Pages

Monday, March 31, 2014

26 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing - Autumn in Beijing | Silk Market | Leaving Beijing

Selepas melawat Seventeen Arch Bridge di Summer Palace tu aku patah balik untuk ambik subway ke Central Beijing. Aku tak de tujuan nak ke mana mana dah. Cuma nak pastikan aku cukup masa nak balik ke hotel ambik beg dan naik Airport Express train ke Beijing Capital International Airport. Flight aku pukul 2 pagi ke Kuala Lumpur.

Jalan laju laju aku lalu ikut jalan ntah ke mana mana aku pun tak tau. Tapi aku pasti akan bawa aku keluar ke entrance aku memula sampai di Summer Palace ni tadi.

Tetiba nampak view yang agak lawa.

Kawasan belakang bukit Summer Palace

Ada tasik dan pavilion juga di sini. Area ni memang tak ramai orang

Dan rezeki aku, tak payah ke Fragrant Hills boleh nampak autumn leaves jugak di kawasan ni.

Nampak la daun daun berwarna walaupun tak merecik recik

Teratai layu di tasik madu....

Tasik dan autumn foliage

Ada jambatan

Tenang dan damai

Hari hampir senja tapi bukit melindungi cahaya matahari

Dedaunan

Sebenarnya laluan ni akan bawa aku ke Suzhou Market Street tadi semula. Tapi sebab jalan tu tak boleh masuk, kena panjat bukit sikit dan turun semula ikut laluan yang betul

Suzhou Market Street

Suzhou Market Street - Kedai kedai hampir tutup

Boleh tahan la lawa juga kawasan ni

Tasik...

Aku ambik subway Line 4 dan tukar Line 1 dan turun di Yong'anli.

Sebenarnya aku nak pegi ke pasar malam. Aku ingat pasar malam biasa tapi rupa rupanya ini la Silk Market yang famous tu.

Dari station subway tu jalan kaki boleh masuk ke dalam bangunan ni. Aku nak cari sweater jer. Jalan jalan dalam kawasan ni memang banyak baju baju di jual. T shirt pun banyak. Ada jugak yang pandai cakap Melayu.

"Murah Murah"

Aku buat bodo jer. Tapi sempat la aku sambar baju lengan panjang. Dia letak 150 Yuan. Aku tawar tawar dia tak bagi jugak. Aku mintak 30 Yuan. dia kasik 80 Yuan. Last sekali macam biasa la buat jual mahal. Akhirnya dapat jugak.

Hiks.

Sebab sejuk. Aku pakai terus baju tu. Hahaahaha.

Silk Market

Kedai kedai kat dalam

Then pusing pusing lagi dalam bangunan ni tapi dah tak tau nak beli apa.

Tak de apa yang berkenan. Sudahnya aku blah je. Sebab macam ada masa lagi, aku malas nak ambik subway, aku jalan kaki je dari Yong'anli sampai ke Guomao.

Tak de la jauh mana cuma cuaca la agak sejuk. Sempat la layan tengok bangunan bangunan tinggi di CBD Beijing. 

Park Hyatt dan Bejing World Trade Center

Christmas Tree

Salah satu upscale mall di CBD. 


Sempat aku sampai di CCTV Tower semula tapi belah malam cahaya bangunan tu tak menarik.

Dari station Guomao, aku ambik subway sampai ke Liangmaqiao semula. Jalan kaki ke hotel, ambik beg dan lepak kejap sebelum aku jalan kaki semula ke subway, ambik train ke Sanyuanqiao untuk ambik Airport Express Train.

Dalam train. Kalau flight malam kena pastikan ambik train ni awal awal sebab last train bergerak pukul 10.30 malam dari Sanyuanqiao

Harga tiket 25 Yuan sehala. Train akan ke Terminal 3 dulu sebelum ke Terminal 2. Pastikan terminal mana kita berlepas. AAX berlepas dari Terminal 2.

Sampai di Terminal 2

Flight malam tu. AAX Flight last dari Beijing Airport

Lain lain urusan semua macam biasa lah. Dari check in beg apa semua. Dan tak de apa pun aku nak kejarkan. Ada banyak masa. Cuma time aku kat airport ni, aku lepak dok makan roti.

Tetiba ada pakcik ni lalu dia tegur.

"Oh.. sedakknya makeeee"

Hahaha. Kecek Klate pakcik tu. Tersedak aku kejap. Aku lapar. Makan roti bersungguh sungguh.

Airport Beijing Terminal 2 ni pun boleh tahan besar. Immigration OK tapi Kastam macam biasalah, aku punya lighter kena rampas. Cis.

Nasib baik dalam bangunan terminal kat tempat smoking tu ada lighter. Tapi smoking room 1 je lak tu, dan jauh. Terpaksa aku berkampung kat situ jer. Paling best wifi free so boleh la nak hilangkan kebosanan menunggu. Kedai duty free pun tutup awal, tapi sebab aku nak abiskan duit Yuan dan aku tak rasa aku akan ada trip ke China dalam masa terdekat ni so aku abiskan semua Yuan aku tu.

Apa lagi aku nak beli kalau bukan perfume.

Current Fav. Dior Homme Intense EDP. Aku pernah chreet pakai masa kat Airport Gimpo Seoul dulu.

Time dah sampai, aku terus masuk flight la. Orang agak ramai dan masing masing pun memang dah tak sabar nak balik. 

Dah mengantuk kot.

Seat aku belakang sekali tapi nasib tak baik, memang flight penuh. Tak de seat kosong pun even sebelah aku

Beijing

Layan mata je la dalam flight. Sempat terjaga time nak subuh.

Pagi dalam flight

Akhirnya pukul 8.30 pagi flight bersiap sedia untuk landing di LCCT.

Sampai je cuaca mendung. Lepas beli rokok tunggu OR kat luar. Dok hisap rokok, ada pakcik tu tegur dia kata tak leh hisap rokok kat situ. Semalamnya ramai yang kena kompaun. Angkut beg pegi hisap rokok kat tempat hisap rokok yang disediakan tu.

Tunggu dekat 10 minit then baru OR sampai. Dia lewat sebab jalan jem maklum la pagi pagi orang nak gi sekolah dan keje.

Bestnya dapat balik ke pangkuan yang tercinta. Paling best dapat makan dengan mudah dan berak dengan nyaman ! Tapi kenangan untuk trip Mega 2013 ni akan aku simpan dan semat di hati dan jadikan sebagai pengalaman berguna untuk trip trip yang akan datang.. Insya Allah..

Walaupun ada benda yang tak best, tapi tu semua pengajaran untuk dipelajari. Lebih banyak yang manis rasanya untuk dikenang. Kata orang, 'dont look back in anger'... then things are gonna get better.. always !

Bye Bye China.... aku sudah tak obsesi dan kita sudah tak relevan lagi !

Dah ! Layan lagu best ni !



Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
Sudah, jangan hubungi aku
Nyata ku ini bukan di alam mu

Sungguh, jangan simpan di hati
Kita berdua tak relevan lagi
Perlukah dihujani hari ku
Dengan sangkaan emosi kelabu
Semalam biar saja berlalu
Mungkin aku pejam namun ku tak rabun

Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
Aku dah penat, terasa berat dengar ayat mu
Bagaikan sengat, anggap saja mimpi ngeri yang berlaku
Menjadi igauan hidup mu

Dah Jangan dinanti aku
kau harus ada teman baru
Dan bila tak saling memahami
Apa untungnya saling menyakiti
Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
Aku dah penat, terasa berat
Kemahuan mu, agar selamat

Ku tak mahu membohongi diri ku
Kini semuanya sudah tiada lagi
Dalam hidup ku, dalam hari ku
Aku dah penat mengejar bayang mimpi
Yang telah berlalu sekian waktu
Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap, tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi

bersambung untuk entry terakhir ....................

Sunday, March 30, 2014

25 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing - Olympic National Stadium | Summer Palace

Hari terakhir untuk Mega Trip 2013 ni. 

Dah 10 hari meninggalkan tanah air. Dah rindu rinduan nak balik. Tapi since ada last day kat Beijing ni aku nak cuba pegi tempat yang aku tak sempat nak jejak tempoh hari.

Beijing - Depan hotel

Bangkit dan berkemas. Baju pun dah abis pakai sebenarnya tu pun aku selalu terbalikkan t shirt kat dalam dan pakai gilir gilir. Tak sempat nak melaundry sepanjang travel kali ni. Cuma stokin dan spentot ada aku terpaksa basuh dan sempat la jemur masa stay kat Shanghai dan Beijing kelmarin.

Siap siap apa yang patut sebelum aku turun untuk check out. 

Kat kaunter reception tu aku nak tumpang tinggal beg, tapi dia orang tu semua tak reti cakap English. Dengar je customer cakap English masing masing buat sibuk tak nak layan. Pastu yang tu tolak yang tu, yang tu tolak yang sorang lagi. Last sekali panggil orang lain.

Pun tak reti nak cakap. Jenuh aku bagi isyarakat nak simpan beg kat situ. Baru la dia mengerti !!!

Anyway hotel ni best. Aku recommend kalau di Bejing sebab dekat dengan Subway, Airport Express dan dekat hotel yang sangat selesa dengan harga yang berpatutan. Cuma makanan halal aku tak berapa abis explore dekat area ni. Kalau betul betul cari rasanya ada lah kot.

FX Express Hotel, Beijing

Misi pertama aku hari ni adalah nak pegi ke Summer Palace. 

Dah tak de beg boleh la menapak jauh jauh sikit. Tapi tak de la jalan kaki. Naik subway je lah. So pegi station subway dulu.

Bangunan di Beijing

Aku singgah mall ni konon konon nak cari baju tebal yang murah sikit. 

Masa keluar konon tak sejuk, pakai jacket dengan t shirt je... tapi lama lama... boleh tahan la menggeletar. Tapi kat mall tu semua mahal mahal. Tak jadi beli. Keluar balik semula. 

Rugi tak beli kat Uniqlo aku jumpa kat Solana Mall semalam.

Subway di Beijing. 

Subway di Beijing ni yang aku paling tak suka adalah kena scan beg every time nak naik train. 

Ada sekali tu, aku dah scan, pastu yang jaga tu dok borak sesama mereka. Lepas aku beli tiket nak masuk gate, dan dan tu dia perasan dan suruh aku scan semula.

Sekali tu aku geram dan nak marah. Dah la dia cakap aku tak faham.

"Aku dah scan lah !!!"

Hambik !

Aku cakap Melayu dengan dia. Hahahaha. Ada dia pedulik? Tak der.. Nak tak nak kena scan sekali lagi....

Bosan.

* garu kepala yang tak gatal

Dari station Liangmaqiao aku naik Line 10 untuk ke Summer Palace.

Tapi in between tu ada transfer station ke Line 8 untuk ke Olympic Sports Center, and cuma 1 station je, so aku nak pegi singgah sekali lagi. Kali ni nak ambik gambar siang. Dan aku nak ambik gambar dari tasik !!

Aku pernah tengok ada tasik kat sini, lawa pulak orang ambik gambar so aku pun nak try jugak.

Naik subway dan turun di Olympic Stadium Beijing. Harga macam biasa, flat rate 2 Yuan. (RM 1)

Nampak lagi bangunan berbentuk dragon ni. Kepala dan ekornya. 

Kepala jadi IBM office dan ekor tu dulu khabarnya nak di jadikan hotel 7 stars, tapi tak menjadi...... cuma 1 block je dijadikan hotel iaitu Pangu 7 Star Hotel sekarang.

Sewaktu Olympic 2008. Bill Gates datang dan stay kat hotel ni... The rest tu tak tau sekarang ni tempat apa.. Rasanya abandoned sama dengan stadium stadium ni semua kot.

Jumpa pun tasik ni. Cuaca boleh tahan sejuk time ni

Bird's Nest 

Kawasan sekitar stadium

WaterCube

Lampu kat stadium ni pun rupa macam ni...

Gate stadium

Aku memula macam nak masuk jengah dalam stadium ni. Tapi bila pegi tanya kat kaunter ticket tu harga nak masuk je 50 Yuan. ( RM 25 ).

Mahal tu. Padahal bukan ada apa apa event pun.

Terus tak jadi masuk.

Layan lagi kawasan sekitar Olympic Stadium ni waktu siang.

Arca

Apa benda ntah

Statue

Lampu jalan

Olympic Park

Kedai jualan cenderamata

Orang pun boleh tahan ramai so aku pun malas nak spend lama lama kat sini.

Hajat hati aku nak ambik subway terus ke Summer Palace, tapi nak pegi ke Fragrant Hills dulu nak tengok autumn. Hopefully ada lagi daun daun berwarna. Tapi masa turun dari subway di station Beigongmen di Line 4 tengok ramai pulak orang tunggu bas.

Boleh naik bas ke Fragrant Hills tu tapi malas nak menunggu, aku langsung je masuk ke Summer Palace.

Daun maple kuning dekat Summer Palace

Summer Palace ni merupakan most preserved royal park di China. 

Terletak kira kira 15 km dari central Beijing, ianya merupakan UNESCO site dan juga di kenali sebagai 'the  Museum of Royals Garden'

Pernah menjadi kediaman dan tempat istirehat Emperor China satu ketika dulu dengan pavilion, tasik, istana, jambatan dan memilik landskap lengkap masterpiece Chinese landscape and design.

Harga masuk all in 50 Yuan. Kalau masuk compound saja 20 Yuan. Memula aku tak nak beli full tiket, tapi aku bagi 50 Yuan dia terus bagi tiket penuh. Ambik je lah.

Sebenarnya Summer Palace ni ada few entrance. Aku masuk dari arah kiri station Subway Beigongmen ( arah belakang ) dan jalan 100 meter ada kaunter tiket di situ. Kalau ke kanan pun ada kaunter tiket dan entrance belah lain.

Dah beli tiket, masuk masuk je akan jumpa dengan Suzhou Market Street ni.

Suzhou Market Street ini dibina mengambil kira latarbelakang yang sama satu sungai dan market street di Suzhou ( yang aku pegi hari tu ).

Suzhou Market Street

Ada cerita di sebalik pembinaan tempat ini.

Satu ketika dulu Emperor bertemu dengan sorang Nun dan dia sudah jatuh hati. So dia bawak Nun ni balik ke Summer Palace dan dijadikan sebagai tabib yang boleh membantu menyelesaikan sakit kepala Baginda.

Nun yang lawa dan melecun ni di tempatkan di sebuah temple dan Bagina Emperor selalu la pegi skodeng Nun ni kalau dia terasa nak pandang dan jamu mata.. ( sebab Nun so dia tak boleh jadikan gundik ). Satu hari, Emperor pegi melawat Nun.. so Nun sudah sedih dan berduka lara. 

Baginda tanya.

"Kenapa Nun...."

* wahhh siap dialog ni.

"Tuanku.. Patik rasa patik rindukan kampung halaman patik...patik nak pulang ke Suzhou"
"Baik la.. nanti dalam masa setengah tahun, kita akan  pulang bersama sama ke Suzhou"

Macam tu Emperor cakap Melayu. Faham?

Hahaha.

Selepas setengah tahun, Emperor pun bawak la Nun ni..tapi tak sampai sejam, Emperor bagitau mereka dah sampai di Suzhou... 

"Benar kan Tuanku. Kita dah sampai kah?"

Nun kelip kelip mata tak percaya.......

Ropa ropanya. Tuanku Emperor telah membina tempat ni resemble seperti Suzhou kampung Nun ni. Pedagang-pedagang dari Suzhou sendiri dipanggil untuk berniaga di sini, dia orang pun cakap dialect Suzhou.... memang betul betul suasananya macam di kampung Nun tu.

"Kau gembira tak Nok? Eh.. Nun?"

Pastinya Nun tersenyum riang !

Jadi... apakah terjadi kepada Nun selepas itu? Dapat kah Emperor bersama sama dengan Nun selama lamanya???

Saksikan di Astro Maya..........

Hahahhaa..

Dah. Setakat tu je aku baca. Lain lain aku tak tau. 

Kalau beli tiket 20 Yuan tu tak boleh masuk sini. Kena additional 10 Yuan.  Kalau beli all in 50 Yuan macam aku tu boleh je nak jalan dalam ni.

Dari Suzhou Market Street ni, kena panjat bukit sebab ni kiranya belah belakang Summer Palace ni.

Memang terpongeh la kejap nak naik tinggi tinggi ni.

Tibetan Temple

Four Great Regions ( North Face ) 

Fragrant Hills dari Summer Palace

Tibetan Style Temple

Dinding

Kalau naik dari belah belakang ni sampai ke atas bukit akan sampai betul betul belakang pagoda Summer Palace ni... View lawa tapi memang pancit jugak la nak naik tangga.

Jambatan dari atas bukit.... Central Beijing dari kejauhan

Dari atas ni kena turun balik semula ke bawah then baru la sampai di kawasan taman Summer Palace ni.

Tempat ni memang besar gila. Memula aku rasa macam sejam cukup nak round sini, tapi .. bila tengok kawasan.. Fuh... memang rasa dodgy knee lah nak turun. Dan orang tersangat la ramai di kawasan ni.

Sebaiknya biarlah ada peta so tau mana nak tuju. Macam aku hari tu tak berpeta, so main jalan je ikut orang dan ikut kaki.

Langsung aku tak tau mana nak tuju.

Peta kena beli sendiri kat booth yang ada. Tapi sebab aku kedekut aku tak beli !

Ada tasik

Marble Boat.. Tak boleh bergerak pun.. just symbolic Classical Garden Cina 

Ada bot bot ni. Tak pasti boleh bergerak ke tidak

Long Corridor. Ada gambaran lukisan cerita, mitos dan lagenda Cina dulu dulu kala

728 meter panjang... Puas aku tunggu nak bagi clear tak de orang... 

Corridor ini di bina oleh maharaja untuk Bondanya sebab mak dia nak merayap time hujan, panas dan snow untuk tengok kawasan....

Sebenarnya ada banyak version tentang sejarah asal bangunan bangunan di Summer Palace ni. Ada juga versi mengatakan sewaktu itu, Emperor masih kecil lagi so semuanya di ambil alih oleh Bonda beliau dan Maharani ni la yang suka suka arahkan untuk bina itu ini. Siap ada satu bangunan di jadikan macam theater opera sebab Maharani ni suka tengok opera cina...

* hadiahkan Astro Wah Lai Toi kat mak dia.

Hall of Displeling Clouds.. hadiah Emperor kepada Bondanya.. Atas tu Tower of Buddhist Incense ( tempat ibadah). Aku tak naik atas pun sebab aku sampai tadi dari arah belakang tower tu.

Salah satu bangunan di Summer Palace - Hall of Joyful Longevity

Seventeen Arch Bridge and Kunming Lake

The unlucky stone.. Unlucky sebab tuan empunya nya tak dapat memindahkan stone sebesar ni hingga la jatuh muflis.. sehinggalah Emperor mengalihkannya ke Summer Palace

East Causeway

Hall of Virtue and Harmony

Pintu....

Bangunan dalam Summer Palace

Tower of Buddhist Incense di Summer Palace

Summer Palace

Paddle Bot

Tepi tepi tasik Kunming Lake

Summer Palace

Seventeen Arch Bridge - Looks like a rainbow arching over the water

Summer Palace

Bridge

Kouru Pavilion 

Bronze Ox - Diletakkan di tepi tasik Kunming sebagai petanda menghalang banjir daripada berlaku...

Agak jauh jugak la aku menapak. Dari belakang tower sana nuh, naik bukit dan turun dan sampai ke seventeen arch bridge ni.

Now.. nak kena patah balik.

Hari pun dah nak petang. Ingat memula nak tunggu sunset tapi macam tak banyak masa. Sekurang kurangnya aku berpuas hati dengan perjalanan hari ni.



Tak pernah ku sangka
Aku bisa merasakan cinta sejati
Dan tak pernah benar-benar mencintai
Manusia di bumi ini

Hingga apapun akan ku beri
Untuk kamu, kamu, kamu
Dan tak pernah aku meminta
Balasan semua, semua, semua

Tuhan pun tahu jikalau aku
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
Hingga maut datang menjemputku
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu

Hingga apapun akan ku beri
Untuk kamu, kamu, kamu
Dan tak pernah aku meminta
Balasan semua, semua, semua

Tuhan pun tahu jikalau aku
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
Hingga maut datang menjemputku
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu

Tuhan pun tahu jikalau aku
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
Hingga maut datang menjemputku
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu

(Tuhan pun tahu) Tuhan pun tahu (jikalau aku) jikalau aku
(mencintai dirimu) mencintaimu (tak musnah oleh waktu) tak musnah oleh waktu
(hingga maut) hingga maut (datang menjemputku) menjemputku
(ku tetap menunggu kamu di lain waktu) di lain waktu

So aku menapak patah balik ke station subway Beigongmen tadi......

bersambung.............