Pages

Friday, November 30, 2012

Corat Coret Manila 13 : Travel to/from Manila

Ini entry terakhir corat coret Manila.

* baling duster ke arah students

Di sini aku nak bagitau, cemana nak travel dari Clark ke Manila dan balik ke Clark Airport kalau kita naik Air Asia dari LCCT. Moga moga sesapa yang mahu try ke Manila boleh la dapat panduan agar tak tersadai di mana mana. Lagi teruk kalau tak lepas balik.

Barang di ingat, dari Clark Airport ke Manila adalah satu jam lebih dan kadang kadang disebabkan jem yang berleluasa boleh cecah sampai 3 jam ! Jadi penjagaan masa adalah sangat penting.

Sebelum fly ke Clark Airport, aku tak expect macam ni punya complicated nak sampai ke Manila. Memang aku tau Clark Airport sendiri tidak terletak di Metro Manila tetapi di Angeles City kira kira 70KM dari Manila itu sendiri.

Lagi parah kalau naik flight last dari LCCT iaitu jam 7.50 malam dan akan sampai di Clark lebih kurang pukul 11.30 malam. Dah lewat tu. Tapi kalau nak stay kat Clark tak de masalah sebab Angeles City sendiri pun ada hotel dan kemudahan penginapan cuma fikir balik, kenapa nak duduk kat Clark tu? Tempat tu adalah tempat tinggalan tentera US dan sekarang jadi macam tempat hiburan dan main judi je. 

Lain lain rasanya macam tak menarik mana.

Dari LCCT duduk je dalam flight diam diam dan akhirnya akan sampai di Airport Clark selepas lebih kurang 3 jam setengah !


Lupa nak bagitau, masa aku kat LCCT ada mamat ni bawak beg penuh dengan lotion Mustajab ! 

Kau mampu??

Tapi tak lepas so dia kena pegi check in beg dia tu. Aku wonder kenapa dia bawak banyak banyak. Ada orang kampung nak try sapu krim mustajab untuk kurangkan lemak kah?

Ke dia nak balik berniaga?

Abaikan dia, paling penting kalau nak ke Clark, check dulu ada bus service dari Airport Clark ke Clark dan Manila.

Check ni. 

Boleh refer link ni untuk bus servis to Clark


Memula aku yakin bas ada bila aku sampai pukul 11.30 malam tu. So aku boleh terus ke Manila malam tu jugak. Tapi bila aku tengok balik aku jadi macam pening pening lalat. Aku sangsi pulak sebab aku ingat yang column last tu, depart from Pasay Terminal dan sampai di Clark Manila pukul 12.30 malam. Mana la tau kot ada flite malam malam buta ke.

Jadi aku cuak teramat. Berdoa dalam hati jangan la bila sampai kat airport memang tak de bas. Mana aku nak tuju sedangkan aku dah book hostel di Makati sana !

Anyway, pendek cerita lah, keluar dari balai ketibaan dekat satu area penuh dengan money changer tu akan ada satu counter dan dia tulis, 'Bus to Manila'

Hah !

Akan ada orang jaga kaunter tu so cepat cepat beli tiket kat situ.

Harga tiket? Ada beza kalau nak turun di Megamall dan Pasay Terminal. Macam aku hari tu, sebab budak hostel cakap turun kat Megamall so aku beli tiket Megamall 400 Peso. Tapi aku gi turun pulak dekat Pasay tu sebab awek cikgu sains aku jumpa dalam bas tu cakap area tu kurang selamat waktu malam. Tak de pulak drebar bas tu mintak lagi 50 Peso pun.

Masa beli tiket, dia akan ambik nama dan assign seat siap siap. Nanti dia bagi resit, keluar dari airport tu akan nampak bas ni.


Bersorak riang dan gembira la kita sebab niat suci murni mahu ke Manila akan tercapai. Insya Allah. Tak de la tersadai di sini lama lama.

Bas tu akan tunggu sampai semua orang keluar kot then kalau dah tak de tu baru dia gerak. Macam aku hari tu kata nak gerak 12.30 tapi pukul 1 lebih baru gerak sebenarnya.

Ini Clark Airport pada waktu malam.

Bas akan sampai SM Megamall dulu. Kalau nak turun situ ( kalau ambik bas waktu siang ) boleh la turun. Kalau terus ke Pasay Terminal Bus tu kena tambah lagi setengah jam ( depends on traffic ). So amat penting kena check hotel/hostel kat mana dan nak turun kat station mana.

Dari station tu ambik je teksi ke hotel masing masing. Ingat ! Cari teksi yang guna meter tak kisah la siang ke malam. Banyak teksi so boleh tanya tanya.

Suruh teksi hantar kat hotel. Selamat.

Now aku nak bagitau cemana pulak aku nak balik dari Makati ke Clark dengan naik bas yang sama.

Ini suasana di luar Tune Hotel Makati

Kalau tau route Jeepney boleh la naik Jeepney ke Megamall atau Pasay Terminal. Ingat, bas dari Pasay Terminal dulu then baru dia ke SM Megamall.


Tetapi sebagai langkah paling selamat aku ambik teksi je. Terus hantar ke SM Megamall.


Part ni tricky skit.

Macam aku hari tu flight balik pukul 3 petang. Ingat kalau naik bas pukul 12 dari SM Megamall ( 11.30 dari Pasay Terminal Bus) rasanya macam masih sempat.

Tapi masa aku sampai, ada pakcik cakap dah tak sempat. Dia kata kalau pukul 12 memang tak sempat nak naik flight pukul 3. Kena ambik bas pukul 9 pagi !

Hello Pakcik ! Kau dah kenapa?

Ini bus stop dekat SM Megamall

Bus stop terletak betul betul depan bangunan ni

Puas la pakcik ni bercerita dalil dalil kenapa aku tak akan sempat sampai Clark. Jem lah. Apa lah, tapi aku buat tak ambik pot. Hati aku kuat menyatakan masih sempat lagi nak naik next bus ke Clark ni.

Kebetulan lepas tu ada satu couple ni tunggu bas jugak. Flight time dia sama dengan aku. Ntah apa pakcik ni cakap, dia orang dah macam ketakutan jugak.

Last sekali pakcik ni datang kat aku dan buat deal, kalau setuju aku boleh sewa teksi shared dengan dia orang ke Clark nuh.

Hello Pakcik (Sekali lagi ). Kau ni dah kenaper ? kenaper ? kenaper?... * siap ada echo

Macam tu aku fikir sebab aku mati mati ingat Pakcik tu tunggu bus macam aku.

Rupa rupanya aku dapat tau dia bawak teksi !!!! So dia mencari passenger la nak hantar ke Clark Airport. Last sekali puas dia pujuk aku buat tak tau, aku sumbat telinga dengan iPod then dia blah.

Harga dia bagi sorang 800 Peso/RM60. Kalau naik bas dalam RM35.

Couple tu ingat ada bas pukul 11. So dia kata tunggu sampai bas pukul 11 pagi.

Kalau ikut jadual memang tak de la bas pukul 11 tu. Pukul 12 baru ada sampai di SM Megamall, then campur 2 jam ke Clark Airport. Paling paling kalau jem pun tambah lagi sejam so boleh sampai dalam pukul 3 petang.

Sempat lagi kot nak check in kalau flight pukul 3.30.

Tu aku punya congak lah. Aku kan suka je orang laung  laung nama aku kat airport !! Hahaha

Tapi since couple tu pun dah tak senang duduk. Pakcik tu pun puas memujuk, akhirnya aku setuju. Tak pe la bayar lebih sikit, janji confirm sampai ke Clark Airport sebelum waktu berlepas.

Kalau terlepas flight masak jugak la nanti.

Hebat jugak pakcik teksi ni berdrama gaya Abu Bakar Omar. Tapi muka tetap Abu Bakar Elah.

* taxi !

Eh. Teksi lain !


Pakcik teksi baju putih yang berdiri.

Tak payah cerita banyak la. Last sekali aku setuju je naik teksi dengan dia orang.

Kami chartered teksi pakcik tu bertiga dan dia drive terus sampai ke Clark Airport dengan selamatnya.

Layan je la gambar gambar ni.

SM Megamall

Beg aku dah obese

Bas sekolah

Salah satu tugu di Manila

Jalan raya di Manila

Tol

Mexico?

Angeles City di mana terletaknya Clark Airport

Salamat Po ( Terima kasih ). Ingat Po (Berhati hati)

Sepanjang jalan tu, pakcik teksi tu asyik berborak je.

Layan jugak la walaupun mula mula tu aku malas nak melayan dia sebab aku rasa dia berjaya con aku dengan couple tu naik teksi dia.

Sibuk la dia bertanya pasal Malaysia. Pastu asyik asyik kutuk Tun Mahathir. Pasal rasuah la, pasal kroni lah. Aku diam je malas nak melayan.

Motip kau kutuk kutuk negara aku, pemimpin negara kau ni baik sangat kah?

* campak duit monopoly kat Gloria Macapagal Arroyo

Couple berdua tu dok belakang pun layan layan macam tu je.

Dia orang actually sampai macam aku hari tu tapi dia orang overnight di Angeles City 2 malam. Last nite tu baru dia orang pegi Manila.

Tak tau la honeymoon ke apa, aku pun tak de borak banyak dengan dia orang, tapi dia orang cool jugak lah.

Sampai kat airport terus terpisah, aku pun tak nampak nampak dah dia orang lepas tu. Pakcik Teksi pun terus blah. Mesti dia girang sebab berjaya con kita orang.

Rezeki kau la pakcik, pada aku tersadai tak dapat naik flight balik ni.

Gunung Pinatubo dilitupi awan

Masih ada kesan letusan Pinatubo yang masih tersisa. Nampak jugak la beberapa bahagian yang terutama tanaman yang telah mati dan kawasan tandus.

Pakcik Teksi tu kata, lebuhraya yang baru di bina di sini, di ambil dari hasil lahar gunung berapi dan dan pasir pasir dari bekas Pinatubo tu.

Aku teringat jugak la zaman kecik kecik dulu waktu Pinatubo meletus, abis berdebu pegi sekolah hari hari. Siap conteng kereta cikgu dengan benda bukan bukan dari abu Pinatubo yang terbang sampai ke Semenanjung.

Niat di hati nak jugak tengok Pinatubo ni, nanti la Insya Allah kalau berkesempatan di lain masa.

Station minyak Petron ni berlambak kat Manila

Clark Airport

Kawasan Angeles City ni dulunya merupakan kawasan penempatan tentera US di Philippines so Clark Airport ni pun kiranya army punya airport untuk US based.

Masa gunung Pinatubo meletus abis bertempiaran la mereka lari balik US lalu kawasan ni baru baru ni di buka semula dan Clark Airport di masyurkan untuk few international route contohnya macam Air Asia dalam pada mempromosikan semula Clark ni.

Kalau di Angeles City sendiri adalah tempat tempat menarik terutamanya tinggalan US Military, tapi tak de la  hebat sangat. Cuma sekarang ni tempat ni dah jadi macam Free Trade Zone dan jugak tempat perjudian dan hiburan.

Pegi la berjudi di Clark !

* macam tu aku promo.

Boleh sewa flight ni untuk aerial view Pinatubo. Cost RM500 for 45 minit

Check In Area, Clark Airport

Duty Free. Airport tax 450 Peso/RM40

Masa tunggu nak boarding ni ada satu kes.

Aku nak merokok tapi kat airport ni tak de smoking room. Yang ada executive lounge which kena bayar lebih kurang RM60 siap dengan makan makan sekali.

Aku bukan nak makan pun. Lahabau betul.

Then aku tanya la satu guard ni.

"Any smoking room?"
"You want to smoke?"

Aku angguk.

Pastu dia bagi isyarat tangan suruh aku tunggu.

Tak lama lepas tu aku nampak dia pegi ke meja, rupa rupanya ada guard lain tengah tidur bawah meja. Dia orang borak kejap pastu guard tu datang kat aku.

"You want to smoke?"
"Yes"
"Follow me"

Wah. Macam nak gi merompak bank je.

Aku pun ikut la. Rupanya dia suruh aku hisap rokok ada kat bahagian belakang skit tapi still dalam bangunan airport. Dia siap bawak ashtray !!!

* pengsan.

"You have to give me something"

Tiba tiba ayat dia.

"What?"
"Hmmm money. Peso or Ringgit"

Aku syak dah mesti nak con aku mamat ni. Babi betul.

Aku diam je. Hisap rokok laju laju. Sedut hembus sedut hembus. Dia ada lah berdiri sebelah aku.

"How much you give?"

Macam tu la ayat dia, english tak berapa sangat.

"I dont have any Peso left"
"Ringgit?"

Dia tau duit ringgit tu.

"I am not giving you anything"

Terus terdiam. 

"Tips. Tips"

Masih mencuba.

"OK. 1 ringgit"
"No. No. No. OK. You stop"

Hahahahah. Dia angin dengan aku. Too late. Rokok aku dah nak abis. Aku buang je dalam botol ashtray dia tu then aku blah.

"Sir. Sir"

Dia panggil aku. Aku jalan semula masuk boarding room tadi. Guard yang memula aku tanya tu ada situ. Then aku dengar dia orang borak berdua. Aku buat bodo dan blah.

Hahahaha. 

Sedia untuk berlepas

Tak sabar nak balik 

DMIA - Clark Airport

Take off

Angeles City dari udara

Memula aku ingat ini la Pinatubo, tapi sebenarnya bukan

Pinatubo dalam gumpalan awan ni. Nampak tu kesan lahar

Membelah awan

Makan time

Approaching Kuantan

Banjaran Titiwangsa

Landing time

Senja

Terima kasih Air Asia

Sampai dah nak maghrib

Sampai LCCT adik aku ambik. Lambat pulak nak tunggu dia sebab dia baru abis kerja.

Eh. Ke OR yang ambik? Aku sendiri pun dah lupa. OR kot.

Hahahaha.

Oh. Budget? Aku abis dalam RM500.

Dah lah.

Advise aku kalau ada plan nak ke Manila hmmmm make sure habiskan tempat tempat lain dulu lah. Tak de apa pun di sana unless pegi sebab kerja etc. Kalau semata mata nak merayap dan explore, Manila itself memang nothing much to see. Tapi cuba ke Davao, Cebu, Coron, El Nido, Palawan atau ke Boracay. Sana mungkin lain dari apa yang terhidang di ibukota Tagalog ini.

Kalau dah terbeli tiket tu, pegi je lah. Dont expect much, just go and enjoy yourself................

Sekian. TAMATUN.

* padam papan hitam untuk pembelajaran seterusnya

Thursday, November 29, 2012

Corat Coret Manila 12 : People of Fillipino

Sebelum kita mengenali orangnya, baik la kita ambik tau pasal negaranya.

Interesting facts about Philippines.

Sebab aku rajin, aku cut and paste saja.

* gelak jahat
  • Philippines is an archipelago of more than 7,107 islands.
  • Luzon is the largest island in the archipelago.
  • The capital of Philippines is Manila and its national language is Filipino.
  • With a population of about 90 million people, the Philippines is the 12th most populous country in the world.
  • On the islands of Philippines, there are more than 200 volcanoes, though only a few are active.
  • The Philippine flag is the only flag in the world which is hoisted upside-down when the country is in war.
  • In the Tabon Cave Complex of Philippines, fossil evidence of Homo sapiens has been found. According to the studies, the area was inhabited around fifty thousand years ago.
  • The Philippines comprises the two thousand years old Rice Terraces of the Philippine Cordilleras. These are accredited as World Heritage Sites.
  • Ferdinand Magellan, the Portuguese explorer, was the first European to visit the Philippines.
  • Mount Apo, at an altitude of 2,954 m, in the island of Mindanao is the highest point in the Philippines.
  • About 80% people of the country’s total population are Roman Catholics.
  • The people of the Philippines are from different ethnic origins such as Malay, Chinese, Spanish, American, etc.
  • This nation was baptized the Philippines, after King Philip II of Spain.
  • Its capital city Manila was named after a white-flowered mangrove plant, the nilad.
  • The Philippines remain the colony of Spain from 1521 to 1898. Subsequently, it went into the hands of the USA.
  • It was the first Southeast Asian country to gain independence in 1946, following World War II.
  • The Philippines stretches onto the area of 115,830 square miles, which makes it equal to the size of Italy.
  • With more than 11 million Filipinos overseas, the Philippines has the largest diaspora networks in the world.
  • The Pacific Ocean is known to contain the deepest ocean trenches in the world. The Mindanao trench, which lies close to the Philippines, is six and a half miles deep.
  • The Philippines is regarded the “text capital of the world”. About 350 to 400 million SMS (Short Message Service) or text messages are sent daily by 35 million cell phone subscribers in the country, which is more than the total daily text messages sent in the U.S. and Europe, together.
  • However, the land area of the Philippines is about 1/30th of the U.S.; it has a coastline of 36,289 kilometers while the U.S. coastline is just 19,924 kilometers.
  • The karaoke was invented in the Philippines and not Japan. Karaoke means “singing without accompaniment” in Japanese was invented by Roberto del Rosario. The invention of “Sing-Along-System” was later called karaoke.
  • The “Conus Gloriamaris”, which the rarest and most expensive seashell in the world, is one of the 12,000 species of seashells found in the Philippines. And about 488 coral species, out of the 500 coral species known worldwide, are found in the archipelago.
Now korang tahu kenapa orang Philippines pandai menyanyi kan?

Wajah wajah Filipinos

Ini adegan aku nampak pada hari pertama di Makati.

Mamat ni nampak aku nak ambik gambar anjing dia.

Dan dia siap berhenti dan suruh anjing dia posing.

Ini pulak permandangan biasa di park park di Manila. Contohnya di Rizal Park. Akan ada sekumpulan anak anak muda yang berkumpul macam ni dan mereka menari, menyanyi dan macam ada group session.

Kalau berlatih tarian ke memang terang terangan.

Ini Gangnam Style - Style Fillipinio kot

Ini budak budak yang menari membuat persembahan untuk kita orang. Sporting !

Tanya kecoh kecoh bila tengok makcik ni cari kutu anak dia. Sebab anak dia menangis. Dia kata mak dia tengah torture anak dia. Padahal tak tau ke anak dia tu penuh dengan kutu?

Church memang banyak di Filipina. Merata rata. Besar besar gedabak lak tu. Selain dari tempat beribadah, memang church menjadi  tumpuan untuk acara perkahwinan

Suasana dalam church. Ada orang kawin jugak ni jadi aku tak boleh masuk

Sesi photography pengantin. Tengok tu Tanya sibuk. Dia sibuk nak pegi belek baju pengantin minah tu. Dia kata lawa.  

San Augustine Church

Ini budak budak remaja main skateboard dan berkumpul kumpul di jalanan

Jeepney - Pengangkutan utama di Manila

Pembawa beca di Intramuros.

Photo shoot.

Dari pemerhatian aku lah, orang orang Filipina terutama di Manila ni suka buat outdoor photo shoot. Memang bersepah sepah boleh nampak. Kadang kadang takde la acara penting mana, bukan sebab wedding ke apa tapi dia orang suka suka pakai baju lawa lawa dan ambik gambar kat taman dan tempat tempat yang menarik.

Ada sekali aku jumpa dekat Intramurous, aku tengok 3-4 orang awek awek ni pakai baju kembang kembang. 

"Why are you wearing like this?"

Sebab dia orang pakai gown gown tapi duduk kat tepi hutan.

Rupanya mereka ambik gambar. Katanya suka suka. Tapi memang lawa lawa belaka.

Senyum senyum dia orang bila aku puji. Eh aku ni bukan senang nak puji orang !

Ini statue National Hero Philippines. Kebanggaan rakyat Filipina. Jose Rizal

 Pasangan kekasih memadu asmara tepi sungai yang kotor dan dekat kawasan setinggan.  

Ini pulak kolaj orang orang yang sempat aku snap di Manila.

Sebab aku tak de keje dan aku bosan tunggu bas lama sangat !

Tengok ada yang cun cun tak?




Hahahaha. Banyak gila.

Aku main petik je. Hahaha. Ada yang macam perasan tapi aku buat bodo je. Aku kan segan nak ambik gambar orang ni sebenarnya.

Rupa dia orang macam rupa kita kita di Malaysia ni je. Nama pun ala ala serumpun. Eh. Ke tak serumpun?

Apa apa pun, layan idola rakyat Filipina ni.

Moymoy Palaboy !



Gila video clip dia di tonton sebanyak 21 juta !

Sah sah ramainya dari Phillipines ini sendiri. 

Early to bed and early to rise makes a person healthy, wealthy and wise. Agree? No?

Tapi kalau tengok awek awek Filipino ni kalau lawa tu memang lawa betul.

Putih, halus mulus je muka. Ke sebab makan babi banyak sangat? Opss...

Apa apa pun, aku pernah cakap nak bagitau sapa artis Malaysia yang meletup kat Philippines sekarang ni kan? Jawapan dia Carmen Soo. Aku pun tak tau yang mana stau. Baru je google. Tapi dia popular sebab berlakon dengan pelakon yang famous mamat Philippines tu. Apa nama ntah aku lupa. 

Pakcik Teksi tu beriya iya puji Carmen Soo cantik lah apa lah. 

Masalahnya masa tu aku pun tak kenal mana satu Carmen Soo ni. Dengar je lah dia bercerita.

Ini bukan Carmeen Soo. Ini awek kat billboard mana ntah aku saja snap masa on the way ke Clark Airport. Nak tengok Carmen Soo tu sila google sendiri.

Apa apa pun, Apa apa pun, bercerita pasal rakyat Filipina dan berpeluang bergaul mesra dengan mereka, aku terjumpa satu minah ni masa mula mula aku sampai di Clark Airport. Masa nak tunggu bas ke Manila aku hisap rokok kat luar bas sebelum bas bergerak.

"Lighter?"

Dia mintak dengan aku. Aku dengar dia sebut lighter dengan slang pekat gila. Aku syak mesti minah ni kawin dengan mat salleh sebab dia pun macam siap pakai topi besar. May be dia turun flight yang sama dengan aku dari KL.

Nak di jadikan cerita, masa dalam bas tu aku duduk kat seat belakang. Tapi bila bas dah masuk ke Manila. Macam bas berhenti kejap kejap berhenti, jadi aku cuak takut aku miss station Megamall tempat aku sepatutnya turun. Jadi aku ke depan duduk belakang seat driver.

Minah ni duduk kat kerusi sebelah aku. 

"Where are you from?"

Dia tanya aku.

"Malaysia"
"Oh.. very nice place. I want to go to Mount Kinabalu"
"OK"

Then kami berborak borak. 

Dia Filipino tapi keje di Thailand. Dah 3 tahun dia tak balik. Kiranya tu dia balik bercuti lah tu. Tapi dia tak duduk Manila. Dia duduk kat pulau lain, dia turun di Clark pastu ambik bas ke Manila tu dia nak ke Airport Manila untuk ambik flight balik ke kampung dia. Macam jauh lagi la tu nak sampai.

Pastu borak borak dengan dia aku tanya dia keje apa sebab suara dia husky gila. biasa je lah tapi suara minah ni husky gila. Sedap jugak la. So aku tanya dia keje penyanyi ke kat Thailand sebab kan banyak Filipino Band merata rata. Tengok dia pun macam trendy trendy sikit.

Tau dia jawab apa?

"No. I am a Science Teacher"

* rebah tepi penunu bunsen

Tekaan ku salah belaka. Pastu aku dok la layan borak dengan dia. Sepatutnya aku turun di SM Megamall tapi dia cakap situ tak berapa selamat malam malam macam tu so dia suruh aku turun kat Pasay Bus Terminal je. 

Bila sampai kat Pasay Bus Terminal tu, kami semua turun dan masing masing bawa haluan sendiri lah. Sebab aku nak terkencing aku pegi kencing dulu. Pastu keluar dari toilet, ramai la mamat mamat teksi yang dok approach aku, jadi aku macam dah tak ingat kat minah ni.

Sampai la aku dah naik teksi, tiba tiba ada orang tahan teksi tu. Drebar tu berhenti.

"Your friend?"

Dia tanya aku. Aku pandang kat luar. Tengok minah tu berlari lari ke arah teksi yang aku naik. Aku bukak tingkap.

"Have fun in Manila !! Take care"

Tu je dia nak cakap kat aku?

Terharu gila aku rasa. Pastu siap laga laga pipi lagi. Nasib aku dah shave kalau tak mesti dia menjerit pipi aku tajam tajam.

Serious aku rasa terharu ! Tapi. Aku lupa nak tanya nama dia. My bad. Dia buat kedatangan aku seperti di alu alukan.

Dan orang ke dua yang buat aku rasa orang Philippines ni baik adalah Grace.


Aku pegi travel mana mana aku tak jumpa lagi orang yang baik macam ni dan buat keje extra beyond her own duty. 

Aku nak hantar something kat dia, tapi aku tak tau nak bagi apa sebagai tanda terima kasih aku pada dia.

Thank you Phillipines. Thank you the people of Filipinos.

Salamat Po !