Pages

Friday, March 31, 2017

Tonton Movie : January - Mac 2017

Koleksi wayang dari Januari - Mac 2017.

Agak kurang tengok wayang...... Tak banyak cerita menarik plus kurang kelapangan nak terjah panggung. Tapi ada jugak la sempat selit dua tiga movies sepanjang awal tahun ni.

Seperti biasa MBO Cinema menjadi pilihan sebab kurang orang. Tapi ramai jugak sebenarnya

Selalu tengok kat Citta Mall sebab senang parking

Dah abis di kopek kopek lego ni semua

Dah berjaya kopek.. vandal pulak dengan benda benda tak sesuai


Bersemangat nak tengok wayang anak aku ni

Cerita pertama aku tengok untuk tahun 2017 ni.

01 : Arrival 

Aku yang teringin sangat nak tengok movie ni. Konon konon macam best. Aku paksa OR... last sekali abis cerita terkedu tak reti nak cakap apa.

Kisah Alien datang ke bumi dan cuba berkomunikasi. Haram aku tak faham cemana dia berhubung, sedar sedar dah flash back buat pening kepala aku.

Tapi satu je.. Tengok space ship Alien tu, aku teringat kuih akok ! Buat aku lapar...

Sedap kalau dapat akok panas panas ni. Lagi lagi kalau Akok Salor.. God mother of segala Akoks !

Cerita ke dua...

02 : Passenger

Pun sebenarnya agak mengecewakan. Buang masa aku jer. Buang duit tu sudah tentu. Stress.... !

Nasib baik kalau gi wayang mesti makan makan. 

Selalunya KFC menjadi pilihan

KFC... it is finger licking good

Sebab kecewa beberapa movie tak menginzalkan, so malas nak layan. Sampai la movie seterusnya. Pun aku jugak yang kecoh kecoh nak tengok.. Konon macam best !

03 : Guardians

Cerita macam cas cas Marvels tapi production hampeh. Ni cerita Russia sebenarnya. Alih bahasa lagi pulak tu. Sound dah berhenti mulut masih bercakap lagi. 

Jalan cerita berserabut. Aku yang tengok pun serabut.

Nasib baik ada Cheese Tart Hokkaido.. Now ada perisa durian !

Gong Xi Fa Chai di Subang Parade

Ada hati nak tengok John Wick.. tapi ganas sangat... tak jadi lah

No thank you !

Agak kecewa la suku tahun pertama ni. Movie movie semua tak kena dengan selera. Tapi cerita yang ni aku kena tengok !

Excited.

Tengok di MBO Subang Parade

Try Theater Auro.... untuk movie experience yang lebih padu... Tapi aku rasa IMAX lagi mantap kot.

Ini cerita nya. 04 : Logan 

Pengubat duka lara. Logan menyembuh segala siksa sengsara movie movie yang tak menarik sebelum ni.

Puas hati !

05 : Kong..... kalikong..... Not bad.. Budak budak pun seronok tengok movie ni. " Papa kalau ada rasaksa besar Papa kejut adik tau " .....  Booom ! Sampai Princess tak jadi tidur. 

Bersedia untuk beberapa movie yang akan datang

Nice to watch.....

Dont want to watch. Sebab movie Russian jugak

Maybe... Tengok la nanti

Likely to watch

Must watch

We shall see.....

 Tunggu sesi seterusnya untuk update movie movie yang sempat di tonton di pawagam berdekatan !

* baling popcorn lemau dalam tong sampah

Layan OST Logan...



I hurt myself today
To see if I still feel
I focus on the pain
The only thing that's real
The needle tears a hole
The old familiar sting
Try to kill it all away
But I remember everything

What have I become
My sweetest friend
Everyone I know goes away
In the end
And you could have it all
My empire of dirt
I will let you down
I will make you hurt

I wear this crown of thorns
Upon my liar's chair
Full of broken thoughts
I cannot repair
Beneath the stains of time
The feelings disappear
You are someone else
I am still right here

What have I become
My sweetest friend
Everyone I know goes away
In the end
And you could have it all
My empire of dirt
I will let you down
I will make you hurt

If I could start again
A million miles away
I would keep myself
I would find a wa

Thursday, March 30, 2017

Jom Makan : Boat Noodle, D'Pulze Cyberjaya.

Apa apa pun, aku jumpa satu lagi kedai yang menyediakan makanan ala ala Thai/Viet ni di Cyberjaya jugak. 

Nama dia Boat Noodle. Dah cukup famous sekarang ni kot.

Feeling feeling bersampan tapi tak de sampan. Sampan dah berlayar ke Pulau Pandan. Pulau Pandan dah la jauh ke tengah.

Boat Noodle aka Mee Sampan.

Outlet di D'Pulze

Terletak di dalam bangunan mall D Pulze kat Cyberjaya tu.

Tingkat tak sure. Tingkat 2 kot. 

Ni menu dia

Antara dua

Dan aku order menu yang sama Chicken Pa Ka Pao kat sini. Harga dia RM 11.90.

Ada jugak menu lain yang menjurus ke arah makanan Thai dan Vietnam.

Tapi.. keadaan kedainya sangat la sempit dan cramp. Rasa berlaga laga bontot jer. Nak bersembang pun rasa macam share cerita dengan orang meja sebelah. Tak leh nak gosip gosip liar.

Atas sebab tu la gambar makanan tak berjaya di snap.

* aku segan silu.

Sedap jugak kuih ni macam tepung pelita aka Kuih Sampan

Roti steam kaya raya

Celup celupan

Lagi segan silu nak order mee dalam mangkuk kecik kecik tu. Takut orang ramai perasan aku order melampau banyak nya. Boleh mencecah bumbung !

Nanti kena cerca !

Mee yang hendak di bawa belayar

So kesimpulannya kalau rela bersesak sesak, makanan di Boat Noodle tu not bad juga dan menepati selera. 

Sambil makan boleh feel feel belayar ke Pulau Pandan jauh ke tengah.

Aku pun member bawak datang sini. 

Check FB mereka : Mee Sampan

Dan mereka ada banyak cawangan di serata raya Malaysia.

Boleh di cuba. Pilihan di tangan anda samaada nak ke Pulau Pandan ataupun ke Gunung Daik bercabang tiga atau tak pegi ke mana mana sebab sampan dah hanyut di lautan sepi !!!!


Wednesday, March 29, 2017

Jom Asah Bakat : RedBox, The Curve

Sebagai seorang Artis Antarabangsa merangkap seorang selebriti, apa lagi yang memberi kepuasan dalam diri selain daripada dapat menghiburkan peminat peminat yang tersayang.

Walau belum sempat hadir dengan sebarang album, namun bakat yang ada tidak harus di persia siakan. Lupakan peluang untuk mengadakan konsert berskala besar di Zimbabwe mahupun Gambia Selatan, bakat ini perlu sentiasa di gilap agar ianya tak berkulapuk mahupun pudar di sirami debu debu liar.

Ayuh kita mengasah bakat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aci tak intro aku cam tu?

The Curve. Buat apa di sana?

Dah tadi kata nak asah bakat. Takkan pegi The Curve nak asah parang?

Sebenarnya tujuan aku ke sana adalah buat julung julung kalinya, satu konsert khas yang di namakan Konsert Cuci Tekak Yang Telah Berkarat berlangsung di Red Box, The Curve.

Para hadirin dan hadirat adalah manusia manusia yang pasrah dan redha kena paksa untuk datang ke sesi lontaran anak tekak secara total !

Red Box

Serious la dah lama tak gi karoks. Tu yang aku kena dokumen kan sebab nanti next sesi lupa pulak bila. Ni pun rasanya dah masuk bertahun tak berdendang ria. Sebab tu la tekak ada macam rasa pedih pedih dan ngilu sebab karat sudah mula bermaharajalela !

Cakap banyak tak guna. Ayuh turut serta..................

Sesi kali ni dicernakah oleh IH, BW, MH dan aku selaku artis paling top di antara mereka. Sudah tentu peminat ternanti nanti kemuculan julung julung kalinya sebab dah lama tak berpadu suara dan tenaga.

IH dengan BW pegi sampai dulu sebab dia orang pegi merayap berdatingan berdua. Aku cakap aku buat kemucnulan kemudian sebab Fashion Designer aku lewat sikit menyediakan pakaian untuk konsert malam tu.

Boleh pulak MH salah ambik aku. Dia ingat aku kat luar. Dah satu hal pulak kami sampai lambat kesian peminat peminat yang sekian lama menanti kami tiba.

Janji petang, lepas maghrib baru datang. Welll.. standard la artis kan, sapa nak marah? Berani reporter nak berkata jahat pasal aku?

Tidak seperti yang di rancangkan, konsert yang sepatutnya bermula awal hanya dapat dimulakan selepas maghrib sebab kat surau ramai jemaah solat so terpaksa tunggu turn.

Namun begitu, apa jua alasan tak mungkin memansuhkan niat suci murni ini.

Tepat jam 8 malam, kami tiba di stadium di mana konsert berlangsung. Sampai sampai jer...

Register dulu. Eh... korang ada artis nak buat konsert sampai kena register?

Belum cerita lagi kad dia orang ni hilang lah. Itu la. Ini lah. Memang dari awal aku dah agak pengurusan acara konsert malam tu memang tak bagus.

Dah la datang bawak bantal apa semua  ( balik shopping di Ikea )... Tak ke kalau peminat nampak boleh menjatuhkan air muka aku. Datang konsert bawak bantal? Kau ada?

Tapi dah lama tak datang Red Box ni macam banyak benda yang berbeza.

Harga dah makin mahal. Tekak sapa yang bakal perit ni?

Dan untuk pengetahuan outlet RedBox ni pun dah makin berkurangan. Dulu banyak tempat sekarang dah tak banyak.

Jadi kena pandai pandai memilih tempat

Tepat jam 8 malam sewaktu penonton sudah mula membanjiri stadium dan detik detik konsert bakal di mulakan..... masing masing........................



















..................... serbu makanan !

Ada buffet di sediakan

Apa lagi. Artis Antarabangsa pun terus nak mengamuk lah. 

"Hoi. Korang ni dah kenapa? Datang nak menghiburkan rakyat tapi sibuk nak makan. Bak mai sini pinggan tu.................. "





Nom Nom Nom.

Setengah jam pertama dipenuhi dengan acara melantak ! Pedulikan penonton yang sudah mula merusuh. Perut kita harus di jaga.................

Antara makanan yang ada. Banyak jugak yang sedap sedap rupanya. Jadi lupakan nyanyi nyanyian... kita makan je sampai abis waktu ! Macam tu konsep dah jadi sekelup mata kau berubah.

Buah buahan jangan di lupa. Baik untuk pencernaan. Bukan sesuatu yang luar biasa tengah tengah nyanyi di pentas perut bergelora dan konsert terpaksa di tunda sebab artis perutnya memulas !

Air pun sama. Mana boleh tak order. Penting ni ! Selain mengelakkan tercekik microfon elok juga untuk basah basahkan tekak supaya suara cas cas lebih sedap

Macam biasa, air di beri 2 pilihan. Order la ikut tekak masing masing.

Akhirnya semuanya bersedia.....

Dan konsert yang di nanti nantikan pun bermula.

Dari dewan besar Pusat Kitar Semula... kami mempersembahkan.. Konsert........ bla bla bla  * tepukan padu menggegar jiwa

Chop !

Orang kata, nasihat doktor jangan di lupa. Sebab dah tau vocal chord akan di paksa paksa malam ni, jadi beberapa tips dan persediaan perlu di ambil terlebih dahulu bagi memastikan tiada yang tergendala.

Ubat ubatan untuk penjagaan suara. Uhuk Uhuk Uhuk. * aku batuk

Dan lagu pertama.............di mulakan dengan kehangatan suasana memanaskan pentas.

Bersiap sedia semua. Lagu Perawan atau Janda............ Ehah Ehah !!!!

Dan sampai lagu ke 5. Ramalan Ku Benar Belaka.

Memang ramalan itu benar belaka. Memang dah pancit dan dah tua. Tak sedar sedar diri jugak nya. Abis 5 lagu semua tersadai tersandar kat kerusi. Microfon terbiar sepi.

"Nyanyi lah ! Nyanyi lah. Pilih lah lagu"

Masing masing diam buat tak peduli. Sorang dua main phone. Sorang lagi tak abis abis lagi makan. Sorang lagi dah ternganga pastu tetiba bersuara.

"Eh.. bak bantal yang kau beli tadi tu.... Ngantuk ah"

Maka begitulah Konsert hanya pada nama. Datang makan semata mata. Nyanyi dua lagu, mata dah terkatup dulu.

Itu petanda, usia dah ke arah jauh dari alam remaja.

Sorry peminat peminat yang datang, Yang beli tiket dan kecewa. Aku rela di benci !!

* pass microfon kat Aiman Tino.

"Kau je lah yang nyanyi. Kita orang dah pencen.............. !"



Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir membasahi didadaku
Hanya ratapan didalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi
Hanya disana kekal dan abadi

Moh balik. Jam di dinding terus berdetak ah.........................

Tahun depan pulak la gamaknya sesi karoks yang akan datang.

TQ MH sebab jadi penaja Platinum konsert dan juga merangkap driver ambik dan antar aku balik !