Pages

Tuesday, December 31, 2019

GOODBYE 2019 | Bahagia @ Derita ?

Setiap orang mahukan sebuah kehidupan yang selamat dan bahagia. Namun kebahagiaan bagaimanakah yang dicari?



















Ada yang mahukan sebuah kehidupan dilimpahi dengan wang ringgit dan harta benda, tidak kurang juga ada yang mahukan isteri cantik dan anak-anak comel.

Setelah berjaya memperoleh harta kekayaan, mereka beralih pula untuk memperoleh nikmat lebih tinggi iaitu kemasyhuran dan disanjung masyarakat. Maka harta kekayaan tidak lagi menjadi keutamaan.

Untuk itu, bahagia yang diimpikan adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Atas sebab itu juga setiap individu akan melakukan apa yang dirasakan boleh memberi kebahagiaan dalam hidupnya.

Namun ada insan di dunia ini tercari-cari apakah kebahagiaan sebenar dan jaminan keselamatan buat dirinya. Agama apakah yang boleh memberikan ketenangan dan kedamaian dalam diri?

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah untuk menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

Jangan hanya kerana kesedihan, kita lupa kebahagiaan yang pernah menyinggah di dalam hidup kita.

Syukurlah dengan apa yang telah dikurnia......



Kurnia, cahaya,
Terangilah kegelapanku
Menuju di sana
Terlangkah membawa kecewa

Andainya berlagu suarakanlah kepadaku
Sudikanlah teman-temanku
Menemani

Jiwa ini semangatkanlah
Semoga teguh berdiri langkahku
Berjalan dan berlari
Sinarkanlah duniaku

Hembuskanlah nafas cinta-Mu
Bimbinglah daku dengan kasih-Mu
Bersemi, terus bersemi
Kasih dan sayang
Cinta suci

Bahagia mereka
Mengapa aku yang cemburu
Seindah bermimpi warnanya tiada berseri
Siksanya, sakitnya
Merangkum sepinya di jiwa
Oh, Tuhanku
Berikanlah kurnia-Mu

Jiwa ini semangatkanlah
Semoga teguh berdiri langkahku
Berjalan dan berlari
Sinarkanlah duniaku

Hembuskanlah nafas cinta-Mu
Bimbinglah daku dengan kasih-Mu
Bersemi, terus bersemi
Kasih dan sayang
Cinta suci
Cinta suci...
Suci....

Selamat tinggal 2019 yang membahagiakan !

Monday, December 30, 2019

DEC 2019 | A Sweet End to The Year

Cuti dan aktiviti di bulan Disember 2019......

Berada di KLIA menanti kepulangan kesayangan kesayangan yang selesai mengerjakan umrah....


Alhamdulillah, selesai dan mereka selamat kembali pulang. Cuma anak dara aku demam sepanjang masa di Mekah.



Sementara tu di KL....



Layan anak bujang aku tengok wayang................. dan santai cuti cuti staycation................ !




Kali ni menginap di The RuMa Hotel & Residences, Kuala Lumpur.













The expectation was high sebab ni hotel terbaik di KL setakat ni dan sesungguhnya aku berpuas hati. Everything was excellent and memang terbaik !

Pastu balik kampung sat.



Dan kenikmatannya adalah dapat makan makanan yang sedap sedap.....termasuk Lemang Tok Ki..



First time singgah dan dapat rasa. Memang sedap lah dapat makan lemang dan rendang walau di luar musim perayaan !

Nanti aci singgah lagi...

Dan kembali ke ibukota........................




Buat persiapan untuk musim persekolahan tahun depan yang bakal bermula......

Tahun ni kami ke Sogo mencari barang barang dan kelengkapan.................








Fuh ! 

Bersenggol senggolan dengan orang ramai mencari barang. Lagi haru sebab kurang mendapat kerjasama dari yang nak sekolah.

Tiap kali nak sekolah ni lah isu nya. Macam aku pulak yang nak sekolah ! Kena bersiap sedia fizikal dan mental. Nasib 2 orang jer.

Siap kena gula gula nak bagi mereka senang bekerjasama...



Dan aku memang expect orang ramai etc... Jadi malas nak berpenat penat, kita menginap je dekat area berdekatan Sogo tu....





Dan siapa sangka, service apartment yang kami sewa tu adalah lokasi shooting drama Sofea Adellea nih !


Siapa layan?

Eh. Tak caya?


Sama tak lukisan kat belakang Mirah Filzah tu?


Bantal mamat ni?


Aksi Mirah Filzah dan lakonan semula anak aku bukak peti sejuk ! Ahaks

Dan yang ni..................



Tak perasan pun memula since aku tak de lah follow pun, tapi bila tertengok terus rasa macam...... lokasi yang sama !

Maybe aura ke-artisan kami sangat kuat... Maklum lah sesama artis.

* pitam...



Sementara itu, ..............................di ruang galaxy far far away...... 



....finally the ending of the story that began 42 years ago and spans generations.

Manakala di bumi....




Cubaan mencerap gerhana namun gagal nak dapat cincin nak pinang MF............. eh, perlu ke aku tunjuk tangan gergasi nak kasi sama macam tangan MF ni?


Apa apa pun selamat menempuh hari hari terakhir tahun 2019 ni..... Manis manis belaka benda benda to end the year.


Semoga muncul tahun 2020 kelak dengan kehidupan lebih terang & 1001 kemanisan................ !

Kan Mira kan?????? Manis ke Mirah?

Selamat bercuti dan selamat ber-travelan bagi yang ambik peluang mengembara di pengakhiran tahun ni !!!!

Terus sukses !



Jika muram duka yang datang melanda
Mendung bukanlah pengakhir segala-galanya
Senyumah sayangku, besarkan hatimu
Jangan biarkan secalit lara mengganggumu

Bangkit serta percaya keindahan menunggu

Bintangkan bersinar walau gelap datang
Di tepat pada waktunya
Matahari ada tetap terang dan ceria
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah

Selingan yang indah di balik gelisah
Jadi penawanan resah di hati yang gundah

Bangkit serta percaya keindahan menunggu

Bintangkan bersinar walau gelap datang
Di tepat pada waktunya
Matahari ada tetap terang dan ceria
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah

Andai badai datang singgah
Tetap kau berlayarlah

Bintangkan bersinar walau gelap datang
Di tepat pada waktunya
Matahari ada tetap terang dan ceria
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah

Esok pasti indah
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah
Ooo
Esok pasti indah
Esok pasti indah