Pages

Wednesday, September 30, 2015

Jom Celebrate : Alexis Bistro, The Gardens Kuala Lumpur

Makan makan di Alexis Bistro bersempena dengan birthday IH.

Actually birthday dia jatuh seminggu awal dari tarikh kami celebrate ni. Tapi minggu tu dia busy jadi kami tangguhkan majlis ni dulu. Al maklumlah orang tengah di lamun asmara, kena kasi can. Bila dia free baru boleh get together dan lepak lepak, borak borak serta makan makan !

Kami sepakat berjumpa hari sabtu malam minggu. Sesuai untuk melepak lepak dan berfoya foya ala ala muda mudi.

Bila IH bilang dia free weekend tu, maka kami yang lain pun free free kan jadual kami. Malangnya CP tak dapat turut serta sebab dia lagi busy outstation ke sana ke mari.

So kiranya tak cukup korum lagi.

Tak pe lah. Majlis tetap kena diteruskan. Lokasi pertemuan adalah di Alexis, The Gardens Kuala Lumpur.

alexis - bistro & wine bar

Ngeri je nak gi lepak kat wine wine bar ni, tapi jangan risau. Alexis ni kiranya macam restoran biasa yang menyediakan pelbagai makanan dan yang sampingan sampingan yang tak berapa nak berkenaan tu. So abaikan yang tu.

IH ambik BW dan MH ambik aku. Kami bertemu di The Gardens je terus untuk dinner dinneran.

Aku sendiri dah lama tak jejak kan kaki ke The Gardens ni.

Alexis The Gardens.  

Established in 1995, Alexis offers some of the most pleasurable contemporary dining and entertainment experiences to be found in Kuala Lumpur. Few pioneers go on to become institutions – but with the support of our clientele the restaurants and bars of Alexis have done just that.
Many elements make the Alexis experience so special.

You'll find stylish, warm, award-winning interiors; inventive cuisine of the highest quality co-existing with superbly executed local delicacies; famously delicious home-made cakes; impeccable service; and the finest music in town.

But more than that, we think you'll find some very special places for you to be yourself.

We look forward to having you as our guest.

Kami tak de buat apa apa booking pun. Petang tu dah decide nak jumpa kat sini then kami walk in jer. Orang agak ramai, tapi seat mencukupi. Tak perlu menunggu lama.

Alexis The Gardens ni merupakan cawangan terbesar mereka setakat ini yang boleh memuatkan 160 orang pelanggan pada satu satu masa.

Sampai sampai tunggu sini kejap

Dan dan tu mamat tu bagi aku seat di smoking area. Macam tau tau je aku smoking !

Dah duduk tu, waiter datang bagi menu.

Check menu.

Ada makanan Italian, Mediterranean, Asian, Cakes, Tapas dan sebagainya.

Pilih la ikut selera tekak masing masing.

Sebab tujuan utama kami adalah nak celebrate birthday IH, maka dia kena gi pilih cake sendiri !

Di Alexis ni ada pelbagai jenis cakes yang tersedia. Tapi waiter tu kira OK la, dia siap warn aku mana satu yang ada wine dan mana yang tidak. Memudahkan kami nak buat pilihan.

Cakes

Kami order 1 pavlova dan satu lagi waitress tu recommend, Orange & Almond Cakes

Atas dasar tamak dan haloba menguasai diri, cakes tak de tunggu later later. Dan dan tu kami demand supaya di hantar ke meja !

* perut lapar berkeroncong sebenarnya.

Malangnya, meja yang kami duduk tu terlalu kecik untuk kami berempat dengan makanan dan minuman lagi, so kami mintak pindah ke meja yang lebih besar di area luar.

Memula duduk di meja kecik macam ni

Tapi lepas tu dengan muka tak malunya kami mintak pindah meja yang lebih luas. Siap ada sofa. Syok skit nak melepak.

Di Alexis ni juga ada private space untuk company yang nak buat dinner apa semua. Tapi yang ni rasanya kena booking dulu.

Tanpa membuang masa, dipersilakan masuk menu menu yang telah berjaya menggoda jiwa. Dengan segala hormatnya di persilakan !

Air dulu. Aku order strawberry shakes, IH order Vanilla Ice Ice baby Shake... BW dengan MH order fruit juices.

Pizza sebagai hidangan. Ni menu aku pilih. Al maklumlah .. warga Italy kena la piluh makanan yang serasi.. Nama dia Pollo. Not bad. Sedap jugak. Cuma portion dia macam banyak sangat. Nasib baik share share abis jugak.

BW order Roast Chicken Sandwich. Boleh tahan. Ada avocade dalam tu. Potong potong makan sikit sorang. 

Kalau dah nama Melayu kan, pegi mana mana pun tetap cari makanan yang dekat di hati. Ni makanan IH. Nasi Goreng Kerabu. Datang dengan ayam goreng yang rangup. Ayam tu sedap. Nasik dia kurang rasa kerabu nya.

Lagi tak boleh blah, MH order Vietnamese Beef Noodle. Macam mee sup biasa jer.

Datang pulak dengan ulam ulaman ni.

MH kata sedap jugak cuma tak de sambal hitam macam mee sup yang biasa kita makan. So kurang kick skit. Tapi kuah dia sedap dan bersari.

Kiranya makanan agak OK la jugak rasanya.

Dipersilakan masuk bawang merah dan bawang putih !

Pavlova Cakes. Aku tak minat sangat sebab manis. Tapi jamah jamah macam tu la. OK kot rasanya.. aku tak reti nak cakap

Orange & Almond Cakes. Datang dengan 1 sccop ice cream. 

Malangnya Orange & Almiond Cakes tu tak sedap ! Cakes dia relai dan tak gebu. Aku siap speku dengan IH yang waitress tu saja recommend aku cake ni sebab dia nak habiskan stok kek yang tak sedap !

Ahaks...

Kalau dah nama tekak Melayu. Order pizza pun nak kena ada sos jugak. Hiks. Nasib lah aku ni Italy celup.

Habuan makan untuk kami ber empat.

Alhamdulillah mengenyangkan. Food dia pun not bad la bagi aku. Service pun OK. Waiter dia menjalankan tugas dengan baik. 

Kedai bersih. Ambience OK. Orang pun tak berapa pack. Pendek kata... kira OK lah. Aku recommend untuk sesapa mencuba kalau nak merasa.

Lagi satu aku suka, Alexis ni walaupun letaknya dalam Mall the Gardens tapi ada smoking section ! Tak payah la aku nak lari jauh jauh nak merokok.

Tapi kena merokok kat bar dia orang lah.

Apa apa pun, tujuan asal nak celebrasi birthday IH terlaksana. Sebenarnya perancangan awal nak gi karaoke lepas tu, tapi MH ada hal awal pagi esoknya so plan terbatal.  Dah lama tak melontarkan suara kodok secara beramai ramai, tapi tak de rezeki tak pe lah. Lagi pun dah tua tua ni, nak tarik key Mus May pun awal awal lagi dah rasa pancit !

Next time jer.

Di Alexis ni juga ada live peformance mainly jazz performance dari artis ternama tempatan maupun antarabangsa. Kalau tengok poster tu, Atilia dan Mak dia bakal buat show nanti. Tapi aku pun tak pasti bila.

Kos makan semua semua tu adalah RM 241.35 which bagi aku OK sekali sekala time nak celebrate birthday kawan kawan ni. 

Bukan selalu pun  kami dapat bertemu sua !

Alexis Bistro
Lot f209 1st Floor
The Gardens
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
T +603 2287 2281

To be exact, lokasinya terletak di tingkat 1 bawah Red Box, The Gardens.

Refer website mereka : Alexis Bistro - The Gardens



Adakah waktu yang tak berbatas
Untukku merasa bahagia
Saat saat aku jatuh cinta
Saatku terbang jauh ke sana

Selalu denganmu
Kasihku selamanya
Selalu denganmu
Cintaku bersama
Kaulah matahari
Dalam hidupku
Dan kaulah cahaya bulan
Dimalamku
Hadirmu selalu akan ku tunggu
Cintamu selalu akan ku rindu
Dan tiada lagi batas ruang waktu

Tahukah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukanmu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia
selama-lamanya ooohhhh

Kaulah matahari
Dalam hidupku
Dan kaulah cahaya bulan
Dimalamku
Hadirmu selalu akan ku tunggu
Cintamu selalu akan ku rindu
Dan tiada lagi batas ruang waktu

Ohhhh

Tahu kah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukanmu selalu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia
selama-lamanya ohhhh

Tahukah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukan mu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia
selama-lamanya ohhhh

Tuesday, September 29, 2015

Jom Makan : Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine, D'Pulze Cyberjaya

Aku sebenarnya personally kurang gemar dengan makanan Chinese Muslim. Bukan saja saja tak suka tapi based on beberapa kunjungan aku ke restoran restoran serupa ni, aku rasa makanan jenis ni agak tasteless. 

Bagi aku lah. Orang lain mungkin ramai yang suka.

Tapi satu hari yang panas berdenting dan perut berkeroncong tak berapa merdu, abis meeting member member ajak makan di Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine.


Redha dan rela. Aku follow jer lah.


Kami makan di outlet D Pulze Cyberjaya

Urusan parking memarking semua tak susah sebab ada ample parking dalam mall tu.

Mall tu pun baru dan aku sendiri pun belum abis explore lagi. Next time je la bila bila bermasa. Buat kali ni nak isi perut dulu.

Resto dia agak besar dan banyak meja. Boleh menampung banyak pelanggan pada satu satu masa.

Usha dulu menu menu nya.

Sajian ikan ikanan

Lauk pauk

Ada soft shell crab !

Urusan order orderan bukan aku yang lakukan, jadi aku berserah je lah. Moga moga makanan mereka sedap or at least boleh di makan.

Tapi kalau tengok orang yang ramai, macam menarik jugak la kot. 

Pekerja pun agak ramai dan bermanis muka, jadi menunggu tidak la lama. Tiada juga kebosanan melanda !

Ini set makanan untuk kami berempat.

Buttered chicken

Chicken yang di butter kan

Tomyam untuk kuah kuah sikit

Ceduk sesuka mungkin

Sotong masak pedas

Telur dadar

Kangkung belacan

Nasi putih di lupa jangan

Gambar air lupa nak snappy. Dah teguk abis abisan sebab dahaga kasih dan sayang !

Okey. Aku agak teruja nak rasa butter Chicken tu dan nampaknya tak mengecewakan !

Walaupun tak sesedap butter chicken kat QThai tapi aku rasa not bad. Tomyam pun OK walaupun tewas jugak di tangan QThai tu. Yang lain lain kiranya sesedap rasa.

Alhamdulullah. Kenyang.

Not bad lah. Terus aku berubah pandangan pasal Chinese Cuisine ni. Maybe ada kedai kedai yang aku rasa boleh di terima dari segi kesedapan dan rasanya contohnya Restoran Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine ni.

Yang menariknya... boleh order ikan segar dari akuarium. Pilih je mana yang nak. Tapi hari tu kami tak makan ikan dan tak berkesempatan nak try soft shell crab dia.

Nama saya ikan. Saya cantik. Sila pilih saya untuk hidangan

Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine

Kesimpulannya, aku rasa aku bakal repeat tempat ni.

Maybe try di outlet lain dan ajak OR dan budak budak. Hero aku mesti makan penuh gaya kalau nampak butter chicken tu.

Pricewise aku rasa OK lagi. Lauk pauk dia ada 2 sizes, Regular dan Large. Kedai bersih. Service pantas dan makanan above average !

Recommended !

Boleh refer website mereka : HOMST Restaurant - Chinese Muslim Cuisine

Monday, September 28, 2015

Jom Celebrate : Tony Roma's, Citta Mall

Ni acara celebrasi birthday Hero tempoh hari.

Dah lama tak ke Tony Roma's. Last pegi pun tahun tahun lepas. Sebabnya bukan apa, steak steak ni bukan la makanan kegemaran aku dan aku tak minat. So aku kurang la nak ambik pot !

Tapi bagi mencari port untuk celebrate birthday Hero tempoh hari, kena la cari tempat yang happening sikit. Tapi tak leh jauh jauh sebab birthday dia jatuh hari bekerja !

Jadi, kami decided ke Tony Roma's Citta Mall saja !

First time makan di sini

Keluar rumah dah lewat. Sampai cari parking lagi sudahnya dekat pukul 9 jugak baru nak dinner.

Tapi nasib baik jugak sebab tak ramai pelanggan time tu. Sampai duduk dan di beri buku menu untuk sesi order mengorder !

Lepak lepak dan duduk. kami duduk belah dalam je hari tu. Papa baik hati tak merokok.

Buku menu tak berubah rubah lagi

Isi dalam yang boleh di selak. Order mengikut citarasa

Budak budak ada bahagian dia orang. Di beri kertas kaler kaler tapi penselnya tak de. Aku pun tak bawak pensel. Sudahnya komot macam tu jer.

Yang menariknya di Tony Roma's ni Kids eat for free on weekdays !!

Kira promotion yang baik jugak la. Setiap adult menu dapat kids punya menu for free. Tapi promotion ni cuma hari Mon sampai Wednesday jer. 

Kebetulan la birthday Hero hari Selasa masa tu, so kami tibai la promo ni.

Yang bestnya makanan untuk dia orang ni dah la free, pastu ada full set meals lak tu salad, main dish dan desserts. Cuma minuman je kena order lain dan tak free !

Ada pilihan makanan untuk mereka pilih.

Sebelum tu benda alah ni sampai dulu.

Roti untuk semua.

Dan mulakan dengan salad. Diet la sangat kononnya...

Dah makan roti dan salad untuk alas perut, makanan budak budak pun sampai !

Salad  sorang satu. Abaikan Bear Princess yang dah kena korek matanya

Chicken Tender untuk Hero. Dia suka la ayam goreng gorengan macam ni. Aku pun boleh ngecek

Pasta Marinara untuk Princess. Portion agak banyak jugak dan macam biasa dia makan tak abis. Tapi tak pe ada orang tukang abiskan.

Hambik ! Ni makanan aku. BBQ Chicken. Sedap ayam dia. Lembut. Di datangkan khas dengan 2 side dishes menggoda kalbu. Kenyang makan ni tapi ayam tu besar sangat tak abis lak.

Jeng Jeng Jeng. of chos la ni bukan untuk aku. Ni Rib apa benda ntah.. OR punya. Dia yang makan. Aku langsung tak selera nak mengecek.... Pandang sepi jer. Tapi dia kata sedap. Lembut ! Tapi makan tetap tak abis. Cemana tu?

Ni dessert budak budak. Aiskerim with Oreo

Satu lagi. Puding apa benda ntah. Aku yang makan !

Dan sebab kami datang nak celebrate birthday Hero dan dah bagitau kat waiter tu, maka dia orang sediakan small celebration.

Dapat cake free dan dia orang datang nyanyi nyanyi !

Hero je yang terlebih malu....

Apa ntah nama desserts ni tapi FOC la

Penuh meja.. kekenyangan

Memang mengenyangkan. Alhamdulillah.

Makanan lazat lazat. Dah lama tak datang Tony Roma's ni. Nasib lah tak mengecewakan. Dan kids eat for free memang betul betul menjimatkan aku. Cuma bayar adults meals dengan air jer. Kira OK la tu.

Staff dia pun oke dan friendly.

Memang berbaloi nak celebrate birthday budak budak kat sini. Tapi make sure datang time promo tu la jimat skit.

So kalau nak buat small celebration birthday ke apa ker... boleh la ke outlet2 mereka di serata dunia !


 
Thank you Tony Roma's

Selamatlah celebrate birthday Hero kat sini. Princess je yang jeles sebab birthday dia belum sampai. 

Dia dah start merangka macam macam unttuk birthday dia tu.