Pages

Sunday, June 30, 2013

Myanmar - Trip to Yangon

Actually hari tu aku ada trip ke Yangon, Myanmar.

Lama dah aku berkeinginan nak ke sana. Dah beli tiket pun. Tapi sebab aku busy banyak benda dengan hal kerja dan sebagainya, tak sempat nak buat preparation.

Tapi dalam tak sempat pun, masih bermasa aku usha apa yang patut. Entry ini mungkin sebagai panduan sesiapa yang mahu ke sana dan jugak bagi aku sendiri yang masih berhasrat tak padam untuk menjejakkan kaki di bumi Burma ini.

First, Itinerary.

Aku plan visit 4 hari 3 malam.

So apa yang ada dalam otak aku adalah untuk melawat tempat tempat berikut.

1. Inle Lake






2. Bagan





3. Yangon




Semua gambar adalah cilok-kan google. ( hands up )


Apa apa pun, travelling to Myanmar tidak lah semudah yang di sangka. Tidak macam kebanyakkan negara Asean yang lain.

Selain daripada memerlukan Visa, penggunaan wang USD dalam kebanyakkan urusan dan Credit Card tidak di terima pakai. Masalah paling utama, semua ground booking dan domestic arrangement kena go thru agent dan kalau nak buat sendiri pun kena berada dalam negara Myanmar tu sendiri baru boleh buat.

Agak leceh di situ plus aku tak ada banyak hari.

Jadi aku cuba engage dengan tour agent di sana, dan selepas berbalas balas pantun, ini info yang aku dapat.

1. Work out Itinerary. Ini aku yang plan dan dia orang cuma accommodate sahaja.


2. Hotel booking untuk semua tempat



Macam mahal gila aku rasa. Harga tu dalam USD !!! Mungkin hotel boleh je buat sendiri through online kot.

3. Domestic flight.


Part ni aku paling buntu.

Aku tak nak naik train sebab time consuming. Plus aku tak rasa kalau aku pegi sekarang dan aku akan repeat peat peat peat peat ( * tolak Salena Gomez jatuh gaung) few times lagi ke Myanmar ni, jadi aku nak hentak sekali gus tapi bila fikir balik, memang tak cukup masa untuk cover few places tu.

Tapi tengok tiket flight domestik for 3 tempat tu bapak mahal mengalahkan ticket flight aku ke Yangon sendiri. Maka aku jadi tawar hati dan dengan berbesar hati dan paru paru ( yang dah hitam kesan daripada merokok ), aku batalkan trip ni tanpa rasa bersalah !

"Sorry peminat peminat di Myanmar, I tak dapat ke sana untuk concert tahun ni. I cuba lagi nanti nanti. Harap semua peminat dapat bersabar"

* tikam diri sendiri dengan pensel 2B.

Nak pegi sekadar nak jalan di Yangon saja macam kurang menarik ler pulak.

Dan ini semua charges for services by agent yang quote aku ni.


Overall, agak menyedihkan lah jugak.

So aku fikir, aku terpaksa forgo dulu trip Myanmar ni sehingga aku betul betul ready dan banyak masa. Kang terkejar sana sini, tak syiok juga. Plus aku tak sempat nak buat Visa hari tu pun. Budget pun tak berapa nak ader untuk trip ni so aku let go je lah.

KIV dulu sehingga seru sampai semula.

Dan lagi satu, Air Asia memang tahik sikit untuk route ni. Kejap dia tukar flight pastu dia cancel, pastu keluar flight baru, retime lagi few times. Isk. Dari balik ahad pukul 4 petang jadi 8 malam pastu last sekali 8.30 pagi !

Lagi singkat masa aku di sana. Nak berak di Yangon pun entah entah tak sempat. Belum kira rupa paras tahik yang sememangnya tak berapa nak cantik kalau melabur di tempat orang ni.

* mute

So aku pun decided nak cancell dan sebab Air Asia retime few times, aku cakap aku nak refund !

"Pulangkan duit aku !!! Pulangkan !!!!!"

* macam tu nak marah.

Tak perlu macam tu. Kalau flight cancelled dan retime, isi je E Form dan claim balik flight ticket. Anyway, cost tiket aku tak de la mahal pun, cuma RM180 return. Aku pun lupa bila aku beli, tapi rasanya kena usha balik lepas lepas ni.

Aku cakap dengan OR.

"Yang. Saya tak jadi la pegi Yangon"
"Ha.. tu la. Kat sana kan bergolak. Nanti orang ingat awak tu Rohingya kang kena apa apa pulak"
"Eh... saya ni ada rupa Rohingya ke? tak de rupa Mediterranean ke saya ni? Saya kan dari Italy !!!!"

Toleh toleh, dia dah tak de. Malas layan la tu.

Hahahahaha.

Anyway, bagi yang berminat untuk ke Myanmar.. Nah. Ini prosedur untuk apply Visa. As of now memang tak de apply online mahupun VOA untuk tourist, so kena walk in kat embassy.

Refer ni sebagai panduan.

Ini alamat Myanmar Embassy :

Myanmar Embassy in Malaysia, Kuala Lumpur
No.8C, Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia
603-42516355

Waktu operasi :

09:30 - 12:30 tengahari untuk permohonan Visa.
04:00 - 05:00 petang untuk Collection


Stesen paling hampir adalah Ampang Park Line Putra LRT.

Terus ke Jalan Ampang. Menapak 10 minit lepas Kedutaan China, Perancis, Sepanyol dan Thailand. Lepas Victoria Station belok kanan dekat Lanson Place. Jalan 200 meter, bulatan pertama ambik kiri then sampai Kedutaan Myanmar. Kalau tak jumpa menjerit terlolong lolong mintak tolong ! Pasti ada orang tolong. Hahaha

Prosedur Visa: Terdapat banyak versi yang boleh didapati di internet, tetapi yang boleh digunakan dan diterima adalah ini: .Visa Myanmar Satu salinan mencukupi. Jangan lupa bawak booking flight ticket.

(1) Untuk Visa pelancong :  2 keping gambar bersaiz pasport (latar belakang putih) , 6 months pasport asal yang masih valid lagi. Satu salinan photostat pasport, dan flight booking. Visa valid 3 bulan. Budak budak sila bawak surat beranak.

(2) Charge:

Normal :  RM 80 (5 hari bekerja)
Express :  RM 150 (2 hari bekerja) . Permohonan diterima hanya pada waktu PAGI SAJA.

(3) Jangan lupa flight booking time balik nanti. Jangan one way je.  

(4) Lain-lain: Tak de kedai photostat kat area embassy tu.

Dah. Tu jer. Selamat melancong !

Boleh jugak try VISA ON LINE, tapi aku tak berapa pasti.

Korang cuba dulu pastu nanti bagitau aku. Hopefully dia orang cancel lah bervisa visa ni macam Japan. Mudah jadinya. Kan? Kan? Kan?

Apa apa pun, semua info ni maybe berubah from time to time and aku pun tak de buat thorough research sebab tak jadi pegi. So second opinion adalah advisable.

Kalau sesiapa berminat boleh refer ke blog blogger blogger yang pernah menjejakkan kaki ke Myanmar ni seperti Globetrotter.

Mingalabar !!!!

Saturday, June 29, 2013

Boracay - Bulabog Beach

Ini last part koleksi gambar gambar pantai di Boracay. 

Entry akan menyusul kemudian. Ini bukan janji manis, ini janji mulut manis....... !!!  

* tarik beg Aishah keluar pentas

Meh sini. Kali ni kita ke Bulabog Beach.

Bulabog Beach ini adalah the other side of White Beach. Tempat yang nak tengok sunrise tu.

Kawasan ni lebih berangin dan sesuai untuk kite boarding. Resort ada banyak jugak tapi pantai dia kurang menarik compared to White Beach. Agak rocky dan pantai dia kurang bersih serta air dia agak bergelora  (depends on monsoon kot). Anyway jaraknya tak de la jauh mana dari White Beach.

Baca ni dengan satu nafas.

This is the 2.5km long water sports beach of Boracay, and is located on the east side of the island. From November to April, Bulabog Beach is the kite boarding and windsurfing heart of Boracay. From May to October it is the water sports centre of Boracay. It is a 5 minute walk to D'Mall, 10 minutes to White Beach. There are some fantastic resorts and hotels that take advantage of this unique beach community. The beach is protected by an offshore reef. It is less developed and the Boracay hotels here are usually quieter than those on White Beach. 

Bulabog has earned the title: "Number One kite boarding beach in Asia."

Kalau ingin kan kedamaian dan berehat rehat, atau tunggu sunrise memang sesuai jugak la stay di kawasan Bulabog Beach ni tapi aktiviti lain tak de la banyak mana. Resort belah ni pun lebih murah daripada belah belah White Beach.

Apa apa pun, layan gambar gambar sekitar Bulabog Beach dan jangan lupa memasang angan angan untuk ke Boracay nanti !

* hulur tabung ayam katik kepada semua orang

#1

#2

#3 - Tengah beromen ni

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

#15

#16

#17

#18

#19

#20

#21

#22

#23



Kelap-kelip di tengah-tengah laut
Lampu perahu nelayan
Sembilan ribu bintang
Sempurna bentuk bulan
perhiasan malam

Batang-batang panjang pohon kelapa
Kerang-kerang di pasir putih
Diantara mereka kita duduk berdua
menyanyikan lagu cinta

Ya ok o.. asyiknya menikmati malam
Indah pantai indah laut suasana sunyi
Ya ok o.. asyiknya menghabiskan malam
Rindu aku rindu kamu jadi satu

Ketika tiba-tiba ombak di laut pasang
Cinta kita berdua juga pasang, sayang
Ketika tiba-tiba ombak di laut surut
Cinta kita berdua tetap… pasang

Asyiknya menikmati malam
Indahnya suasana sunyi
Asyiknya menghabiskan malam
Kita menyatu

Kelap-kelip di tengah-tengah laut
Lampu perahu nelayan
Sembilan ribu bintang
Sempurna bentuk bulan
perhiasan malam

Friday, June 28, 2013

Boracay - Diniwid Beach

Masih mencuba untuk create interest orang ke Boracay !

* gelak jahat.

Kali ni kita ke Diniwid Beach yang merupakan salah satu lagi pantai di Boracay.

Pantainya terletak di bahagian utara White Beach. Agak isolated dan tenang sikit. Terdapat few resort di sini. Bagi yang inginkan ketenangan dan kedamaian, jauh dari hiruk pikuk keriuhan White Beach, di sini la tempat yang paling sesuai untuk beristirehat !

Layan gambar suda.... aku dalam proses siapkan full entry. Kemalasan melantun lantun.

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

#15

#16

#17

#18

So, ada terasa nak pegi ke tak?

Best wooo, berehat rehat di bawah sinaran sang suria !



Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya

Cintaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya telah berjaya

Sinaran… mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

Masanya… bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia

Ikatan telah dijalinkan
Hatiku terima terbuka
Segala rasanya di jiwa
Kemesraan terjalin cinta

Oh… peliknya rasa
Pabila… dikau tiada
Bagai kenangan yang tiba
menuju cahaya sedang menyinar