Sunday, August 31, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..............

Doa untuk Malaysia.

Semoga terus maju jaya, aman sentosa dan dilindungi Allah selalu.

Malaysia kan senantiasa di hati. Kerana di sini lah, lahirnya sebuah cinta......................

.......di sinilah lahirnya sebuah cinta,… di sini tersemainya cita-cita yang luhur dan murni demi pertiwi,… dan di sinilah kita pastikan ia terus menguntum dan mengharum di sanubari satu semangat patriotik yang marak menyala dan menjulang tinggi…. Sesungguhnya jua kita semua adalah penyambung warisan…

Selamat Hari Merdeka yang ke 57 tahun !

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !









Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya


Saturday, August 30, 2014

Santai Cuti Sekolah - 06 - Kuala Lumpur

Sebab tempat percutian kali ni adalah sangat jauh !!!

Jadi kami terpaksa pusing pusing KL supaya ianya memang nampak jauh. 

Layan gambar sekitar ibukota !

Bangunan Station Keretapi

KL Sentral

KL Sentral

KL Sentral

Little India dekat Brickfields

Le Meridien KL Sentral

ALoft at Sentral

Brickfields. Panjang panjang rumahnya...

Little India

KL Sentral

Brickfields

Brickfields

Bangunan Dayabumi

Kuala Lumpur

Menara Maybank

Central Market

Petaling Street

Area Masjid Jamek

Menara HSBC

Bangunan lama dekat Dataran Merdeka

Jalan Tun Perak

Aku ni jarang jugak la masuk KL kalau tak de keje buat. Setiap kali pegi, mesti banyak yang berubah.

Cepat betul berubah.

Tapi, senyumlah wahai Kuala Lumpur, kau berubah seiring dengan peredaran masa.



Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua

TAMAT

p/s bagi yang merayap cuti cuti ni, selamat bercuti. Yang memulakan perjalanan... selamat memandu dan hati hati di jalan raya.

Friday, August 29, 2014

Santai Cuti Sekolah - 05 - Coliseum Cafe, Kuala Lumpur

Selepas check out dari Ascott Sentral tu kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Hajat hati adalah nak pegi Kamdar beli baju sekolah agama Hero sebab baju dia dah macam belacan !!! Baru setengah tahun tu. Dah la ketat tak muat. Tanda tanda tumbesaran yang bermaharajalela tahap obesiti budak tu.

Pegi ke Kamdar dan beli baju dia.

Berbeza dengan masa gi beli baju time sekolah dulu, time ni OK sikit sebab orang tak ramai.

Dan selepas beli baju sekolah di Kamdar, kami singgah makan tengahari. 

Kalau aku tanya OR dia mesti nak gi Insaf. Tapi aku dah insaf buat masa ni nak gi makan kat sana, jadi aku yang bagi cadangan.

Kita pegi makan di Coliseum Cafe, Kuala Lumpur. Aku memang cepat tertarik kalau ada nama coli coli ni...

Hahahaha

Terletak betul betul depan Kamdar Jalan TAR tu

Coliseum Cafe & Grill Room

Kalau tengok dari luar memang sunyi sepi jer tempat ni. Tapi perlu diketahui, tempat ini listed di dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Operating Western Colonial-Themed Restaurant’, semenjak tahun 1921 lagi.

Kiranya ini la antara restoran yang masih bernafas di Kuala Lumpur dari start operasi nya berpuluh puluh tahun dahulu.

Masuk masuk je terasa sungguh berada di kedai Cina. Tapi macam kopitiam yang upscale sikit lah cuma perabut je agak zaman amoi amoi bertocang lagi.

Ayuh masuk

Walaupun dari luar nampak macam tak de orang, tapi bila masuk dalam full house !!!

Nasib ada tempat untuk kami semua.

Menu book

Terkenal dengan western food nya

Layan gambar gambar dalam kedai. Semua gambar ni aku snap sorok sorok pakai iPhone jer. 

Dipersilakan duduk.............

Full house

Ini kat tempat merokok

Gambar gambar dari sejak dulu

Coliseum Cafe

Terasa Kecinaan sangat tak?

Tempat ni memang famous dengan western food sebenarnya, tapi sebab kami semua tekak Melayu, tetap nak makan makanan Melayu dan aku pulak jenis tak makan steak apa semua ni, jadi kami order mengikut selera dan tekak masing masing.

Topi Princess

Air Teh O Ais Limau

Hinanese Chicken Chop untuk aku. Tak sedap mana. RM 23.90

Mee Goreng Hainan untuk Princess. Makan tak abis pun. RM 13.90

Princess makan laici ni jer..

Nasik Goreng Cili Padi untuk OR. Aku rasa macam OK jugak. RM 17.90

Nasi Goreng Coliseum Special untuk Hero. Tak sedap mana. Apa yang special pun tak tau. RM 13.90

Apple Pie Hero. Makan tak abis. Masa nak tu meluap luap. RM 12.50

Banana Springroll with ice cream. Rupa je menarik, bila dah kenyang tekak pun dah tak leh terima. RM 10.90

Total damage : RM 143.70. Fresh juice RM 10 segelas. Air laichee/tea o ais limau RM 5.00 segelas !

Tak tau la mahal ke murah. Mahal jugak la kot. Tapi tu belum ambik segala ribs, steaks apa semua. Aku tengok harga dia tu agak pricey jugak. Tapi tu la sebab orang datang ke sini, datang nak makan steak dan western food. Cuma kami ni je terlebih Melayu.. nak jugak makan nasi.

Makanan bagi aku standard je. Average. Nothing to shout about. Boleh try sekali lah, nak repeat tak mao dah lah.

Layan gambar gambar lain dalam Coliseum Cafe, Kuala Lumpur ni.





Alhamdulillah, mengenyangkan.

Aku tak recommend mana unless nak try western food dia tu. 

Sekarang ni, selain daripada cafe asal di Jalan Tunku Abdul Rahman ni, mereka telah membuka cawangan mereka Cafe Coliseum 1921 di Plaza 33, Petaling Jaya.

Boleh la gi checkidaut !!!

Boleh refer website mereka : Coliseum 1921

Dah kenyang jadi berat badan. Nak gi melawat tempat tempat lain pun dah tak jadi. KIV dulu je lah. 

Cuaca pulak hujan. Perut kenyang. Hati riang. Rasa macam nak kembali ke ranjang....

Maka berakhir lah percutian ke destinasi yang sepenanak nasi je jauhnya.........

bersambung...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...