Pages

Wednesday, April 30, 2014

The Himalayas

Fakta fakta mengenai Himalaya.

Lukisan Pergunungan Himalaya

Mt Everest, Himalaya

01 : Himalaya bermaksud 'abode of snow'! (dwelling of snow)

02 : Banjaran Himalaya terbentuk kira kira 70 juta tahun dahulu akibat daripada pertembungan antara India dan Benua Asia merangkumi plat Indo-Australian dan Eurasian.

03 : 75% daripada banjaran Himalaya terletak di negara Nepal.

04 : Walaupun banjaran Himalaya adalah banjaran gunung tertinggi di dunia tetapi ia bukan la yang tertua.

05 : Banjaran Himalaya di Nepal mengandungi 250 puncak gunung yang melebihi 6,000 meter.

06 : 31 puncak gunung dari Banjaran Himalaya melebihi 7,600 meter tinggi.

07 : Daripada 15 puncak gunung tertinggi di dunia, 9 daripadanya terletak di Nepal.

08 : Gunung Everest (8,848 meter) adalah sebahagian daripada Himalaya di Nepal dan merupakan puncak tertinggi di dunia. Edmund Hillary dan Tenzing Norgay adalah orang pertama mendaki Gunung Everest pada tahun 1953.

09 : Purata ketinggian gunung gunung di Banjaran Himalaya adalah 4,570 meter.

10 : Banjaran Himalaya memiliki variasi geografi menakjubkan meliputi hutan tebal, pokok pokok renek dan sayuran, batu batan serta permukaan bersalji.

11 : Banjaran Himalaya ini bukan saja meliputi negara Nepal malah ke China, India, Bhutan, Afghanistan dan Pakistan.

12 : 3 buah sungai utama dunia iaitu Indus Basin, Yangtze dan Ganga Brahmaptura mengalirkan sumber air dari pergunungan Himalaya

13 : Banjaran Himalaya adalah geologi hidup yang bergerak kira kira 20 mm ke arah selatan setiap tahun. Di kira dalam masa 10 juta tahun, banjaran Himalaya ini akan bergerak 1,500 km ke benua Asia.


Layan gambar gambar Banjaran Himalaya.

Dan berikut panduan kalau nak usha Himalaya kalau berkesempatan ke Nepal dan Bhutan.

I : Flight dari KL ke Kathmandu.

Sila ambik seat belah kanan. Sebaik saja flight descending, kalau cuaca elok akan nampak Banjaran Himalaya belah kanan. Try la usha mana yang paling tinggi itu lah Everest !



II : Flight Kathmandu ke Pokhara meliputi kawasan utara Nepal.

Kalau naik flight, ambik seat belah kanan. Akan nampak area Langtang dan Annapurna. Kalau cuaca elok boleh nampak puncak Manashlu dan Annapurna Range termasuk Machapuchare ( Fishtail )





III : Pokhara dan Sarangkot. 

Dari Pokhara boleh nampak Annapurna Range, dan kalau dari Sarangkot boleh nampak Dhorpatan,  Annapurna I, II, III, IV, Gangapurna dan Annapurna South.

Gambar gambar ni bukan la dari flight tapi dari Sarangkot.







IV :  Dari Pokhara ke Kathmandu, ambik seat belah kiri. Akan nampak view yang sama termasuk Langtang NP.

Himalayan Range

V : Dari Kathmandu ke Paro, Bhutan. Ambik seat belah kiri. 

Akan nampak Langtang dan Sagarmartha National Park. Termasuk lah Mt Everest !!!

Dan aku beruntung, masa pegi dan balik ke Paro tu, memang nampak jelas Everest ni. Pilot siap buat announcement lagi. Cuma time balik tu ada awan sikit so tak nampak puncak.

Himalayan Range

Himalayan Range

Himalayan Range

Everest & Lhotse ( 8, 516 meter )

Everest (8,848 meter )

Everest and Makalu

Makalu ( 8,481 meter )

Kangchenjunga ( 8,586 meter ) 

Bhutan dan Mt Gangkhar Puensum

Anyway, to get closer to Himalaya especially Everest dan gunung gunung lain, boleh ambik Mountain Flight dari KTM. Harga dalam USD176, one hour flight pusing pusing dekat pergunungan. Kalau mampu, di persilakan..............

Kalau nampak puncak gunung gunung di Himalaya jangan lupa cepat cepat menjerit..

"Bebaskan !! Bebaskan !!!!"

Hahahha



Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya

Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku

Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali

Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Berdiri membeku di alam pilihanku
Katakan bertemu segala yang kutinggalkan
Ku timbun membeku

Sebaiknya kalau nak tengok gunung ganang ni elok la waktu pagi sebab awan gemawan belum datang menyerang.... lepas pukul 10 pagi je biasanya awan dah mula bergumpal. Naik flight especially domestic flight di Nepal adalah first come first serve jadi datang awal untuk request seat terbaik !

Baca Ni Bagi Menambah Ilmu Di Dada Yang Bidang

Puncak Everest.

Sudah tentu lah melihat dari jauh puncak Everest tidak akan sama dengan encounter face to face iaitu mendaki. Cost untuk mendaki Mt Everest adalah lebih kurang USD 10,000 seorang !!!

Pendakian ke puncak Everest melalui rabung Tenggara akan bermula dengan penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dan kemudian berjalan ke kem pengkalan selama 6-8 hari. Dan dari situ lah bermula sherpa menyediakan tali dan laluan sebelum para pendaki mendaki ke Lhotse dan seterusnya Everest.

Tuesday, April 29, 2014

Thimphu, Bhutan

Thimphu merupakan ibu negara bagi Bhutan. Serius tak 'tipu' !

Terletak di kawasan lembah di pergunungan penghujung banjaran Himalaya.

Bandar yang tak berapa besar dan tak de la banyak mana attractions. Tapi kalau nak layan scenery memang menarik lah di sini.

Yang penting, bandar ni damai dan tak terrcemar dengan hiruk pikuk kenderaan. Panjang umur la kot kalau duk sini. Bhutan was rated, the happiest country in Asia and 8th in the world.

* pijak pijak kaki kat Bhutan je terus mengilai tak henti henti macam ponti..... sebab happy eh?

Enjoy gambar gambar sekitar Thimphu, Bhutan.

Thimphu, Bhutan

Thimphu, Bhutan

Pergunungan Thimphu

Jambatan menuju ke Thimphu dari Paro

Raja Bhutan dan permaisuri. Permaisuri Bhutan hanyalah rakyat biasa, anak seorang pilot.

Sungai di Bhutan

Jalanraya di Bhutan menuju ke Thimphu

Lembah Thimphu yang kaya dengan tanaman padi dan gandum

Bangunan di Thimphu. Salah sebuah hotel.

Salah satu mercu tanda Thimphu. Trashi Chhoe Dzong yang menjadi pejabat Raja Bhutan & monastery Buddha.

Trashi Chhoe Dzong ke bahagian monastery

Lembah Thimphu

Trashi Chhoe Dzong ( kawasan monastery )

Trashi Chhoe Dzong

Trashi Chhoe Dzong

Jalan raya di bandar Thimphu

Budhha Statue, Thimphu

Kediaman di Thimphu

Thimphu yang dikelilingi gunung ganang

Rumah di Thimphu



Chances are 'cause I wear a silly grin
The moment you come into view,
Chances are you think that I'm in love with you.
Just because my composure sort of slips
The moment that your lips meet mine,
Chances are you think my heart's your Valentine.

In the magic of moonlight,
When I sigh, "Hold me close, dear,"
Chances are you believe the stars
That fill the skies are in my eyes.

Guess you feel you'll always be
The one and only one for me
And, if you think you could,
Well, chances are your chances are awfully good.

Chances are you believe the stars
That fill the skies are in my eyes.

Guess you feel you'll always be
The one and only one for me
And, if you think you could,
Well, chances are your chances are awfully good.
The chances are, your chances are...awfully good.

Sambungan fakta fakta menarik mengenai Bhutan dan Thimphu.

10. Bhutan mempunyai penduduk kira-kira 742.737. Ibu negaranya adalah Thimphu salah satu ibu negara di dunia yang tidak mempunyai lampu isyarat (selain Pyongyang). Cuma ada roundabout kecil dan polis trafik menjaga lalulintas. Jalan pun tak jem !

11. Sehingga tahun 1960-an, Thimphu tidak mempunyai rangkaian jalan raya, kereta, telefon, sistem pos atau elektrik. Bhutan tidak mempunyai akses kepada TV atau internet dan akses yang terhad diberikan hanya bermula pada tahun 1999. Tapi internet agak laju time aku di Thimphu.

12. Export utama Bhutan adalah kuasa hidro elektrik dan elektrik ke India. Memiliki lebih pada 60% kawasan hutan yang terpelihara. Membunuh species terancam akan dipenjara 14 tahun. Pertanian beras, buah buahan dan tenusu ( yak ) adalah industri utama Bhutan. Banyak buah pear dan apple di tanam. Tapi time aku pegi winter so pokok pokok semua tandus.

13. Bhutan tidak menggunakan KDNK sebagai indeks ekonomi sebaliknya mengukur keseluruhan 'happiness' melalui empat tonggak utama. Perlindungan alam sekitar, pemuliharaan budaya, tadbir urus dengan baik dan pembangunan lestari. KPI Kerajaan Bhutan adalah untuk memastikan semua rakyat mereka 'happy'. Raja Bhutan telah mengarahkan pemakaian pakaian tradisional Bhutan untuk semua urusan pekerjaan, sekolah dan urusan rasmi kerajaan. Jarang nampak orang pakai t shirt dengan jeans !

14. Beg plastik adalah diharamkan di Bhutan sejak tahun 1999. Kalau beli barang dia letak dalam beg recycle yang macam kain tu. Menarik jugak.

15. Bhutan adalah satu satunya negara yang mengharamkan tembakau dan rokok. * sigh. Merokok boleh dihukum penjara !

16. Binatang rasmi Bhutan adalah goat-antelope dan bunga rasmi adalah blue poppies.

17. Sukan rasmi adalah dart dan memanah.

18. Tarikh lahir wajib setiap penduduk Bhutan adalah pada setiap tahun baru. Tak kira bulan atau tarikh lahir sebenar.

19. Negara Bhutan hanya dibuka untuk pelancong asing pada tahun 1974.

20. Bhutan mempunyai satu puncak ke 40 tertinggi didunia iaitu Gunung Gangkhar Puensum - 7,570 meter tetapi kerajaan Bhutan telah mengharamkan sebarang pendakian ke puncak ini. So gunung ini adalah the highest gunung yang masih belum pernah di daki !

Kesimpulannya aku rasa Bhutan ni adalah negara untuk orang orang tua je pegi sebab mungkin ada damai dan ketenangan di sana....

* mengalir airmata seorang orang tua.....

Monday, April 28, 2014

Paro, Bhutan

Kalau ke Bhutan mesti landing di Paro kerana di Paro lah terletaknya satu satunya international airport untuk negara Bhutan.

Memiliki penduduk sekitar 4,500 orang dan dianggap kawasan tercantik di Bhutan.

Bagi aku Paro hanya pekan biasa yang masih suci dengan alam sekitar yang terjaga dan terbela. Paro merupakan akses paling dekat untuk ke Tiger's Nest yang terkenal di Bhutan ini.

Layan ni.

I Love Bhutan?

Pekan Paro

Pekan Paro dan Paro Valley

Paro, Bhutan

Paro Dzong

Paro Dzong

Paro Dzong

Paro Dzong

Paro Valley

Paro Dzong

Paro Dzong

Paro Dzong

Pekan Paro

Paro

Paro

Paro

Kedai kedai di Paro

Bangunan di Paro. Bangunan tak boleh melebihi 6 tingkat !

Paro

Small stuppa

Tiger's Nest

Tiger's Nest - The icon of Bhutan

Pekan Paro

Paro


Paro Airport dan Paro Dzong

Tak de apa yang gah sangat nak gebang pasal Paro ni kecuali di sini la letaknya Tiger's Nest yang terkenal di Bhutan ni.

Dan satu lagi yang interesting di Paro adalah airport dia. One of the dangerous aiport to land.

Memang thrill gila.

Bukan semua pilot boleh landing di Paro kerana kedudukannya di atas pergunungan dan dilitupi gunung ganang dan kawasan penempatan lembah Paro. Memiliki landasan cuma sepanjang 6,500 kaki.

Sebelum touch down tu siap boleh twist sekali lagi....

Tengok ni.



Fakta menarik mengenai Bhutan !

Bhutan, secara rasmi dikenali sebagai Kingdom of Bhutan. Negara landlocked di Asia Selatan terletak di hujung timur pergunungan Himalaya bersempadan dengan India di selatan, timur dan barat dan China di utara. Ia dianggap sebagai salah satu negara yang terpencil di dunia kerana kerajaan Bhutan telah dikawal selia daripada pengaruh asing dan pelancongan di tahap paling minima untuk melindungi dan memelihara identiti negara, budaya dan eko-sistem.

Berikut adalah fakta-fakta yang menarik tentang Bhutan Kingdom - misteri di Himalaya:

1. Bhutan adalah negara demokrasi raja berperlembagaan. Monarki Bhutan ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengadakan pilihan raya demokratik pertama pada tahun 2008.

2. Dalam tahun 1910 Bhutan menandatangani perjanjian dengan United Kingdom memberikan kawalan UK ke atas hal ehwal asing. Ia mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.

3. Bangsa-Bangsa Bersatu hanya  mengiktiraf Bhutan sebagai sebuah negara pada tahun 1974.

4. Asal-usul nama Bhutan mungkin berasal dari bahasa Sanskrit Bhotanta yang bermaksud "The end of Tibet," atau Sanskrit Bhu-Attan, yang bermaksud "tanah tinggi"

5. Bhutan menggelar negara mereka sebagai "Druk Yul," yang bermaksud "The Land of Thunder Dragons," kerana ribut yang amat kuat yang sentiasa bergelora di pergunungan Himalaya.

8. Buddha adalah agama rasmi dan agama Hindu adalalah agama kedua.

9. Dzongka merupakan bahasa rasmi Bhutan.

10. 54.3% orang dewasa dan 76.2% daripada belia di Bhutan adalah celik huruf. English adalah bahasa kedua and you will be impressed dengan English dia orang ni !

bersambung....