Pages

Saturday, May 30, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 19 - Colombo to Kuala Lumpur

Last entry untuk trip ni. Hoyeh !

Dari Galle Face Green, aku merayap pegi ke area bangunan bangunan tinggi tu.

Pejabat Presiden Sri Lanka

Tak tau statues sapa. Bekas bekas presiden kot

Bangunan bangunan tinggi. Hilton. Word Trade Center dan lain lain

Jumpa temple ni tepi landasan keretapi

Panggung wayang di Colombo

Sri Lanka Convention Center

Lepak lepak tepi tasik. Penat berjalan bawak beg. Cuaca lak panas. Tu Colombo Lotus Tower. Dalam pembinaan

Destinasi aku seterusnya adalah nak pegi ke Pettah Market pastu nak ambik bas ke airport. Bus ke airport ni kena ambik depan Colombo Fort. Station keretapi utama di Colombo ni.

Landasan keretapi..

Dutch Museum kalau tak silap

Colombo Fort station. Bangunan station keretapi

Opposite pada station keretapi tu ada Pettah Market yang terkenal sebagai pusat jualan cenderamata di Colombo ni. Kat situ ada bus station. Ada bnayak banyak bas kat situ  dan salah satu route bas adalah pegi ke airport.

Jalan jalan ke Pettah market dulu.

Ada banyak kedai tapi jual barang ntah hapa hapa. Banyak jual kasut dan beg je.

Aku usha usha macam tu je. Tak de apa yang menarik yang boleh di tengok

Sebab dah tak tau nak gi mana, kebetulan nampak bus ke airport dah siap sedia menunggu. Aku terus je naik bas.

Bas ke airport. Cari yang nombor 187. Ada local bus dan ada private mini bus ( yang kecik sebelah bas besar tu ). Private bus ada aircond !!

Kalau nak senang, sila tunggu bas di awal awal Pettah Market sebab bas airport berhenti kat tempat bermulanya Pettah Market tu. Sebab kalau tunggu belah tengah sikit, nanti bas penuh dan susah nak letak beg. Space agak limited dalam bas.

Kalau susah, dengar je la ada konduktor bas tu akan menjerit berulang ulang kali panggil penumpang.

"Yayaport... Yayaport"

Ada gak la bunyi macam airport kan?

Dalam bas ke airport

Jalan raya di Colombo menuju ke airport

Tambang private mini bas ke airport adalah 200 Rupee dan jarak perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Sebenarnya kalau ikut KM tak jauh mana tapi sebab jalan jem tu yang jadi lama. So kena pepandai spare masa.

Aku hari tu sampai agak awal la kat airport ni. Pukul 12 setengah dah sampai sana walhal flight pukul 4 petang !

Tak pe. sampai awal boleh lepak lepak je kat airport tu

Lepak jap kat luar airport hisap rokok

Terminal perlepasan di Bandaranaike International Airport. Airport dia kecik jer

Masuk ke terminal

Lawa gak airport dia, banyak pokok pokok

Sebab aku masih ada banyak duit rupee yang tersisa, aku gi tukar terus kat forex kat airport. Dapat la balik semula 100 USD. Cuma ada saki baki LKR je simpan sikit buat kenang kenangan.

Departure... Seychelles anyone?

Urusan check in apa semua pantas. Cuma tu la lugagge aku masa pegi 8 kilo. Masa balik 8.4 kilogram. Rugi je kalau beli baggage kan? Nasib la dapat free. 

Urusan imigration pun pantas juga. Masuk dalam airport tu berlegar legar buang masa. Sempat la aku isi perut dengan membeli makanan.

Perut lapar.

Vegeterian Burger.. cost burger dan air dan samosa tu semua kat RM 15

Kedai kedai di Duty Free airport

Livery Emirates dengan Sri Lankan Airlines lebih kurang sama jer. Berani buat buat salah naik flight sebab nak merasa naik Emirates?

Yeay... kapal terbang aku dah sampai !

Laluan ke gate berlepas. Airport dia tak de free wifi

Tapi ada smoking room. 

Airport dia nak masuk kena bukak kasut !

Tunggu pesawat tiba then kami semua boarding dengan jayanya !

Tepat jam 4 petang pesawat mula beredar ke landasan dan take off meninggalkan airport Colombo ni.

Bye bye Colombo

Siang

Petang

Senja

Sunset dalam flight

Dah nak malam

Selamat malam !

Masa dalam flight balik aku suka betul dengar suara Stewardess tu bagi announcement. Suara smooth dan lemak merdu.

Perjalanan jugak agak smooth. Lagipun cuaca dah nak malam so layan view je lah. Flight agak penuh sebenarnya tapi sebelah aku kosong so aku ada ruang nak bergerak santai.

Akhirnya kapal terbang selamat mendarat di KLIA2. Yeay !!!

Masa on the way keluar dari pesawat, aku nampak stewardess yang bagi announcement tu kat pintu. Aku dah ingat nama dia masa dia buat annoucement tu lagi.

"You ke Azrina?"
"Haah"
"You've actually got a very good voice"

* tolak Ramli MS jatuh moto

Aku rasa dia terkejut. Terus terdiam.

5 langkah aku jalan keluar dari pesawat tetiba aku dengar dia menjerit.

"Terima kasih Encik !!!!!"

Hahahah.

Tak pe. Memang suara dia sedap. Sedap di dengar. Cakap Melayu pun best. English pun tak over. Lagipun tu je cara aku nak menyedapkan hati dia. Ingat keje airlines crew ni tak letih ke? Letih wooo macam jalan kaki dari Colombo ke Kuala Lumpur. Kejap ke depan kejap ke belakang.

Kadang kadang aku pulak rimas menengok.

Aku sampai KLIA 2 pukul 10.30 malam. OR dah siap siap menunggu.

Esoknya aku keje macam biasa. Masuk opis macam tak de apa apa yang berlaku. Tak de sesapa pun tahu aku baru balik dari Sri Lanka dan aku memang tak suka hebahkan.

Maka tamatlah perjalanan ke Sri Lanka ini. Apa apa yang aku kongsi moga menjadi panduan dan teladan bagi sesapa yang berkeinginan untuk melawat Bumi Ceylon : The Pearl of Indian Ocean ni.

I love Sri Lanka ?

Do I love Sri Lanka? Yes !

Do I recommend Sri Lanka ? Yes !

Will I repeat Sri Lanka ? No !

Tapi aku galakkan kalau sesiapa nak melihat secebis kehidupan manusia yang agak berbeza. Menjelajah menimba pengalaman berharga, Menikmati keindahan alam semulajadinya, Semuanya dengan kos yang agak berpatutan, serta penduduknya yang ramah tamah, baik dan bersopan......

Sri Lanka adalah negara yang terbaik untuk di lawati.

Bohoma Stutiyi. Terima kasih Sri Lanka !



Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku

Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

TAMAT.

Friday, May 29, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 18 - Colombo

Walaupun dugaan demi dugaan yang di hadapi tetapi aku akhirnya berjaya membuat kemunculan secara grand malam tu di Colombo.

Sebenarnya tak berapa grand sangat. Letih !

Untuk di Colombo, aku dah book hotel penginapan di Best Western Elyon. 

Drebar tuk tuk tu bawa aku ke sini

Sampai sampai je masalah melanda lagi. Dia kata nama aku tak de dalam booking list. Dah la aku tak de bawak print out voucher sebab aku baru je booking ni siang tadi masa kat Mirissa.

Walaupun tak de voucher tapi aku ada reservation number tapi dia kata dalam system mereka tak de. Tak tau la apa dia orang buat, dia orang check dengan agoda la kot sebab aku booking dengan agoda dan aku dah bayar full pun.

Nak tak nak terpaksa la menunggu lama nak dapat bilik. Memang menunggu lama !!!

Lobby hotel

Aku jumpa phamplet ni kat lobby. Rindu Malaysia !

Akhirnya dapat lah bilik.

Bilik di tingkat 6

Sebab last day of the trip, aku memang saja booking hotel best best skit. Ya la dah berapa hari tidur beralas tilam keras dan tak berapa empuk.

Tup tup masa masuk bilik dia bagi aku dua katil single. Walhal masa booking aku dah specified aku nak double bed.

Aku call receptionist tu dan dia boleh jawab semua bilik double dah abis ! Bengang betul aku, kenapa masa aku kat lobby tadi dia tak bagitau apa apa pun.

Saja nak buat aku menyirap.

Tabah aku OK lagi lah. Malas nak gaduh gaduh. Redha je lah.

Bilik dia OK lah. Bersih. Cuma sebab aku sorang so katil satu je berjaya disepahkan. Senang keje housekeeper.

Toilet. Shower dia memang best gila ! Puas aku mandi

Toiletries yang agak limited

Kiranya bilik dia agak OK lah cuma aku rasa lokasi dia agak ntah ke mana mana. Jauh jugak dari pusat kota. Tapi ni je hotel yang standard best best sikit dan harga murah yang aku dapat. Maybe sebab last minit aku booking pun.

Dan ada satu masalah masa kat hotel ni yang memang buat aku hilang sabar.

Aku nak sign in wifi hotel. Ada password yang di bagi masa aku check in tapi bila aku try try tak boleh.

Bila aku call balik reception tu dia boleh bertekak dengan aku pasal user name. 

3 kali aku call dia bagiatu aku tak boleh nak log in. Dia start tinggi suara cakap semua tu ada kat pass key. Dan memang aku dah refer situ, dan tak boleh nak masuk.

"So the user name is WiFi. Capital W, small i, capital F and small i?"
"No Sir.. WIFI. All capital"

Now korang tengok !!!

Nampak tak? WiFi.. W dengan F huruf besar ! ingat aku tak kenal ke mana huruf kecik mana satu huruf besar. Dah la eja User Name jadi Youser

Bengkek jugak la aku dengan hotel ni. Tapi sebab aku cuma nak singgah bermalam je so redha je lah. Bukan nak bersantai lama lama pun kat sini.

Tapi aku geram jugak lah. Salah dia orang tapi bukan nak mintak maaf pun. Lagi nak angin dengan aku !!

Urgh !!!! Malam tu tidur dengan lena !

Esok pagi bangun bangun je terus pegi breakfast.

Buffet dia agak OK lah

Buah buahan tu penting

Agak ramai jugak orang kat hotel ni pagi tu

Ni pemandangan depan hotel. Macam kawasan rumah rumah orang je

Ni bangunan hotel

Lepas selesai breakfast aku naik ke roof top hotel.

Tengok view Colombo 05 dan kawasan persekitarannya.

Colombo 05

Jalan raya masih lengang

Ada roof top bar di atas bangunan hotel. Belah sana tu Colombo 01.. kawasan city center untuk Colombo tapi cuaca tak jelas sangat

Lepas selesai breakfast dan naik ke roof top. Aku kembali ke bilik. Kalau ikutkan check out pukul 12. Aku pun sibuk merangka rangka perjalanan aku hari ni. Memang aku tak plan nak gi mana mana pun kat Colombo ni sebab tak de tempat menarik pun, tapi dah alang alang sampai aku nak jugak pegi ke area Galle Face Green tengok tengok kawasan. 

Memula fikir nak pegi sana pastu balik semula ke hotel sebab aku malas nak bawak beg. Tapi bila fikir fikir balik, satu keje aku nak pegi dan balik hotel dan nak pegi cari bas untuk ke airport lagi. 

Sudahnya aku kemas kemas beg dan pukul 10 pagi aku check out dari Best Western Colombo tu.

Bongok hotel ni. Sila jangan pegi duduk sini. Receptionist dia slow dan banyak cekadak !

* mati la emosi di rantau orang.

So keluar dari hotel aku tahan tuk tuk yang ada menunggu depan hotel tu. Aku suruh dia bawakan aku ke area Galle Face Green di Colombo ni. Tuk tuk pakai meter so aku tak risau sangat.

Yang aku malas adalah mamat tuk tuk ni sibuk la ajak aku pegi massage ! Dari segi cerita dia massage massage including sex la kot.

"Foreigner go... they very happy. You want happy?"
"Yeah.. I want happy"
"So we go?"
"No... I have different kind of happy'"

Puas dia memujuk rayu. Bosan betul.

"We go first Sir.. You go. You see.. You will like..."

Macam macam agenda dia memujuk. Siap puji puji wanita Sri Lanka punya massage memang terbaik lah. Sekali sentuh terus rasa terkesima lah.

"Hoi gila ! Kau ni dah kenapa?"

Nak je aku sound tempek. Sudahnya aku diam je.

Pastu dia nak ajak aku pegi tempat tempat lain la, tempat bagus nak ambik gambar lah. Sebab dia sangat annoying aku rejek je semua. Malas layan !

Perjalanan dari Colombo 05 ke Colombo 01 di mana terletaknya Galle Green Face agak jauh sebenarnya. Jalan pun agak jem. Tambang tuk tuk ikut meter dalam 490 Rupee jugak lah.

"You OK Sir ? You want me to wait?"
"No.. you just go ! I'll be fine. Thank you"
"You dont want happy?"

Nak tunggu aku angkat kening Ziana Zain dulu baru dia nak berambus. Tapi tetap tak berambus.

"You see first Sir !"
"Okey. I am married and I am Muslim. Please have some respect !"

Terdiam dia kejap. Then baru la dia sedar diri.

Hiks. Okey. Aku tak de la baik sangat pun. Tapi kalau alasan macam tu boleh buat dia back off. Yes !! By all means.

Pegi kau berambus dari hidup ku !!!! Go Go Go ....

Dia buang aku tepi jalan dekat Galle Face Green tu dan aku cepat cepat blah.

Galle Face Green Colombo

Batu ada tulis tulis.. Mamat tu tengah menyimen lagi

Galle Face Green ni merupakan kawasan lapang macam urban park di pusat kota Colombo yang mengadap Lautan Hindi. Kawasan ini menjadi pusat aktiviti masyarakat setempat dan juga acara acara utama negara Sri Lanka.

Kalau petang petang ada orang jual jual. Local bersantai dan macam macam lagi. 

Hotel Taj Samudra Colombo terletak di Galle Face Green

Tak mampu nak duduk sini

Galle Face Hotel. Salah satu lagi hotel mewah yang berkonsepkan bangunan sejarah lama yang ada di Colombo ini

Kawasan promenade mengadap laut di Galle Face Green ( belah kiri )

Colombo Skyline di sebelah kanan

Sebab masa tu masih pagi tak banyak gerai gerai ni di buka. Petang petang meriah la kot tempat ni

Ada je yang bertenet di tengah tengah cuaca panas ni. Yang penting sepayung berdua....

Ombak di Colombo... pantai ni tak dibenarkan mandi

Ambik ambik gambar je boleh la

Stretch Galle Face Green ni tak jauh mana walaupun nampak jauh. Ada dalam setengah kilometer nak menapak. Dan aku menapak ke arah bangunan bangunan tinggi sana sebab nak ambik bas ke airport

Cuma cuaca je la agak panas time tu

Macam ni la kalau backpacker di Colombo.. sebab jadi tempat singgahan sementara je so berjalan pun kena bawak beg. Macam tu jugak la aku. Dah tak de tempat nak pegi, duduk je la tepi laut tu.

Ada tasik. Tu bangunan Presedential Secretariat, pejabat Presiden Sri Lanka. Yang tinggi tu Hilton Hotel

Memang tak de apa sangat yang boleh di lihat di Colombo ni. Aku pun jalan jalan ikut kaki jer. Buang masa sementara nak tunggu time nak pegi ke airport.

Apa apa pun... aku rasa lega dan tak sabar sabar nak balik Malaysia !

Terima kasih Sri Lanka. Walau banyak cabaran dan suka duka... tapi aku rasa puas hati dan happy sekurang kurangnya aku survive dan menimba banyak pengalaman selama di sini ...



Dengarlah satu dedikasi yang tulus untuk mu
Sesiapa yang dah tergigit akan rasa pedasnya
Hayati teliti pesanan ku ini semua dengar sini

Terima kasih kekasih berkasih
Yang telah mengoyakkan jantung ku
Terima kasih kami menghargai
Kalau tak kerana kau abai ku
Ku takkan jumpa cinta yang baru

Terlihat gambar kamu lagi
Terguris kembali
Teringat saaat kau curangi
Masih aku tersenyum

Hayati teliti pesanan ku ini semua dengar sini

Terima kasih kekasih berkasih
Yang telah mengoyakkan jantung ku
Terima kasih kami menghargai
Kalau tak kerana kau abai ku
Ku takkan jumpa cinta yang baru

Telinga ku asyik berdesing
Kepala ku pusing-pusing
Dilanggari tempur

Kini aku tak lagi gila
Lega rasanya apabila
Aku tahu kamu bukan lagi masalah ku

Terima kasih ku ucapkan pada kamu
Terima kasih ku ucapkan pada kamu

Hayati teliti pesanan ku ini semua dengar sini

Terima kasih kekasih berkasih
Yang telah mengoyakkan jantung ku
Terima kasih kami menghargai
Kalau tak kerana kau abai ku

Terima kasih kekasih berkasih
Yang telah mengoyakkan jantung ku
Terima kasih kami menghargai
Kalau tak kerana kau abai ku
Ku takkan jumpa cinta yang baru

bersambung..............