Pages

Tuesday, April 30, 2019

JELAJAH2NUSA : 14 | HARD ROCK CAFE Bandara BALI

Entry terakhir untuk trip 2 Nusa ni.

Dari Nusa Penida kami kembali ke Sanur di Bali.


Sampai di Sanur hari dah petang. Plan asalnya kami nak ke Ayana Rock Bar untuk usha sunset dari sana. Tapi kalau tengok cuaca macam tak berapa best. Plus satu hal lak nak berangkut dengan beg beg untuk ke sana.

Tapi yakin boleh je lah memula. Cari grab tapi pakcik grab tu macam takut takut nak ambik penumpang. Dia kata dia tunggu kami di masjid. Memang ada masjid di luar simpang. Sedang elok, kami suruh dia tunggu kejap sementara kami sempat mandi dan solat di masjid tersebut.


Sebab macam agak lama kat masjid tu, akhirnya kami decided tak jadi ke Rock Bar. Takut jalan jem kan satu hal pulak nak patah balik ke airport. Jadi kami langsung je ke airport dan bercadang nak lepak lepak di Hard Rock Cafe Bali yang terletak dalam terminal perlepasan.







Agak awal jugak sampai di airport dan sebenarnya jalan tak jem pun sebab pakcik tu ikut laluan bertol. Tak kisah lah. Sampai awal, check in je terus.

Usha usha kawasan dalam terminal Bandara Ngurah Rai je dulu.



Dan seperti yang kami plan, kami lepak di Hard Rock Cafe, Bandara Ngurah Rai, Bali.

Hard Rock Cafe, Bali Airport.

HARD ROCK CAFE BALI AIRPORT
EST. 2015

After rocking in Bali for more than 20 years, Hard Rock Cafe has decided to open a brand-new location at Ngurah Rai International Airport. Make Hard Rock Cafe Bali Airport your destination for great food, entertainment, and merchandise while waiting on your next flight, or even right after you land.

Masuk masuk je usha Rock Shop dulu.

Waiting on a flight is much more enjoyable when you dine at Hard Rock Cafe Bali Airport. You’ll find our cafe in the International Departure Terminal on the flight departure side near Gate 3. Our 330-square-meter cafe has seating for 116 guests, a large sit-down bar with two wide-screen TVs, a famous collection of music videos and memorabilia, and The Rock Shop®. Be sure to stop in for a Legendary® Burger or to pick up some collectible Hard Rock Cafe Bali Airport merchandise.
















As usual, usha usha je tak beli apa apa.

Then kami lepak di restaurant sementara tunggu flight time.


EXPERIENCE THE RICH CULTURE OF BALI & HARD ROCK

As one of the most famous islands in Indonesia, Bali is an attractive vacation destination for surfers, thrill seekers, and rockers from around the world. It is even the home of well-known guitarist Balawan and the punk rock band, Superman Is Dead. Balinese people infuse music and instrument in their everyday lives as part of tradition, during both social gatherings and spiritual worship. 

This is why Bali is a perfect destination for a Hard Rock Cafe, as our entire restaurant is infused with music – from the tunes playing over the speakers throughout the cafe to the collectible memorabilia lining the walls.














HARD ROCK CAFE BALI AIRPORT
Bali Ngurah Rai International Airport,
Unit L3-37, Denpasar
Bali 80361 ID
HRC Bali Airport

Duduk dan melepak sampai lebam. Sempat gak aku gi smoking dua tiga round sementara dia orang berdua sibuk transfer transfer gambar.

Dah time kami bergerak ke pintu perlepasan.

Punya lah excited nak balik kami hampir hampir silap naik flight. Tengok orang dah beratur kita orang pun menyebok. Ingatkan flight retime ke apa. Rupanya salah timing. Kami pegi beratur dekat flight ke KL yang lebih awal dari flight time kita orang.

Malu. Kena halau !




Akhirnya waktu yang di tunggu tunggu. Masuk flite terus tido. Tak sedar perjalanan hampir 3 jam, sedar sedar dah nak mendarat di KLIA 2.

Lega akhirnya selamat sampai. Maka berakhirlah trip jelajah 2 Nusa yang menyimpul kenangan dan memori yang tersendiri.

Sehingga next trip nanti !

Dan mungkin, ada masa dan kesempatan. Bali akan aku kunjungi lagi.



Mungkin
Aku bisa bercinta dengan kamu
Kendati kata-katamu selalu
Menusuk jantung
Melukaiku

Mungkin
Kumau memaafkanmu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu
Dari kata pisah

Mungkin sang fajar
Dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Selalu tak pernah damai

Mungkin cintaku
Terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama
Mungkin

Mungkin
Kumau memaafkanmu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu
Dari kata pisah
Mungkin

Mungkin
Kumau memaafkanmu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu
Dari kata pisah

Mungkin sang fajar
Dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Selalu tak pernah damai

Mungkin cintaku
Terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama

Mungkin cintaku
Terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama
Mungkin

TAMAT

Monday, April 29, 2019

JELAJAH2NUSA : 13 | Sehari di NUSA PENIDA

Kami spent masa lebih kurang sejam di Kelingking Beach tu. Orang semakin ramai membanjiri. Cuaca pulak panas lit lit. 

Rengsa beramai ramai dalam kepanasan macam tu.

Dari Kelingking Beach kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Angel's Billabong.


Lokasinya masih di side yang sama dengan Kelingking Beach dan sebenarnya tak de lah jauh mana  tapi pergerakan van memang mencabar masa.

Laluan sempit. Van banyak. Ada yang baru datang dan ada yang nak pergi. Berselisih di jalanan memang salah satu kena bagi laluan. Berderet deret menunggu nak lalu jalan yang sama. Nasib baik duduk dalam van ada aircond !

Akhirnya kami sampai di lokasi ke 2. Angel's Billabong.




Macam biasa, van akan park di kawasan parkir yang di sediakan. Ada kena beli tiket tapi semua dah included so kami tak berapa nak ambik tau berapa harganya. Kalau datang naik motosikal memang kena bayar parking fee dan beli tiket. Tak tau tiket tu untuk siapa? Tuan tanah maybe.

Di Angel's Billabong ni juga terletak di cerun laut dengan ombak yang kuat dan ganas membadai tebing batu.

Aku memula tak tau apa menariknya kawasan ni. Nampak tebing curam tepi laut je. Kalau setakat tu je memang over sungguh sampai jadi tarikan pelancong. Tapi sebenarnya, di tepi gaung tu ada macam anak sungai dan ada kolam cetek yang kononnya tempat bunian bermain. Kira kolam bunian la kot.











Kami usha usha je dari atas. Tak de pulak yang berani turun. Maybe sebab ombak agak kuat hari tu. 

Dan tak jauh dari Angel's Billabong ni, adanya Broken Beach.









OK tempat ni memang lawa dan view sekitarnya agak menarik.




Tapi tetap. Kena berhati hati. Selain cerun dan gaung, angin juga agak kuat. 







Dan orang ramai tak payah cerita lah.

Di Broken Beach ni kami singgah untuk makan tengahari seperti yang termasuk dalam pakej. Makanan simple simple je untuk isi perut. Kalau nak extra tambah bayar sendiri. Pekena air kelapa di sini memang menarik gak time cuaca panas panas berdering macam ni.

Selesai makan tenghari, kami sambung bergerak ke destinasi seterusnya dan juga destinasi terakhir dalam pakej Nusa Penida yang biasanya kalau ambik pakej belah West iaitu Crystal Bay.





Crystal Bay antara tarikan di Nusa Penida ni khusus yang nak berenang dan snorkeling. 

Ada gerai gerai jualan dan lazy chairs untuk di sewa.

Bagi aku pantai dia cantik tapi orang sangat ramai. Pantai tak luas mana dan memang limited nak cari space nak lepak. Kalau nak mandi memang menarik jugak tapi kami tak ready nak berbasah basah. Plus takut di keji orang ! Body tak macam pelakon pelakon BayWatch dan berenang pun ala ala berenang kampung jer.

Kami mahu cuba elakkan diri dari di bawangi oleh semua manusia yang ramai di situ.


















Lepak lepak santai je di situ. Mamat tour guide kami tu bagi masa yang lama gak di sini. Tapi kami dah mati kutu tak tau nak buat apa. Skodeng pun sudah. Menambah dosa pun sudah. 

Konon kami decided nak balik ke jetty je lah. Nak kejar ferry balik ke Bali. Tapi mamat tu pulak ilang ntah ke mana pegi.  Jumpa kawan kawan dia hilang kelibat tak nampak nampak.

Kadang kadnag masalah guide ni, kalau kita request nak itu ini.. banyak je alasan. Tak sempat lah apa lah. Tapi ada je time time dia menghilang kita pulak jadi pak pacak menunggu.

Dah la nak kencing kat Crystal Bay ni kena bayar 5 ribu ! Air perigi je kot. Jamban pun uzur semacam je.

Tapi bagi aku lah Crystal Bay ni agak lawa cuma sebab ramai sangat manusia... Potong sikit arrrr.





Kembali ke jetty cepat cepat kami dapatkan pass untuk ferry. Walaupun dah booking slot balik tapi kami dah jangka mesti ada hal kalau terlewat ke apa.

Memang iya. Pass dah kehabisan !!

Jadi kami naik je ferry tu yang maybe terlebih muatan. Terpaksa lah. Nak kena balik ke Bali jugak hari ni. 



Sehari memang tak boleh nak cover Nusa Penida secara keseluruhannya. Elok bermalam semalam dua dan boleh cover area area yang lain juga. Tapi for a glimpse of Nusa Penida yang kini masyur tersohor ni, boleh la jejaki kalau ada reserve sehari dari Bali.

Dan trip sehari ke Nusa Penida berakhir di sini..... Harusnya stay lebih lama untuk menikmati keindahan keunikan Nusa Penida ni....



ku tak bahagia melihat kau bahagia dengannya
aku terluka tak bisa dapatkan kau sepenuhnya
aku terluka melihat kau bermesraan dengannya
ku tak bahagia melihat kau bahagia

harusnya aku yang di sana, dampingimu dan bukan dia
harusnya aku yang kau cinta dan bukan dia
harusnya kau tahu bahwa cintaku lebih darinya
harusnya yang kau pilih bukan dia

ku tak bahagia melihat kau bahagia dengannya
aku terluka tak bisa dapatkan kau sepenuhnya
aku terluka melihat kau bermesraan dengannya
ku tak bahagia melihat kau bahagia

harusnya aku yang di sana, dampingimu dan bukan dia
harusnya aku yang kau cinta dan bukan dia
harusnya kau tahu bahwa cintaku lebih darinya
harusnya yang kau pilih bukan dia

ooooh harusnya aku yang di sana, dampingimu dan bukan dia
harusnya aku yang kau cinta dan bukan dia
harusnya kau tahu bahwa cintaku lebih darinya
harusnya yang kau pilih bukan dia

Perjalanan dengan ferry pulang ke Bali lebih mencabar. Tapi Alhamdulillah. Tak de kejadian kejadian yang tak di ingini berlaku.


Sampai di Sanur kami ada beberapa jam lagi sebelum perlu ke airport dan ambik pesawat balik ke tanahair.

Planning nak gi usha Rock Bar layan sunset. Tapi cuaca mendung penuh awan. Macam matahari tak berapa nak buat kemunculan di langit petang !

bersambung..................