena order seafood mentah untuk dijadikan hidangan.

"Bang, saya nak ikan jaws masak sweet and sour, sotong kurita goreng tepung dan di masak oleh ikan duyung yang cantik persis Maya Karin !"

Agak agak kena baling dengan kerusi tak?





Dah buat pilihan lauk pauk maka bersambung pula dengan proses menunggu hidangan siap.


Dan kesabaran kami di bayar dengan satu persatu hidangan muncul di meja untuk santapan malam.













Licin uols !

Memang tak mengecewakan. Abis makan terus angkat ponggong. Tak boleh berlama lama sangat sebab ramai lagi orang lain menunggu nak duduk.


SENANDUNG MALAM SEAFOOD
Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor
Phone: 017-343 2908

fb : Senandung Malam Seafood, Bagan Lalang

Selesai makan dan perut pun dah kenyang. Kami kembali menyambut rehat santai di villa penginapan kami di Avani.



Perut kenyang, mata pun dah layu. Di temani deruan ombak bersenandung perlahan memecah keheningan smalam.



Berirama senandung semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang di rasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

bersambung..............