Pages

Thursday, July 31, 2014

Misi Beli Baju Raya 2014

Aaron Aziz, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza.

Apakah persamaan mereka?

Raya dah tiba, so cemana? Ada yang mabuk sirap dan kuih tart?

Salah satu benda nak kena masuk dalam checklist sebelum raya hari tu adalah beli baju raya. Untuk mak dan bapak budak tak perlu sangat, tapi untuk budak budak kena la ada.... baru lah nama nya raya. Tapi tahun ni aku pun menyebok nak beli baju raya sebab tahun lepas tak beli. 

Tahun lepas beli baju raya kat Hero di kedai biasa je sebab tak jumpa jumpa... last sekali, hari raya pertama seluar dah koyak rabak !

Tak tau la dia pegi beraya ke pegi melompat satu kampung.

Dan tahun ni bermula misi sekali lagi nak cari baju Melayu.

Jalan TAR

Pusing pusing cari parking

Princess tak abis abis tanya dalam kereta.

"Papa kita nak pegi mana ni?"
"Kita nak pegi beli baju raya adik lah"
"Tima kasih Papa belikan baju raya adik"

Oh. Sweet. Tak jadi aku nak batalkan misi ni. Gigih cari parking.

Akhirnya sampai

Tahun ni beli baju raya kat Jakel. Beli yang dah siap kan senang. Masa di beri adalah 1 jam sahaja sebab kalau tak aku pening !

Pening tengok orang ramai ramai.

Masuk. Cari baju pilihan dan bayar !!!

Koleksi Zizan Razak

Dalam Jakel

Bahana kalau suruh bangla yang tulis. Shah Alam pun jadi Shan Alam...  Dia ingat Shan mali Shan kot.. Nama Tok Ketua kampung dia

Pilih baju yang berkenan di hati

OK. Confirm tema tahun ni. Supaya tampak macam Aaron Aziz di hari raya.

Sampin

Haaa. Boleh kot kacak macam ni selepas menjalani pembedahan plastik 30 kali

Jumpa baju yang sesuai untuk aku dan Hero. Siap semua. Bayar.

Naik atas untuk cari baju OR dan Princess.

Masa ni orang tak berapa ramai sebab baru mula puasa

Tapi pilhan baju tak jumpa

Aku cari port celah celah baju dan duduk anak beranak

Cari baju Princess pun tak jumpa. Tak de saiz. Budak tu terlebih petite.

Hero tanya.

"Papa. Ni baju Siti Nurhaliza masa dia kecik ke?"

Hahaha. Tak leh nak jawab. Nak gelak je lebih.

Sudahnya blah macam tu je. Tak jumpa baju baju mereka. Pepandai la OR beli online ke apa.. Aku ajak sekali je, banyak banyak kali aku tak nak teman dah.

I is pening.

Jadi apa persamaan Aaron Aziz, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza? Jawapannya... mereka ada di Jakel. Kalau nak jumpa mereka silakan ke sana !

Dan untuk beli baju baju tak berapa Melayu. Kami ke Sogo.

Ini pilhan OR sebab dia suka sangat Sogo. Aku pun tak tau kenapa. 

Pegi dah nak abis puasa. Memang kena siapkan mental dan fizikal untuk datang ke tempat ni. Macam nak bertarung di medan MARA peperangan.

Sogo KL

Parking adalah payah. Kena park dekat Pertama Compleks. Aku siap nak ajak tidur hotel berdekatan je senang urusan nak shopping tapi dia tak moh sebab tak de masjid berdekatan. Dia nak gi terawikh.

Jadi gamble datang sini pagi pagi buta sebelum Sogo bukak !!

Tapi....... manusia macam lalat hurung tahik. Ramai ya ampun. Kalau kat bawah tu memang tak boleh nak bergerak. 

Aku aim, cari baju budak budak then blah. Bagi masa 2 jam saja. Tapi sebab orang ramai, 2 jam adalah tak cukup. Tengok orang aku pening mata. Sakit kepala. Boleh membawa kepada pengsan. Tapi nanti menyusahkan orang kalau aku pengsan dalam Sogo. Tak de orang nak angkat. Jadi, daripada di biarkan pengsan sorang sorang, aku bertahan.

Bawak budak budak ke tempat mainan. Baru tenang jiwa sikit.

OR pegi cari baju dan bawak ke situ, fitting kat situ jer. Oh. Dalam Sogo ada Uniqlo maha besar... 

Dapat beli semua baju, kami keluar dari Sogo. Lemas.

Duduk kat tangga tunggu OR shopping barang barang dia.

Tak pernah pernah aku melepak kat tangga Sogo ni

Dan ni habuan budak budak.

Mereka lebih excited dapat mainan daripada dapat baju raya.

Robot Hero

Playdough Princess

Alhamdulillah.

Aku mampu bertahan 3 jam di Sogo. Insaf. Tahun ni tak nak pegi Sogo dah.

"Tahun depan pun kita tak payah pegi Sogo lagi. Tahun satu lagi baru boleh pegi"

Hahaha. Itu amaran keras.

Robot baru abis shopping di Sogo

Balik rumah semua pengsan.

Memang aku tak de endurance nak pegi berhimpit himpit kat tempat orang ramai ni. Sakit kepala.

Tapi Alhamdulillah.. semua kelengkapan dan tersiap sedia. Untuk keseronokkan budak budak   beraya............. !

Wednesday, July 30, 2014

Japan 2014 : Hard Rock Cafe, Uyeno-Eki

Ini bukan la kunjungan pertama kali aku ke sini. 

Dalam trip lepas pun pernah singgah dan minum minum di sini, tapi trip tahun ni pun pegi singgah lagi. Bukan dalam plan pun cuma kebetulan time tu aku ada di Ueno Station. Berlegar legar keluar masuk dalam station tu terjumpa lak lagi.

Terimbau pulak duduk minum dengan Abang Sumo patah hati. Hiks.

Layan skit gambar Hard Rock Cafe, Ueno Station, Tokyo

Entrance ke cafe. Sebelah kanan baru Rock Shop

Collection dalam restaurant

Collection and displays

Drinking bar

Apa yang aku rasakan, restaurant HRC Ueno ni agak kecik dan sempit. Seat dia akan limited. Probably the smallet HRC yang aku pernah jejak.

Layan collection jualan di Rock Shop Ueno.

"Say Hi to peminat !!"

Kiss

Rock Shop

City T Shirt

Beruang Ueno

T Shirts

Justin Bibir

Collection ladies t shirt

Lain lain

Short glass

Mugs

The Hard Rock Cafe Uyeno-Eki is located within an old train station, Ueno Station, where people from the north used to arrive in Tokyo with dreams of starting a new life. West of the Cafe is Ueno Park, a great place to see the cherry blossoms bloom in spring. That attractive setting is also home to several important museums, the Tokyo Zoo, Toshogu Shrine, and a five-story pagoda. The Ameyoko Shopping Street south of the Cafe has an atmosphere that resembles street markets throughout Asia. Shoppers can find everything from fish to jewelry. The Cafe is also near Akihabara, which is known for its electronics shops. Hundreds of shops, from mega-stores to tiny parts suppliers, line the streets beneath garish neon signs.

The Hard Rock Cafe Uyeno-Eki is sure to satisfy any shopper or sightseer with its classic American fare. So when you're craving a cold beer and some rock 'n' roll, come to the Hard Rock Cafe Uyeno-Eki and dance the day away!

Est. March 25, 2002

Address:
Hard Rock Cafe Uyeno-Eki
Atre Ueno 1F
7-1-1 Ueno Taito-ku
Tokyo 110-0005 Japan
View Map

Hours:
Restaurant:
Mon - Sun 7:00AM - 11:00PM
Merchandise:
Mon - Fri 10:00AM - 11:00PM
Sat & Sun 9:00AM - 11:00PM
Holidays 9:00AM - 11:00PM

Agak agak lagu ni boleh main kat Hard Rock tak?



Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua

Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua

Dinda
Kanda
Burung pun turut menyanyi
Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi
La la la la la la la la…

Tiada lagi duka
Pun airmata
Kembalilah sayang
Bersama berjalan
Duka atau pun senang

Aduhai pujaanku
Mimpikah daku
Kan kusimpan dia
Di dalam hatiku
Kasih dan sayangmu

La la la la la la la la… ( 4X )

Monday, July 28, 2014

Maaf Zahir Dan Batin

Salam Aidilfitri buat semua.

Semoga kita mendapat keredhaan Ilahi dunia dan akhirat. Insya Allah.


Selamat hari raya untuk jemaah sekelian, readers yang aku kenal, yang tak kenal dan yang sememangnya terkenal, peminat yang cantik dan yang tak cantik mana, yang kacak mahupun yang warak. Yang hensem ataupun jelita lite lite....

Semualah !

Ampun maaf  kalau tersalah kata, terkasar bahasa dan tersasar berseloka. Kalau ada yang ter ter lagi tu... amponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.... jangan di simpan di dalam peti hati..

Kosong kosong !!!



Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Meng
Syawal 1435 H

Sunday, July 27, 2014

Buka Puasa 2014 @ Madam Kwan, Empire Gallery

Ini kisah buka puasa di Madam Kwan.

Memang nak buka puasa di luar. Tapi petang tu aku banyak keje pulak, rasa macam tak jadi nak pegi tapi sebab dah confirm seat maka aku pun akur.

Layan gambar jer lah.

Tempat pilihan. Besar betul taik lalat Mdm Kwan ni.

Memoirs Madam Kwan

Dapat seat yang agak cosy.

Buku menu

Air air idaman tekak

Kami order Nasi Bojari...

Sama je oder. Dah tak tau nak makan apa kat sini. Ni je yang aku rasa sedap. Kuew Tiaw Madam Kwan pun sedap tapi macam ngeri je sepinggan dekat RM 20.

Rojak... pembuka selera

Rojak setelah di gauli dan di senggama kan sesama mereka... Aku tak minat sangat rojak ni tapi sedap jugak sekali sekala makan.

Hidangan berbuka puasa

Banana Fritters sebagai desserts

Alhamdulillah kenyang.

Madam Kwan macam biasa tak mengecewakan. Orang ramai la tapi masing masing ada seat masing masing. Servis pun OK. Pekerja dia ramai, tapi aku kesian tengok pekerja dia semua kurus kering. Macam tak cukup makan jer...

Tapi aku jumpa ni.

Artis.. Pelakon kot tapi aku lupa nama dia... comel gak


Dah kenyang layan hisap rokok

Solat pastu blah.....

Dah abis dah sesi berbuka puasa di luar....

Macam tak best lak dah abis puasa.. Dah hujung hujung puasa ni.. semua orang sibuk nak beraya... Semoga panjang umur sempat berpuasa lagi di tahun hadapan...

Insya Allah.

Saturday, July 26, 2014

Japan 2014 : Hitachi Seaside Park, Ibaraki

Satu lagi tempat yang sempat aku lawati masa trip ke Jepun ni adalah Ibaraki Seaside Park.

Plan ni pun datang last minit. 

Memang tema trip ke Jepun kali ni adalah taman dan bunga bungaan. 

* mood dalam hati ada taman bunga dan rumput lalang !

Kalau dulu, trip Jepun yang pertama memang mabuk pagoda dan temple, kali ni mabuk bunga ler pulak.

Apa apa pun, layan....................

Ferris Wheel di tengah tengah park

Nemophila atau Baby Blue Eyes...

Selautan Nemophila

Canola Flowers

Ladang canola

Abis satu bukit di tanam nya dengan pokok ni

Tapi masa ni semuanya baru nak mekar, kebiruan tu agak kurang menyerlah

Adik makan ais kerim tak ajak Abam !

Sayup

Sebatang pokok di lautan Nemophila

Nemophila dan Conola

Daffodil

Garden

Belum mekar

Daffodil

Tulips

Tak tau apa nama nya

Tulips yang dah mekar merebak

Tulips garden, Ibaraki

Colorful tulips

Two colors tulips

Tak payah pegi Amsterdam

Merah

Pink color

Baru nak kembang

Pink tulips

Ntah apa bunga ni. Ke tulips.

Bunga lagi. Ya betul, memang tulip tapi yang dah mekar

Mekar setaman

Colofrul

Tulips Garden

White tulips

Tulips

Mabuk bunga kan?

Memang banyak bunga. 

Tapi personally, since aku pegi ke Showa Garden Park tempoh hari dan ke sini, untuk tengok tulips, di Showa Garden tu lagi lawa. Sini biasa biasa jer.

Tapi apa yang menarik di sini adalah ketika musim Spring bunga bunga Nemopilia tu yang banyak di tanam di lereng bukit. Begitu juga kalau time Autumn boleh tengok pokok Kokia.

Red Kokia

Apart from these two, park ni biasa biasa je bagi aku.

Agak besar dan terpongek jugak kalau nak berjalan kaki. Tapi boleh naik tram atau sewa basikal (pun bakal terpongeh ).

Cemana cara nak pegi?

Kalau dari Tokyo.


Dari Station UENO, Tokyo, ambik train Limited Super Hitachi 7. Train yang agak laju tapi better reserved dulu la sebab selalu penuh. ( kat Ueno station tak leh reserve seat ). Train bergerak lebih kurang 84 minit ke station Katsuta.

Kalau ada JR pass, kiranya dah covered !!

Cuma sampai kat Station Katsuta, kena ambik bas. 

Sebaik saja keluar dari station Katsuta, ambik bas dengan platform no 2 depan Lawson Mart. Tambang bas 400 Yen, betul betul sampai di Hitachi Seaside Park ni ( dalam 30 minit ). 

Entrance fee 400 Yen. Tram dalam park 500 Yen. Kalau naik basikal sewa 400 Yen. Dalam tu ada banyak park park lain lagi. Ada tempat makan etc tapi doubt it ada kedai halal. Sebaiknya beli makanan kat Lawson tu then bawak bekal.

Boleh kira day trip from Tokyo. Tapi area Ibaraki ni prone to gempa bumi. So kena alert sikit.

Sila ambik maklum, park ni tutup setiap hari isnin. Sila check dulu website dia sebelum pegi sana.


Aku nak kata recommended sangat, tak jugak. Tapi kalau bermasa dan nak cuba pegi, boleh jer. Kalau tak sempat, pegi je Showa Kinen Park tu kalau untuk tulips. Tapi kalau nak tengok pokok pokok saujana mata memandang tu, yes, boleh la datang sini !!!

Boleh jugak layan jiwa............

Boleh ambik feel macam berada di kayangan.

* like aku pernah tau kayangan tu cemana?



Jikalau kau tidur
Tidurlah hai manja
Aahai tidurlah selesa
Tidurlah nan nyenyak
Aahaaaiiiiiiiiiiii di pinggir kayangan

Silalah kau kenang
Kenangilah hamba
Aahaaai kenangkan adinda
Kenangilah sayang
Aahaaaiiiiiiiiiiii bayang membayang

Kan ku hidangi segala santapan
Bersulam-sulaman
Yang enak dan nyaman
Sang buluh perindu
Menghibur merdu

Amboi tersusun
Silang mengalun
Lunaknya berseri
Lunaknya berseri
Bak patun memantun

Kan ku taburi rampai-rampaian
Kembangan cina yang harum semerbak
Engkaulah kekasih di alam impian
Tangan beralun jari menyusun
Sembah yang berseri
Sembah berseri
Bersopanlah santun

Sekiranya bangun
Bangunlaberdoa
Aahaaiiiiiiii bangunlah berkisah

Berkisah semalam
Aahaaaiiiiiiiii di pinggir kayangan