Pages

Thursday, November 30, 2017

THE THIRD LETTER, Bukit Jelutong

Jom pegi makan lagi. Kali ni kita ke Bukit Jelutong, Shah Alam.

Nama tempat makannya adalah The Third Letter.

Bangunan cafenya.... Waze jer

Dah lama gak aku teringin nak datang sini. Puncnya adalah dari hasil bacaan di blog Duta Abadi JJCM : Wanderlust DJ.

Hari minggu ajak semua makan di luar. Sebab agak dekat dari kawasan rumah, so gi usha sini lah !

Tak faham apa maksud The Third Letter ni

Tapi aku datang dengan perut yang lapar

Usha dulu kawasan. Boleh duduk luar atau pun kat dalam

Usha pulak belah dalam.

Luas dah lapang

Aku suka ruang dalam dia. 

Meja meja

Boleh pilih nak duduk kat sudut mana. Then mulakan dengan order !

Buku menu

Western ada

Asian pun ada

Peminat coffee dan minuman minuman lain pun, boleh lepak sini !

Konsep menu tu sebagai rujukan je. Dah tau nak makan apa. Gi order kat kaunter. Bayar siap siap.

Pelbagai jenis cake dan desserts, cookies dan pastries pun ada

Dah order, tunggu lah di meja nanti dia orang hantarkan makanan.

Teh o ais limau

Apa ntah budak budak ni order

Dab makanan pun tiba.................

Mushroom soup. Princess punya.

Nasi Lemak Hero. Sambal dia macam sedap tapi pedas sikit ( bagi aku lah )

Lasagnia. Macam kering skit

Lamb

Chicken Chop. Aku punya

Kebetulan ada Creme Brulee lak kat sini. Hero dengan Princess apa lagi. Nak sorang satu. Aku jamah sikit. Kureng lah. Still tak sama dengan Italianese punya...

Cookies. Rentung skit

Bil makan semuanya RM 170.65.

OK lah makanan dia.. Tak de la tak sedap tapi tak de lah jugak the best. Cuma tempat dia agak jauh dari kebusy-an so agak tenang skit lah.

JJCM dah sampai

The Third Letter

Daunan

Business hour

THE THIRD LETTER
No 2, Jalan U8/N, Seksyen U8, Bukit Jelutong,
Shah Alam, Malaysia
@thethirdlettercafe
Call 03-7831 0121

website :  thethirdletter.com/
FB :  thethirdlettercafe/

Selamat berkunjung !

p/s tetiba rindu Third Eye Blind.



I'm only pretty sure that I can't take anymore,
Before you take a swing, I wonder what are we fighting for,
When I say out loud, I want to get out of this
I wonder, is there anything I'm going to miss?

I wonder
How it's going to be, when you don't know me
How's it going to be, when you're sure I'm not there?
How's it going to be, when there is no one there to talk to
Between you and me?
'Cause I don't care
How's it going to be?
How's it going to be?

Where we used to laugh, there's a shouting match,
Sharp as a thumbnail scratch,
A silence I can't ignore,
Like the hammock by the doorway we spent time in,
Swings empty,
I don't see lightning like last fall
When it was always about to hit me

I wonder
How's it going to be, when it goes down?
How's it going to be, when you're not around?
How's it going to be, when you find out there was nothing
Between you and me?
'Cause I don't care
How's it going to be

How's it going to be,
When you don't know me, any more?
And how's it going to be

Want to get myself back in again,
The soft dive of oblivion
I want to taste the salt on your skin
The soft dive of oblivion, oblivion

How's it going to be,
When you don't know me, anymore?
How's it going to be?
How's it going to be?
How's it going to be?

Wednesday, November 29, 2017

MALAYSIA Ku Indah Permai................

Siapa bilang negaraku Malaysia tercinta tak indah? Tak permai?

Bilang sekarang !

1.2.3.....

Tak caya tengok ni !

Pantai Pasir Lanun, Endau.



















Sayangi tanah air kita ! Cintai bumi bertuah ini. Kedamaian, kan sama kita kecapi !



Musim yang berlalu tinggal hanya aku
Menghitung rindu di hujung suaramu

Kau yang telah pergi bagai satu mimpi 
Bukan kenangan dan bukan khayalan

Cuba kau kenang pertemuan dulu harum bagai mawar setaman
Tidak ku paksa kau datang kembali  bertemu seperti selalu

Musim bukan janji rindu bukan madu 
Kau amat sukar menyambut tangan ku

Kini aku sedar kasih bak bayangan
Kemesraaan mu hanya lah lakonan

Bila kan kita harus bertemu bercerita seperti dulu
Tentang lembaran kasih mu yang baru ku tau itu lah hati mu.

Lupakan saja  pahit getir perjalanan ini
Aku hanya ingin mencuba  lukisan wajah cinta

Senang begini biar aku terus begini
Walau rindu datang kembali semusim lagi.

Tuesday, November 28, 2017

ZAWARA COFFEE, Cyberjaya ( DROME )

Zawara MacWilson !

Eh.. bukan. Salah orang !

Ni Zawara Coffee.

Orang pompuan mesti familiar. Aku sebenarnya dah lama terdengar desap desup wujudnya tempat ni, tapi word of mouth macam tak best je.

Ada kata mahal.

Ada kata ni kedai tudung, pompuan je boleh datang, lelaki sure nya segan !

Tapi ada sekali tu orang ajak meeting di Zawara Coffee di Cyberjaya ni, jadi aku pun akur dengan permintaan peminat. So.... buat pertama kalinya aku datang dan merasa sendiri hype Zawara Coffee yang dah sekian lama di perkatakan ni.

Zawara Coffee Cyberjaya

Exact location kena waze. Insha Allah jumpa !

So dah sampai, usha dulu setting dalam dan luarnya....

Belah luar

Boleh juga lepak di sini especially kalau smoking

Setting agak trendy jugak lah. Ala ala cafe hipster.

Now usha belah dalam pula.

Cantik jugak di belah dalamnya. Luas dan banyak kerusi meja

Insha Allah boleh menampung pengunjung yang tiba.

Konsep Zawara Coffee ni adalah cafe tempat lepak yang menyajikan makanan ringan dan beberapa fusion meals. Ada coffeee, ada cakes dan ada jugak kudap kudapan. 

Kalau nak datang makan sini, kena gi ke kaunter order dulu. Bayar. dan baru lah cari meja.

Ada kaunter tu. Tuju ke situ.

Oh sebelum tu, usha menu....

Usha lah apa yang berkenan

Order dan jangan lupa bayar.

Ada beraneka jenis cakes juga di sini

Masa first time pegi tu aku lapar nasik. Kebetulan tengahari tu ada set meals Nasi Butter Chicken dan Kapitan Chicken. Siap dengan air. 

Jadi sebab malas nak fikir, aku order je benda alah tu.

Dah order. Dah bayar. Di bagi cakera ni... Jangan lempar !1 Simpan. Nanti dah siap dia orang locate mana korang duduk. Jangan bawak ke tandas na....

Nasi Kapitan... Ala ala nasi minyak dengan ayam goreng bercili sikit pastu ada kuah mayonis.

Tak sedap sangat. Tapi boleh lah.

Nasi Butter Chiken lagi nampak sendu dan kurang menarik ! Tapi kalau lapar, bedal jer...

Set di atas tu di datangkan dengan pilihan air botol Haus Boom.

Boleh pilih

Ada perisa guava, ginger, orange ke mangga dan lain lain lagi. Guava ni paling sedap kot bak kata budak cashier tu.

Kunjungan pertama tu biasa biasa je bagi aku. Tapi ada kunjungan ke 2. 

Kali ni makan cake dan minum air lain.

Kek tak tau nama. Sedapnya tak terperi

Yang ni sampai menjilat sudu di tepi

Dan ini pula. Butterscotch Frappe... Nikmatnya di tekak enak sekali !

Banyak kali gak aku datang rupanya. Try Mille Crepe di sini. Not bad.

Kesimpulannya, makanan biasa biasa je. Spaghetti pun ala kadar je rasanya. Churos boleh tahan dan buleh di cuba. tapi cakes dia memang sedap ! Mencabar minda. Air Butterscotch tu memang wajib cuba dan menjadi pilihan utama ! 

Kadang kadang abis stock ! Jadi jangan kecewa.

Environment cafe memang sesuai untuk lepak lepak. Harga makanan dan minuman agak high end tapi OK lah kot. 

Btw anak owner Zawara Coffee Cyberjaya ni boleh tahan menarik tertarik kau memang dbomb !

#jamuseleracucimata

Sebab lama sangat aku simpan enrty ni, Zawara Coffee telah dengan rasminya tukar nama kenapa Drome !

DROME aka ZAWARA COFFEE, CYBERJAYA
I-11, Jalan GC 11, Glomac Centre,
63000, Cyberjaya, Selangor
Website : http://www.zawaracoffee.com/
FB : Tak di temui.

OPERATING HOUR
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Sunday
09:00AM—11:00PM
Friday, Saturday
09:00AM—12:00AM

Selamat mencuba !