Pages

Sunday, April 30, 2017

EUROPE | ISTANBUL - 07 : Güle Güle ( Goodbye ) Istanbul

Entry terakhir untuk trip ni.

Fuh ! Berjaya jugak habiskan.....

Lepas abis shopping shopping kat Hard Rock Cafe, Istanbul tu kami bergerak untuk cari teksi ke airport

Tram di Istanbul

Lepak kedai kopi sat. Glamer Caffee Nero ni. Kat London pun ada.

Melilau celah celah bangunan

Last sekali mintak tolong pekerja hotel berdekatan carikan teksi

Berjaya dapat teksi ke airport.

Cross semula jambatan

Bahagian kota lama

Masjid masjid tersergam indah di seluruh kota Istanbul

Pemandangan di pesisir selat Golden Horn

Riadah petang dan aktiviti santai

Buleh kami suruh drebar teksi tu singgah kedai nak beli kacang. Dia haram tak reti English. Terpaksa pakai google tranlator just nak sebut 'kacang'. Tau tau dia angguk jer

Kat kedai kacang ni pun sama. Pekerja dia tak reti cakap English... jenuh communicate pakai calculator. Padahal aku nak suruh dia buat packing yang sama beberapa pack... Pening kepala nak explain.

Buah buahan kering

On the way balik ke airport. Boleh pulak drebar teksi tu silap jalan !! Hampeh. Terpaksa pusing masuk area Sultanahmet semula

Tapi akhirnya semua beres beres saja

Sampai semula di Ataturk Airport, Istanbul

Terminal perlepasan

Check in

Pesawat dah bersedia

Senja pun dah nak menjelma

Kami tinggalkan Istanbul dengan rasa syahdu lite lite di jiwa

Memang kena datang lagi ke Turkey ni

ISTANBUL

AKU PASTI

DATANG LAGI

Goodbye buat sementara ini

Tak payah sedih mana. Sampai waktu makan... belasah jer. Nak berhiba hiba karang perut lapar

Mengisi perut

Dan 8 jam perjalanan dipenuhi dengan aktiviti tidur tiduran. Penat lesu semua ada. Tapi sempat gak layan movie dalam flight tu

Akhirnya..... kembali semula ke pangkuan tanahair tercinta.................

Trip menumpang atas trip kerja. Orang kata sambil menyelam minum air. Tapi ni dah kira sambil kentut lepaskan sekali cirit yang ada. 

Hahahaha....

Sekian, terima kasih !

* lambai lambai tangan ke arah peminat tanda bersurai...


Dilimin ucunda “gitme dur”desem...
Ya gülüp gecersen,yok söyleyemem...
Bilmezsin uğruna bu can neleri yakar
Gururum önümde bir deli duvar
Gidersen ömrüm bir sen daha
Nerden bulacak
Ya bir daha görmezsem
Tanrım,ne olacak!
Yapamaz,yaşayamaz
Bu kalbim sensiz
Herşeyim dur,gitme
Saplayıp gözlerini gönlüme
Bir ömür beni mahkum etme
Yapamaz,yaşayamaz
Bu kalbim sensiz
Herşeyim dur,gitme ah
Saplayıp o hançeri gönlüme
Bizi böyle bitirme

TAMAT

Saturday, April 29, 2017

EUROPE | ISTANBUL - 06 : Hard Rock Cafe, Istanbul

Melawat kawasan sudah. Makan pun sudah. Perut dah kenyang ni, tapi tak nak balik airport dengan kenderaan yang di sediakan? Berlagak tak di bumi orang?

Sebenarnya kami semua ada satu misi penting. Alang alang dah sampai Istanbul ni, nak pegi Hard Rock Cafe Istanbul.

See? Aku dah tak berapa kemaruk sangat sebenarnya.. ( menipu )... tapi geng geng yang lain excited semacam, jadi dengan masa yang ada, mencari jalan sendiri kami adakan misi. 

Ayuh ke Hard Rock Cafe, Istanbul !!!!

Hotel hotel penginapan di kawasan Sultanahmet.

Ada misi yang perlu di jalankan.

Masalahnya Hard Rock Cafe terletak bukan di area Sultanahmet ni tapi di New Istanbul. Kena naik kenderaan dan merentas selat Tanduk Emas ( Golden Horn)

Memula atas dasar suka suka mencuba, kami try Uber di Istanbul.

Sedang elok dapat sebijik, tapi drebar dia pulak tak pandai cakap English. Dia tunggu kat lain, kami tunggu kat lain. Sudahnya dia lari. Lahabau betul.

Last last tahan teksi. Sumbat 4 orang dalam 1 teksi.

Teksi di Sultanahmet

Membawa ke New Istanbul

New Istanbul di seberang

Kena crossed Atatuk bridge

Area Istanbul Modern 

Galata Tower.  The Galata Tower — called Christea Turris by the Genoese — is a medieval stone tower in the Galata/Karaköy quarter of Istanbul, Turkey, just to the north of the Golden Horn's junction with the Bosphorus. Tak sempat nak singgah. Nampak dari jauh je. Next time OK !

City district

Area Galata

Bangunan bangunan pentadbiran di Istanbul

Bangunan bangunan di Istanbul

Masalah pulak drebar teksi tu sebenarnya tak tau kat mana Hard Rock Cafe Istanbul tu. Dah la dia tak reti cakap English. Payah sungguh lah.

Dua tiga kali dia cuba try call member dia tak tau jugak. Padahal kita orang siap bagi kad ada alamat HRC Istanbul yang kami ambik kat airport. Dia tak faham nak baca English agaknya.

Last sekali, kami suruh dia buang je kita orang kat satu tempat ni dan kami cari sendiri.

Tak tau kat mana

Last last kita orang sampai kat İstiklal Avenue.

Church of St. Anthony of Padua, Istanbul

İstiklal Avenue merupakan salah satu jalan yang paling terkenal yang terletak di daerah Beyoglu di Istanbul 

  Dikunjungi oleh hampir 3 juta orang dalam satu hari sepanjang hujung minggu.

Kawasan ini, dikelilingi oleh bangunan lewat era Ottoman (kebanyakannya dari ke-19 dan ke-20 awal) yang direka dengan Neo-klasik, Neo-Gothic, Renaissance Revival, Beaux-Arts, Art Nouveau dan First Turkish Architecture Negara gaya; serta beberapa bangunan gaya Art Deco dari tahun-tahun awal Republik Turki sepanjang jalan bermula dari Galata Tower hinggalah ke Taksim Square

Pada 19 Mac 2016 di kawasan ini lah lokasi berlakunya serangan pengeboman berani mati yang membunuh 5 orang. Time aku kat situ pun macam ramai orang. Tak pasti lah merusuh ke apa...

Di sini lah juga peluang untuk melihat tram Tunel yang memasuki perkhidmatan pada tahun 1875 sebagai keretapi yang kedua tertua di dunia.

Akhirnya penantian kami berakhir...

Jumpa jugak Hard Rock Cafe ni walaupun posisi dia agak terlindung di sebatang lorong kecil.

Sungguh mencabar nak sampai sini

HRC Istanbul. Sampai je tumpang kencing dulu.

HARD ROCK CAFE, ISTANBUL
Asmalımescit, Beyoğlu

Dine in style at the show-stopping Hard Rock Cafe Istanbul, a welcomed oasis in the capital of empires. We blend the rich heritage of Istanbul with the free-spirited fun of musical greats. Our unique restaurant is located at the old “Sponeck Birahanesi” building, where Turkey's first public film was screened in 1896, near the iconic Istiklal Street and live music neighborhood at the core of Istanbul. Enjoy the view of this great city from our picturesque terrace.



A Dining Experience for All

Our multi-story location includes a stage for live entertainment, bars and dining areas with more than 300 seats, and private rooms sure to captivate guests of your next event. With musical memorabilia as legendary as our burgers, every experience at Hard Rock Cafe Istanbul is memorable.




Fresh American Dining

Relax and check out the diverse menu that has made Hard Rock Cafe a world-wide destination. Whether you want to top your night off with a Legendary® Burger or keep it light with a fresh salad, our menu has something to please every palate.






Hard Rock Shopping

Once you've soaked up the atmosphere and satisfied your cravings, don't forget to visit the Rock Shop®, where you'll find souvenirs and apparel to commemorate your unforgettable experience or bring back a piece of your trip to loved ones.








Staff HRC yang baik hati melayan kerenah kami. Biasalah banyak kepala banyak kehendaknya. Aku cakap muka dia macam Anuar Zain.. Dia kata dia tak kenal ! Hahahahaa. Kalau dia kenal lagi la aku pelik.

HARD ROCK CAFE ISTANBUL
Asmalimescit Mah; Mesrutiyet Cad.
(Front of Galatasaray Lisesi),
No:3 34430 Beyoglu,
Istanbul/Turkey
+90 (212) 2446738 /39

FB : HRC Istanbul

Dah tercapai hajat masing masing

Selesai semua urusan

Masa untuk bergegas ke airport semula......

Selesai lawatan ringkas ke Istanbul.....  memang tak puas hati sebab tak dapat nak jalan jalan kat area Istanbul ni tapi kena pasrah sebab tak banyak masa yang ada.



Ömrünce bir kez sevip
İlk aşkı yaşadın mı
Gülmeye hasret kalmış
Bir çift göz tanıdın mı
Dalından koparılmış
Bir gülü kokladın mı

Ölmedim yaralanmışım
Çok ucuz paralanmışım
Gidecek gibisin

Böyle mi sürecek yarim
Gidersen ne olur halim
Sana ben köleyim
Sen hiç ağlayan bir kuş gördün mü
Kanadı kırılmış yürekten yaralı
Diyar diyar dolaşan her yağmurda ıslanan
Ben ağlayan bir kuşum

bersambung................