Pages

Thursday, March 31, 2016

Jom Lepak : Bucida Court, Sg Penchala Damansara

Ingin mencari kelainan dalam menjamu selera?

Mahu pilihan makanan yang pelbagai?

Mahu menjamu selera dengan di temani dengan muzik live band?

Ambik wallet anda dan tuju lah ke Bucida Court, Sungai Penchala, Damansara !

 
Bucida Court

Terletak di tepi Highway LDP menghala ke One Utama ( opposite Ikea ), di sini anda boleh lepak lepak sambil menjamu selera dengan pilihan makanan yang mungkin dapat memenuhi selera anda !

Aku jumpa tempat ni by accident. So nak gi riki riki lepak lepak dengan BW dan IH time IH datang ke KL tempoh hari.

So kami gi konon nak melepak ke sini.

Berpandukan Waze kami ke destinasi ini malangnya tempat ni agak tricky sikit lokasinya so terpaksa berpusing pusing. Nasib baik la perjuangan kami berhasil !

Tepi LDP

Bucida Court ni merupakan food court makanan dan tempat lepak santai yang mungkin memberi pilihan di samping banyak food court food court yang ada di kawasan Damansara ni.

Ruang food court

Tempat dia tak berapa besar tapi ada beberapa pilihan gerai yang boleh di nikmati untuk hidangan menjamu selera.

Antaranya....


Char Kuey Teow

Satay pun ada

Makanan Arab

Western & desserts

Pilihan steaks dan yang lain lain

Nasi Ayam penyet dan menu menu lain

Maggie ketam yang glamer di sini

Menampilkan ketam ketam yang kacak lagi seksi untuk di jadikan hidangan

Bagi aku pilihan makanan agak banyak walaupun gerai tak de la banyak mana. Tapi ada je kedai yang tak di buka, so agak mengecewakan bila datang dan tak dapat makan makanan yang kita nak.

Macam aku nak cari nasi goreng, tapi tak der. Pastu nak makan churros, tapi brader tu cakap.

"Saya tak pandai buat. Tukang buat dia tak der hari ni"

Hmmmm. 

OK. Tak pe aku maafkan !

Jadi order lah apa yang ada.

Selain daripada makanan, tempat ni juga boleh di jadikan tempat santai dengan kawan kawan. Ada ramai yang lepak lepak sambil sedut shisha.

Ada skrin TV besar juga untuk menonton bola

Dan ada live band juga !

Sebab aku datang sini bukan la nak dengar live band sangat pun, tapi dah ada layan je lah. Cuma bila ada live band ni musik kuat sangat nak borak sesama kita pun jadi macam pekak jer !

Stress woo.. Cakap kena kuat kuat. Pastu 

"Aaaaaaaaaaa ?"

Tak dengar. Last sekali diam je lah. Terpaksa layan mamat tu menyanyi.

Memula ingatkan Yantzen. Tapi rupa rupanya YangAdo ! hahahaha.. Ntah sapa ntah yang nyanyi. Nak kata sedap sangat tu tak de la tapi boleh la menyanyi. Nampak orang yang dengar macam terhibur jugak lah. Cuma tu la kuat sangat jadi bingit muzik tu.

Last sekali boring je layan mengantuk. So kami pun tak lepak lama.

Apa apa pun, usha makanan yang kami order.

Minuman

Aku makan char Kuey Teaw. Tak sedap langsung ! Manis macam curah gula. Kecewa aku. Nasib baik ada 3 ekor udang besar tapi sebab udang tu la kot harga pun jadi RM 10.

Nasi Ayam Penyet. IH makan. IH bukan jenis yang suka complain unless betul betul tak sedap. So aku consider so so la kot

Pulut mangga untuk BW. Ni je dia makan sebab dia tak tau nak order apa

So pasal makanan memang nak kena improve lah. Yang lain lain aku tak tau maybe ada makanan lain yang sedap kot. Aku pun tak cuba abis. Dari segi availability, dah la setiap kedai tu ada specialty tersendiri, kalau tutup tu... maka tak leh la nak makan apa yang kita nak makan.

Apa apa pun, sebab pilihan banyak so kira OK la jugak.

Selain daripada tu ada tempat ni untuk budak budak.

Nampak kolam tu?

Tempat mainan budak budak naik bot. Nasib la anak aku tak de kalau tak mesti dia bising nak naik.

Apa apa pun, ni kali pertama aku datang sini dan aku tak de rasa nak datang lagi. Tiada lagi untuk aku ! unless memang datang nak layan live band secara percuma !

Sorry lah. Selain makanan tak berapa enak, lokasi nya jugak memang senak ! Kalau salah masuk simpang, memang berpusing pusing la nak cari jalan semula. Plus parking pun tepi tepi jalan dan tempat ni macam atas bukit sikit so macam tak berapa sesuai nak pegi lepak ramai ramai.

Peta lokasi. Bagi pengguna waze, type shj 'bucida court' atau 'mofaz honda sg penchala'

Apa apa pun good luck untuk Bucida Court. Semoga maju jaya. Marketing bagus cuma lokasi agak memeningkan. Makanan mungkin perlu di tambahbaik !

Bucida Court Sungai Penchala
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
5.00 petang – 2.00 pagi


By the way, tau tak Bucida tu apa?

Bucida adalah sejenis pokok yang berlapis lapis ni. Banyak di tanam tepi tepi jalan.

Tak dapat layan Yantzen, nah.. kasi Yantzen nyanyi dengan Rusty Blade

p/s gila terbuai terkenang kisah lama jamming time muda muda dengan member aku lagu ni. Al Fatihah untuk Arwah.



Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan sendapun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah

Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Oh... biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati

Wednesday, March 30, 2016

Jom Sarap : Restoran Puteri, TTDI Kuala Lumpur

Satu hari minggu tu kami mencari port untuk makan pagi. 

Dah pegi ke Village Park nak makan nasik lemak Lopah, tapi orang berumbu rumbu sampai ke jalan raya. 

Tak de rezeki nak menikmati nasi lemak Lopah !

Jadi kami ke Taman Tun nak breakfast kat d'Cengkeh. 30 kali pusing cari parking... nan hado !

Kecewa hampa melara ! Sudahnya.....

Bagaikan puteri kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna....... * tolak Amy Mastura jatuh gaung

Kami breakfast kat sini je lah satu family. Parking pun senang sikit.

Dah park

Sebab masih pagi dan tak expect nak makan apa, jadi kami bantai je la apa yang ada.

Tahu kan Restoran Puteri di Taman Tun ni adalah salah satu daripada beberapa cawangan Restoran Puteri yang lain (ada di Sungai Penchala dan Brickfields).

Kalau biasa bulan Ramadhan, Restoran Puteri ni memang populer untuk buka puasa dan famous dengan makanan Melayu nya. Tapi di sini sebab nak breakfast, kami makan breakfast je lah.

Sampai sampai tak de orang !

Aku suka betul kalau gi kedai makan dan orang tak ramai. So aku nak makan pelahap cemana pun tak de orang pandang.

Tapi bukan la selamanya tak de orang. Kalau langsung tak de orang tu pelik la pulak.

Tau kan Restoran Puteri ini di miliki oleh seorang belakon Melayu lama iaitu Rubiah Suparman?

Kalau tak tau... sila lah ambik tau. Tapi orang muda tak berapa kenal dia kot. Aku ingat kecik kecik dulu ada la rasanya drama drama Melayu yang sedih sedih biasanya dia berlakon. Aku rasa lah !

Duduk tak lama...


Dan tetiba ramai orang memenuhi ruang

Tak pe. Kerusi meja cukup. Benda yang best lagi bagus kalau berkongsi. So makanan yang ada makan la apa adanya. Janji bayar !

Tengok menu pagi di sini.

Tak berapa pagi agaknya sebab makanan tengahari sudah mula di hidangkan.

Aku makan roti canai dulu. Sedap jugak roti canai nya.

Hero nak makan nasi. Ada nasi dagang sebenarnya kat sini tapi dia nak nasi putih pulak.

OR makan nasi dagang

Princess nak roti telur pulak

Dan tak lupa kuih muih Melayu ada tersedia di sini

Yang tak berapa Melayu pun ader

Dan hidangan penutup.. sesuai dengan body..... aku punya nasi lemak siap dengan sambal sotong dan ayam goreng ! ..... 

Tak Putera la kalau makan sikit sikit kan? Lagi lagi kalau makan kat kedai Puteri.

Apa apa pun, kenyag Alhamdulillah. Nak bagi verdict pun tak tau cemana. Just breakfast.. standard lah..Makanan kat sini pun OK lah. Not bad. Harga pun berpatutan. Yang penting orang tak ramai.

Boleh pulak aku terserempak dengan senior aku kat sini. Tapi macam lama dah tak bertegur sapa so malas nak tegur. Dia pandnag aku, aku pandang dia. Pastu pandang pinggan ! Dua dua sombong mengalahkan artis.

Tapi sebenarnya aku segan nak tegur dia sebab aku macam tak pasti itu dia ke bukan. Dulu masa zaman remaja dia macam sado sado dan glamer sebab dia model iklan.. tapi sekarnag ni.. badan pun lebih kurang aku je. Kalau bergabung meletop buleh berlakon iklan gak la.. jadi watak Sumo.

Betapa masa telah merubah segalanya...... ! 

Masa tengah makan nampak Rubiah Superman tu datang. Nampak sihat lagi makcik tu.

Dalam kereta, aku bagitau Hero dengan Princess pasal Rubiah Suparman ni, dulu dia pelakon bla bla bla.......

Pastu aku konon konon la nak nyanyi lagu lama lama sikit... baru nak start nyanyi terus Princess potong nyanyi lagu.

"Rasa sayang eh.. rasa sayang sayang eh"

Potong....

Baru Papa nak ambik feel mengenang kisah lalu. Tapi aku pun tak tau nak nyanyi lagu apa sebenarnya. Hahaha.. Saja je pancing ! Dan aku pun tak ingat Rubiah Suparman ni berlakon cerita apa.

Apa?

BvS?

Sapa yang cakap cam tu...? Korang memang kejam. Tak baik arrr...

So kalau nak usha Puteri di pintu mahligai..... sila ke TTDI.



Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saaat menjadi nyata

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan kurelakannya

Puteri di pintu mahligai
Kulihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu

Puteri di pintu mahligai
Nyatakan segala impian
Sambutlah tangan sambutlah
Semoga terlepas segala siksaan

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukmu

Anyway kalau berada di sekitar TTDI boleh singgah breakfast or lunch di sini. Dengar cerita lontong dengan laksa johor dia pun menarik !

Restoran Puteri TTDI
Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur

Adios !

Tuesday, March 29, 2016

Jom Makan : Grind Roots Cafe, Seksyen 13, Shah Alam

Tenang. Tenang. 

Kali ni nak try makan di Grind Roots Cafe yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Entry ni memang ada drama sikit tapi aku tak de niat nak jatuhkan sesapa. Cuma berkongsi pengalaman dan moga moga ada improvement dari pihak yang berkenaan.

Sorry dulu !

Premis perniagaan. Siap ada baju sidai sidai lagi kat atas

Lokasinya terletak kat belakang Tesco besar dan Aeon Mall Shah Alam yang baru di buka.

Cafe ni menyediakan western food dan tempat lepak santai untuk keluarga dan golongan muda mudi. Ada rasa rasa macam hipster environment sikit di sini. Terpanggil untuk try jadi kami ke sana untuk mencuba.

Ayuh kita terjah !

Boleh parking kat area area kawasan ni

Malangnya waktu kami sampai, kedai agak penuh. Tunggu kejap then dapat meja. Baru nak duduk, staff dia datang.

"Bang.. kami bukan tak bagi duduk kat sini, tapi aircond rosak"

Aircond rosak !

"Okey. Jadi nak duduk kat mana?"
"Duduk kat luar !"

Ada yang duduk kat petak parking

Kami duduk di kaki lima kedai sebelah. Aku OK lagi sebab boleh smoking. Orang ramai ramai tu kedai lain.

Sebab duduk agak jauh dari restoran sebenar, tak dapat nak snappy sangat. 

Tengok setting kedai. Sempat snappy masa anak aku nak gi toilet. 

Bahagian dalam. Dalam resto ni pun aku rasa macam stuffy jer.

Hiasan dinding

Movie movie lama

Now masa untuk order !

Kami di beri buku menu dulu. Gambar gelap sikit sebab tak de lampu.

Menu menu nampak menarik

Pembuka selera

Rasa macam nak order semua jer. Kadang kadang selera datang dengan haloba.

Kopi dan minuman

Ni paling di tunggu tunggu oleh anak anak aku

Dan tak lupa. Menarik hari ni. MUST TRY. Butter Milk Chicken Rice

So dah fikir fikir apa nak makan, kami pun siap nak order.

Staff dia datang ambik order. Ambik pakai ingat je. Terror betul. Bukan calang calang sikit nak kena ingat kalau ambik order tanpa tulis ni.

"Ingat tak ni?"
"Takpe Bang. Boleh"

Memang terror ! Patut keje kedai mamak !

Minuman sampai dulu.

Sedut minuman, tunggu dan terus menunggu !

10 minit. 20 minit. 30 minit. Tak sampai sampai.

Akhirnya.

Choco Lala. Budak budak gembira sikit

Sorang satu. Bukan buleh kalau nak berkongsi kongsi dia orang ni

Pastu sambung menunggu !

Tambah lagi ..... 10 minit. 20 minit. 30 minit. Tak jugak sampai sampai. Dah dekat 1 jam menunggu ni !!!

Time tu aku dah dengar ada kakak meja belakang dah mengamuk ngamuk.

"Order nasi goreng tak sampai sampai. Bila tanya tak buat ! Orang lain punya buat pulak !"

Macam tu kakak tu melepaskan emosinya dengan melazer sekuat hati ! Hempas hempas barang then blah !

Wah ! Ada drama ni. Tapi tak pe kami terus menunggu ! Harapnya nasib kami tak de la sampai macam tu walaupun dah rengsa. 

Maybe dia tengok kami dah rengsa, sorang staff dia datang tanya. Mamat yang sama ambik order memula tadi.

"Bang... apa lagi yang abang tak dapat?"

Terus sirap bandung naik ke kepala ! Menyirap !!! Boleh mengundang amukan puaka tanya soalan macam tu. 

Atas meja kosong macam tu dia buleh tanya apa yang aku tak dapat? Sah sah la semua pun aku tak dapat lagi !!! Ada nampak ke kambing golek sekor tengah posing sado atas meja ni? Ada?

Aku kalau marah memang diam. Tapi makan dalam !

"Sorry la Bang. Kami malam ni berterabur sikit..."

Ya ke malam ni je? Ntah ntah tiap tiap malam kot berterabur???

"Tak pe Bang. Nanti kami bagi diskaun 20 percent. Kami bagi brownies free kat abang sebab abang tunggu lama"

Hah ! Kata kata cuba memikat jiwa raga. Aku diam kan jer lah.

Ntah berapa batang aku hisap rokok. Princess lak macam nak demam. Merengek je la ajak balik. Hero pun dah tarik muka. Dia lapar lah tu. Dia tu bukan buleh kalau silap skit. Cepat je nak merajuk. Ikut sapa la tewwww?

* lari menyorok bawah meja

Ya., Brownies free ni sampai dulu ! Masalahnya aku lapar makanan !

Tak lama lepas tu baru la makanan tiba !

Excited.

Dia letak atas meja, dan aku tetiba rasa pelik.

Grilled Chicken.

Tambah menyirap pulak aku jadi nya. Dah agak dah, dari style ambik order tak de tulis tulis tadi mesti salah ambik order !!!!

"Sapa order ni?"
"Eh.. bukan abang order ke?"

Aku pandang dia, dia pandang aku balik.

"Takkan saya tak tau saya order apa?"
"Nanti saya check"

Dia gi masuk dalam dan datang semula;.

"Oh, abang ada order Butter Milk Chicken Rice kan? Tu dah abis Bang"

Beriya kau tulis MUST TRY.. pastu abis. Pastu suka suka hati tukar menu orang ! Kau dah kenapa??? 

Hero yang nak Butter Milk Chicken Rice tu, last last terpaksa dia makan Grilled Chicken tu.

* dup dap dup dap aku menahan amarah di jiwa.

Then hantar ni.

Sirloin Steak

"Mana ada order yang ni?"
"Tak de ke Bang ?.. err kejap Bang"

Masuk pastu keluar balik.

"Memang abang order yang ni tadi. Kat order tu memang yang ni"

Tu lah. Nak bertekak pun tak guna ! Ni la bahana kalau ambik order main ingat kat kepala. Memang tak de kami order ni pun !! OR mengalah, so dia yang makan !

Then baru lah sampai makanan aku.

Aglio Olio with grilled chicken

Nasib baik yang ni betul ! Kalau tak aku berdiri atas meja dan nyanyi lagu Once sekuat hati !

"Mati lah................. kauuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!"

Then appetizer yang patut datang dulu, last sekali baru muncul.

Fried calamari.

Tak tau la nak kata. Rasa bengang tu ada jugak bila salah makanan ni, tapi sebab dah lama sangat menunggu, belasah je la makan.

Tapi !!

Despite service slow macam siput ni, makanan dia not bad ! Kira sedap lah. Kuah steak tu sedap. Aku punya Aglio Olio pun sedap, Grilled chicken nicely cooked. Cuma calamari tu je liat dan tak sedap.

Abis makan ! Ke sebab memang lapar?

So overall service suck tapi food was good. And not so expensive lah.

Abis makan. Bayar kat kaunter

Brownies free. Nampak tak ada Buttermilk Chicken Rice dalam bil?.... Tapi nan hado  dapatnya !!!!  Even replaced dengan menu yang lebih mahal sikit pun tapi tanpa tanya customer dulu adalah big no no.

Dan dia janji nak bagi 20 percent discount kan?

"So tak de discount ke?"

Aku buat buat tanya masa nak settlekan bil tu.

"Hehehe. Tak de Bang !"

Sengeh.

Hmmmm memang dasar Mulut Manis Jubur Masam. Konon nak bagi diskaun tapi hampeh. Tertipu aku di situ.

Sebenarnya bukan aku kisah sangat pasal diskaun 20% tu tapi bengang la kalau di tabur janji manis hujung hujung kena kuda macam tu jer. Oh dunia ini penuh kepalsuan..................

* lari keluar pekup muka sebab malu mintak diskaun orang tak bagi

"Hati membeku mengingatkan.... kata janji manismu........................... !!!!!!"

* meratap hiba tepi pasu bunga



Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaran Mu Tuhan...

Grind Roots Cafe

So tak tau nak recommend ke tak but food memang sedap !

Bagi mereka masa untuk improve service. Sayang kedai budak budak Melayu macam ni, ada tarikan tapi service SUPER SLOW. And please, ambik lah order dengan betul. Tunjukkan yang kau orang ni serious nak berniaga bukan setakat suka suka jerr !!!!

Nasihat ikhlas dari Abang Long kawasan.

GRIND ROOTS CAFE
No 4, Jalan Boling Padang E13/E, Section 13,
Shah Alam, Malaysia
013-673 4911
Open · 10:00AM - 3:00AM