Pages

Wednesday, November 30, 2016

Jom Makan : NY Steak Shack, Subang Parade

Jom kita ke New York !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

* percikan bunga api klepeh klepeh

Bajet tak de. Tak leh extravaganza sangat. 

So beli mercun pun tak mampu, ni kan pulak nak beli tiket ke New York. Jadi ..kita bukan nak pegi New York, tapi nak gi makan kat New York Steak & Shack !!!

Statue of Liberty dah siap menanti

Apa kata kalau tak gi New York, kita ambik feel konon konon kat New York?

Gaga, hit it !!!!!!!!!!!!!!!!!



Start spreading the news
I am leaving today
I want to be a part of it
New York, New York

These vagabond shoes
Are longing to stray
Right through the very heart of it
New York, New York

I want to wake up in a city
That doesn't sleep
And find I'm king of the hill
Top of the heap

These little town blues
Are melting away
I'll make a brand new start of it
In old New York

If I can make it there
I'll make it anywhere
It's up to you
New York, New York

New York, New York
I want to wake up in a city
That never sleeps
And find I'm a number one
Top of the list
King of the hill
A number one

These little town blues
All melting away
I am gonna make a brand new start of it
In old New York

And if I can make it there
I'm gonna make it anywhere
It's up to you
New York, New York, New York

Thank you Gaga. Now, mari makan dan sama sama membentuk tubuh kita menjadi gajah !

NY Steak Shack

Sebenarnya sebelum ni aku pernah memasang angan angan Raja Ema nak makan kat sini, tapi sebab ada masalah teknikal sikit, so keinginan terbantut.

Maka datang sekali lagi, kali ni dengan jumlah jemaah yang kecik je, kami dinner di sini.

At NY Steak Shack, whatever your mood or taste may be, we'll definitely have something to offer for a culinary experience that'll have you coming back for more!

You can be sure of that!

Tu ayat mengoda jiwa. Tapi nak tau makanannya menggoda jiwa ke tidak, ayuh kita terjah !

NY Steak Shack merupakan satu lagi rangkaian restoran yang menampilkan makanan western seperti burger, steak mahupun shakes untuk pilihan para pengemar yang meminati citarasa makanan ala barat.

Kini mempunyai lebih kurang 8 outlet seluruh Malaysia, NY Steak Shack pastinya menampilkan citarasa makanan dengan kualiti terbaik, dari sumber masakan yang didatangkan segar dari ladang !

* gigit jari.

Dah macam apa je aku tulis ni ?

Salahkan Lady Gaga !

Okey. Let's duduk dan tengok kawasan dalam resto.

Tak ramai orang

Selesa dan bersih,

Tapi kalau tengok dari segi ambience kedai dan deco dia, tak de la nampak macam high end sangat tempat ni. Biasa biasa je. Bawah daripada Chili's mahupun TGIF tapi atas sikit daripada McD ataupun KFC.

Usha buku menu !

Buku menu

Baca baca sikit dan ambik tau. Kalau tak nak ambik tau boleh skip terus ke gambar makanan

Macam ni rupa makanan dia

Boleh pilih ikut citarasa sendiri

Moooo.... Makan ni terus mengelembu

Air di lupa jangan

Check jugak sometimes ada promo tertentu so boleh jimat apa yang perlu

Sebenarnya kami pegi ni macam dah lama. So aku pun agak lupa pasal story makan di sini. Tapi yang aku ingat, waiter(ress) dia sorang Nyah, asyik menyanyi je keje dia. Pastu duduk belakang meja kita orang.

Nyanyi lagu sedih lak tu. Putus cinta dengan butcher kot. ( gossip gossip liar ).

Sebab orang tak ramai, makanan yang di order datang tak lama kemudian.

Mushroom Soup. Not bad jugak

Air hidangan

Ada lagi ! Biasalah, air untuk aku mesti tak cukup satu

Belum kira anak aku kalau tetiba ada citarasa nak minum air ikut tekak dia sendiri

Ni makanan aku. Pasta Southwest Chicken. Harga dalam RM 20 lebih. Tapi boleh tahan mantap.

Ribeye Steak OR punya. Dalam RM 28. Dia kata sedap juga

Hero nak burger. Makan tak abis sebab burger besar dari mulut.

Princess punya. Chicken Fingers. Biasa biasa je la. Kid's food ni biasanya healthy sikit, kurang garam dan kurang sedap untuk tekak orang tua tua.

Alhamdulillah. Makanan sedap dan mengenyangkan.

Harga pun ada yang agak mahal macam pasta tu tapi untuk steak rasanya agak affordable dan rasanya pun sedap juga.

Kos semua sekali makan tu RM 138. 

Jangan risau, restaurant ni certified Halal oleh Jakim.

Tapau burger New York Hero bawak balik makan kat Malaysia !

Hari tu aku makan di outlet Subang Parade.

Mereka ada outlet lain jugak. Refer sini : NY SteakShack : Location

NY Steak Shack
Subang Parade
LG-15, Lower Ground Floor,
Subang Parade,
No.5, Jalan SS16/1, Subang Jaya,
47500 Selangor.

Tel: 03-5611 0833

Website : NY Steak Shack
Facebook : Steak Shack

And if I can make it there, I'm gonna make it anywhere... It's up to you. 
New York !!!, New York !! New York !!!!!!!!!!!!

Selamat mencuba !

Tuesday, November 29, 2016

Jom Makan : Dave's Deli, Subang Parade (2016)

Dulu dulu masa aku kecik kecik ( time awal sekolah rendah ), dekat kampung aku ada satu pakcik ni yang boleh di katakan kaya lah kat kampng aku tu. Dan dia pun baik juga.

Ada time time dia akan kumpul budak budak hingusan macam aku ni dalam 10-20 orang dan bawak ke bandar dan belanja kami makan !

Time tu rasa seronok bukan main, nak pegi tu masing masing pakai baju punya lah lawa macam nak gi raya. Siap pakai kasut dan baju tuck in. Hujung hujung, makan roti canai dengan teh o je kat kedai mamak !

Makan apa tu tak penting, tapi sedekah jariah, budi baik serta niat suci murni menggembirakan hati kami sang budak budak ni pasinya akan di kenang dan moga moga menjadi amalan dan ikutan. 

Tapi aku belum sampai tahap tu lagi. Masih belum mampu nak kumpul budak budak sekampung dan belanja dia orang makan. Tapi kalau anak anak buah aku ada di KL dan berkumpul di sini, pastinya aku cari masa dah bawak dia orang pegi makan makan di tempat yang dia orang dah lama teringin.

Baru baru ni rombongan anak anak sedara datang ke ibukota dan kesempatan yang ada aku bawak dia orang keluar makan dinner dinneran. Kiranya family dinner lah.

Kalau tanya dia orang macam macam pilihan makanan. Nama pun dah ramai dan selera masing masing berbeza. Tapi kata sepakat akhirnya semua nak makan western.

Dah plan nak try makan di NY Steak Shack di Subang Parade. Aku pun tak pernah cuba  lagi makan kat situ.

Dah plan berkumpul di sana, tup tup bila kami sampai tempat tu penuh dan tak boleh nak menampung kami kami yang agak ramai ni.

Cari option lain akhirnya dia orang nak makan di Dave's Deli.

So bergerak la manusia manusia kecik besar tua dan muda ini berpindah lokasi.

Dah lama tak datang sini

Tempat ni memang tidak asing bagi aku sebab dulu dulu memang salah satu port makan yang aku suka time lokasi dia di tempat lama lagi. Pastu lama tak datang dan last pun tahun 2014 dulu.

Masih sama macam dulu. Tak de banyak yang berubah !

Dave's Deli. Apa khabar ntah Pakcik Dave ni. Macam dah lama gila kedai makan dia ni wujud

Interior pun masih sama je macam dulu dulu

Masalah utama kalau datang time dinner, nak dapatkan seat yang boleh menampung ahli rombongan adalah sedikit mencabar.

Eh ! Tapi kenapa macam tak de orang je?

Well. Sebagai artis antarabangsa, normal la booking satu restoran dan tak bagi orang lain kacau. Kan? 

"Kau ingat kau Tom Cruise? Brad Pit?"

Tetiba ada suara dari langit !

Hahaha. Gambar kosong tu aku ambik masa time dah abis makan. Semua orang dah balik tinggal kita orang je yang meriuh rendahkan suasana sampai macam nak kena halau baru masing masing bangun nak bergerak pulang.

Konsep masih sama. Layan diri di sini.

Tapi staff staff  Dave's Deli ni kira OK lah bila tetiba kami datang menyerang then dia orang sediakan meja meja semua dan pastikan kami dapat makan dengan selesa.

Tapi makanan tetap kena order di kaunter

Tengok menu

Antara makanan dalam menu yang tersedia

Penyediaan setiap menu yang di order

Menu Dave's Deli ni seingat aku macam tu je la dari dulu. Sama je. Tapi menu menu ni lah sebenarnya yang menjadikan tarikan utama. Lagipun rasanya memang tak berubah dari dulu. Maintain je tahap kesedapannya.

Maybe ada menu menu baru dah kot, tapi tak berapa nak usha.

Masing masing ada citarasa tersendiri

Menu yang di pilih mengikut selera tekak sendiri

Walaupun kami ramai, tapi masing masing order benda yang lebih kurang sama jer.

Layan hidangan makan malam di pesta keramaian muda mudi ni.

Quarter Roast Chicken yang menjadi kegemaran ramai

Punya la ramai antara kami yang order ni sampai ayam habis ! Terus Dave's Deli tutup operasi jual Roast Chicken ni

Ada juga antara kami yang order benda lain

Ikut tekak masing masing

Sebab ramai jugak ada yang terpaksa menunggu hidangan mereka siap disediakan. Makan masa jugak lah tapi yang order Roast Chicken dah buleh baham dengan rakus tanpa toleh ke belakang.

So makan tak synchronize. Ada yang habis dulu.

Dah abis makan tu bermulalah gossif gossif liar dan cerita cerita hantu. Padahal macam lah lama tak bertemu. Riuh rendah jugak lah, lagi lagi yang tua berborak, yang kecik kecik pun masing masing dengan agenda tepi yang turut mengundang kekecohan.

Lepak hisap rokok jap kat luar

Sebagai Project Sponsor aku berpuas hati makan kali ni. Sebab ramai ahli keluarga yang turut serta dan dia orang pun agak berpuas hati dengan makanan kali ni.

Alhamdulillah. Apa lagi yang lebih menggembirakan hati seorang Pakcik yang tak berapa tua lagi ni selain daripada melihat kaum keluarga sendiri kekenyangan. Of chos makanan Makcik Mona masak lebih sedap tapi sesekali beralih angin macam ni seronok juga. Yang peting satu keluarga dapat berkumpul dan spent time togeder-geder.

Jangan tanya la berapa kos abis makan di sini. Dah nama pun ramai, memang berpatutan pun. Sekali sekala tentunya tidak mencacatkan apa apa. Gembira juga ada. Lagipun bukan orang lain, set set keluarga sendiri.

Come home to good food.

Tak perlu aku nak promote Dave's Deli ni sebab ramai yang dah tau rasa hidangan dia macamana.

Restoran dah tutup dan kami menjadi pelanggan terakhir malam tu di sini dengan masing masing kenyang perut dan suka hati.

Nanti datang lagi ! ( tak tau bila )

Dave's Deli  
G 24 C, Ground Floor, Subang Parade,
Jalan SS 16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-5621 8288

Open daily · 10AM–10PM

Website : Dave's Deli Malaysia
FB : Dave's Deli MY

Mereka juga ada cawangan cawangan lain selain di Subang Parade ni. Dave's Deli Location &
Dave Deli - Menu

Monday, November 28, 2016

TRAVELOKA NZ : Dunedin | Nugget Point

Dunedin merupalan sebuah bandar yang terletak di South Island di New Zealand

Memiliki penduduk seramai 122,000 orang ia merupakan kota ke dua terbesar di pulau Selatan itu selepas bandar Christchurch

Dunedin

Fajar pagi di Dunedin

Sebuah bandar dengan warisan senibina Scotland dan British zaman Edward dan Victoria, Dunedin merupakan bandar yang tertua di New Zealand. Selain daripada mewarisi senibina klasik, bandar yang diasaskan oleh imigran dari Scotland ini juga merupakan sebagai tempat persinggahan untuk melawat rizab hidupan liar di Semenanjung Otago.

Nama Dunedin adalah dari nama Dun Eideann iaitu nama Gaelic Scotland untuk Edinburgh di Scotland. Bandar ini telah diasaskan pada tahun 1848 oleh penhijrah mazhab Presbyterian dari Scotland. Walaubagaimanapun, kawasan ini telah lama dihuni oleh orang Maori. 

Antara tempat menarik yang sempat kami lawati di Dunedin ini adalah : 

Baldwin Street. 

Baldwin Streetin Dunedin's North East Valley suburb is, according to the Guinness Book of Records, the steepest street in the world. Take the ten minute walk to the top or drive up to enjoy the view looking down! 

Rumah rumah di Baldwin St

Jalan yang curam

Drinking fountain at the top. 

Dunedin Botanical Gardens

Pokok besar

Signal Hill. Puncak tertinggi yang memberi gambaran panorama keseluruhan bandar Dunedin.

Dunedin dari atas Signal Hill

 Otago University, Dunedin

Bangunan di Otago University

Pokok magnolia

Dunedin Railway Station yang menampilkan senibina lama dan dikenal dengan nickname "Gingerbread George".

Dunedin Station

Bandar Dunedin

The Octagon. 

The city centre - it is shaped like an Octagon instead of the standard square. This part of town is very active and lots of businesses strive to be near it. 

First Church of Otago

St Clair Beach

Tunnel Beach yang terkenal

Dan menarik

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Dunedin yang boleh di lawati mengikut kesesuaian, minat dan juga masa yang ada. Kami cuma ada sehari sahaja di Dunedin sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Nugget Point sejauh 1 setengah jam perjalanan.

Pantai di perjalanan

Laut bergelora

Cuaca yang mendung dan suram

Nugget Point Lighthouse

Cuaca gelap dan mendung

Nugget Point  is one of the most iconic landforms on the Otago coast.

Meniti suram dan remang petang

Dan mentari muncul di balik awan dalam perjalanan lebih jauh di kala malam.

Dunedin adalah must visit town. Banyak yang menarik di sana.

Nugget Point tu boleh singgah kalau ke Te Anau atau pun Invercagill. Check dulu cuaca kalau nak ke Nugget Point sebab kalau cuaca tak menarik tempat tu kurang lawa. Takut nanti drive jauh jauh.... tengok tempat ni tak menarik. Nanti rasa tertipu lak dek cuaca yang tak membantu.



Mungkin di saat itu, kau berpandangan mata
Dan dusta dan kepuraanmu
Aku terus terlena mendengar janji indah
Dibuai cintamu yang palsu

Akhirnya kusedari kau hanya bersandiwara
Kusangkakan kau kasihku
Sayangnya kutertipu

Racun yang bermadu kau berikan kepadaku
Bagai duri sembilu kau menikam hatiku
Setelah kau pergi baru kini kumengerti
Segala yang berkilau bukannya emas permata

Mungkin di saat itu, aku asyik bermimpi
Dalam pelukan dan sentuhanmu
Kuterus terpesona melihat wajah indah
Dan manis bibirmu memutar kata

Akhirnya, kusedari, kau hanya bersandiwara
Kusangkakan, kau kasihku
Sayangnya, kutertipu

Racun yang bermadu kau berikan kepadaku
Bagai duri sembilu kau menikam hatiku
Setelah kau pergi baru kini kumengerti
Segala yang berkilau bukannya emas permata

Racun yang bermadu kau berikan kepadaku
Bagai duri sembilu kau menikam hatiku
Setelah kau pergi baru kini kumengerti
Segala yang berkilau bukannya emas permata