Pages

Saturday, June 30, 2012

Wayang Dan Kain Pelikat

Last week aku tengok movie. Ceritanya? Madagascar 3. Aku dengan Hero je. OR ikut tapi dia tak nak join, so dia pegi jalan jalan kat mall.

Yang kesiannya si Hero, dari pagi dia dok tanya aku jadi ke tak nak tengok wayang sebab aku konon konon janji dari malam sebelumnya. Kejap kejap dia tanya.

"Papa, Hero nak tanya ni, jadi tak kita pegi tengok wayang?"
"Nanti la Papa fikir"

Papa sebenarnya malas. Hari hari weekend suka pose pose kacak je di rumah. Malas nak keluar.

Sampai ke petang, sampai tertidur tidur budak tu mengharapkan nak pegi tengok wayang. Dia lupa Papa dia selalu sangat MMJM.

Dah petang baru la aku ajak dia keluar, tu pun tertidur tidur Hero. Kocoh kocoh dia bangun mandi sebab Papa tetiba tala hailer kat telinga dia buat pengumuman jadi tengok wayang.


Ceritanya OK lah jugak sebab aku memang follow Madagascar yang sebelum ni. Cuma yang tak bestnya, ramai ibu bapak bawak anak anak tengok wayang, then ibu bapak yang terlebih syok !

Kejap ada bunyi anak menangis lah.

Kejap ada anak sapa main main kat tangga dalam wayang lah. Kan gelap tu. Pastu ada yang tertonggeng sampai ke bawah.

Macam macam hal.

Apa yang penting, cerita tu agak menghiburkan. Masih ada di pawagam. Sila pegi tengok.

Dalam citer Madagascar 3 ada lagu ni.

Tetiba terkenang kisah lama .......................


Masa keluar Hero perasan something kot sebab aku pakai short kotak kotak, pastu dia tanya.....

"Papa ! Kenapa Papa keluar pakai kain pelikat?"

* pengsan

Friday, June 29, 2012

CANny ONg Yang Kecederaan

Bercerita pasal Canny Ong aku yang rosak tu. Hari ni aku berkesempatan lari sekejap pagi tadi pegi ke Pusat Servis Canon di Saujana Subang tu.

Ayuh !

Mari ikut sekali. Mana tau nanti nanti kamera korang rosak, boleh gi bekki di sini.

Aku tak de map. Tapi kalau nak pegi, tempat dia terletak di Saujana Subang. Ikut arah ke Subang Airport pastu ambik kiri arah ke Saujana KL. Masuk dalam tu akan jumpa Peremba Square. Nanti ada signboard Canon besar.

Hah tu lah dia.


Sampai sampai je, aku cuba cari parking untuk customer. Tak jumpa. Tapi jangan risau. Buat macam aku. Tanya pak guard kat situ.

"Bang, Tak de customer parking?"

Dia gelabah. Pastu dia carikan untuk aku. Yes. Boleh park depan building tu je. Parking agak merata tapi tak akan kena clamp kot sebab dia yang suruh.

Pastu masuk dalam pusat servis tu di bahagian lobby bangunan dengan muka mewah !

Kaunter Khidmat Pelanggan

Dah sampai, ambik la nombor. Macam aku pegi tadi tak de ramai orang. Tunggu tak sampai 5 minit then nombor di panggil.

Yang bestnya, aku bagi kamera aku kat dia then dia scan terus je.

Kalau rajin buh la nama sendiri

"Encik Meng... How can I help you?"

Terkujat jap aku.

"How do you know my name?"
"From the system"
"Owh.. I love technology"

Poweresss ! Pantas. Nama tu aku register masa warranty dulu kot.

Tapi kalau aku bukan tuan empunya kamera tu cemana???? Konfiden lebih je sebut nama orang.

Apa apa pun, aku pun cerita la kat dia kesedihan aku dan apa yang berlaku sambil menetes air mata duyung tap tap tap atas meja satu persatu dan dia mendengar dengan hiba.

OK. Semua tu aku tipu.

Aku cakap apa yang perlu dan tunjuk Canny Ong aku ni.

Canny Ong yang tercedera

Dia pun ambik details, serial number apa semua, pastu ketuk ketuk kat keyboard. Then pulangkan semua barang aku yang dia tak perlu.

Ni semua pulang balik

Pastu apa lagi uols !

Balik lah !

Motip nak berkhemah dan berlama lama di situ?

Dia kata dia akan call nanti untuk quote dan dia akan baiki dalam masa 7 hari bekerja. Tak pe lah. Aku tak de guna pakai Canny Ong buat masa terdekat ni nanti so biar la dia berehat di sini.

Nanti dia boleh berkerja lagi dengan gigih. Segigih tuannya ini.

Pastu aku pun blah dan pegi breakfast.

Tapi, yang menariknya aku suka rumah rumah kat area Saujana tu. Tempat tu memang la tempat mewah. Orang kaya kaya je. Yang miskin miskin macam Jehan Miskin memang tak boleh duduk sini aku rasa. Ini kan pulak aku yang 'papa' ni. Mama pun tak boleh kalau kawin dengan orang tak kaya.

Amaya Kondo - Aku pernah berangan nak beli rumah ni dulu. 
Tapi tak jadi. Now harga dia dah mahal gila. RM 800K

Serai Saujana - Banglo  ni memang menjadi idaman. 

The View - Serai Saujana. Ni pun menjadi igauan aku sampai sekarang jugak. 
Bila tengok je mesti menetes air mata kasih.  

Tau berapa harga banglo Saujana tu?? RM4 juta ! Kondo tu min RM1.5 juta !

Kao mampoooo????

*  rebah depan kedai pajak gadai dengan segenggam bulu ketiak bersalut emas di tangan !

Thursday, June 28, 2012

Gold Coast @ Sepang

Gambar gambar di Golden Palm Tree Iconic Resort & SPA.

Pergh nama tak boleh blah !




Tempat yang santai dan sesuai untuk berehat


Buggy yang selalu ada so tak perlu menapak jauh jauh

Sayang airnya tak biru.....

Bilik yang lawa dan bersih

Pool kecik dan tak berapa menarik

Suasana tenang, aman, damai, sentosa

Dan agak membosankan  sebab tak banyak aktiviti

Bilik memang OK, persekitaran so so

Privacy.. - sesuai untuk membuat anak

Tempat makan yang agak jauh dan mahal !

Dan banyak lalat !

Senja yang berlabuh

Sesuai untuk mencari kedamaian

Nice resort but not worth to stay !

Avoid unless nak feeling feeling berbaring sambil makan anggur macam Firaun.

Go Spain !

* mati la tetiba.....

Layan ni.... Hawt !

Wednesday, June 27, 2012

Dalam Taman Syahdu

Petang tadi balik dari opis aku terus nak pengsan. Tapi sebelum tu sebab batuk menggila aku telan dulu ubat batuk seround lagi.

Tau lepas tu apa jadi?

Aku pengsan !

Aku pengsan dari pukul 6 petang. Aku siap mimpi.

Aku mimpi aku berbaring sedang elok dalam bilik yang sangat cantik. Di luar suasana remang remang cahaya petang. Berbalam balam aku nampak Taj Mahal.

Pastu ada bunyi azan.

Aku yakin bunyi Azan datangnya dari arah Taj Mahal.

Aku terus je tidur. Sedap dan nyenyak. Gambaran dalam mimpi tu sebijik macam ni.









Grand tak mimpi aku?

Pastu aku terjaga.

Tengok tengok. Aku merengkok atas katil dengan seluar keje lagi.

Pengsan rupanya.

Bahana ubat batuk.Tapi syok gak la dapat mimpi 5-star macam tu. Siap dalam mimpi tu pekerja hotel semua jalan slow slow tak nak bagi aku terjaga. 5-star treatment nak suruh aku tidur nyenyak nyenyak.

Bangun je kepala weng. Rupa rupanya azan dari surau kat depan padang nuh !

Taj Mahal la konon.

Mimpi rupanya, baru nak feeling feeling berada dalam taman syahdu.



Oh... Oh...
Rintik hujan gerimis yang tiba
Mengiring retak kasih rindu ku
Amat dalam luka yang ku rasa
Oh... makin terpendam
Kian membakar ku

Perasaan ku terpinggir dan menyepi
Kehilangan mu amat menyakitkan
Di dalam jiwa ini
Masih tak mengerti
Aku rindu belaian kasih mu

Walaupun cinta kita
Ditakdirkan berpisah... oh
Di pintu syurga
Ku menanti mu... oh
Di pintu syurga
Ku menanti mu

Terpenjara kesepian meronta
Merintihi kegersangan
Tinggallah kekasih ku
Dalam taman syahdu
Ku melangkah penuh rasa pilu

Diselami erti cinta
Pastikan berjumpa... oh
Di sana cinta
Kekal selamanya...oh
Di sana cinta
Kekal selamanya

Terpenjara kesepian meronta
Merintihi kegersangan
Merintihi...
Kegersangan

Tuesday, June 26, 2012

Highlight Siem Reap

Ini pula highlight Siem Reap.

Overall, aku suka Siem Reap. Bandar dia tak besar. Mostly pelancong yang ramai. Kepadatan yang biasa. Tak jem. Boleh feeling feeling kayuh basikal keliling bandar.

Tapi ada juga beberapa hal berlaku yang agak tak best.

Perjalanan yang jauh dengan bas dari Phnom Penh. Kamera aku lak buat hal. Cuaca asyik hujan je. Argh ! Betul betul buat keriangan di Siem Reap terbantut.

Apa apa pun, mari lihat apa yang aku temui di sana.

Nasib baik hostel menyediakan free welcome drink sebaik saja sampai selepas 7 jam perjalanan ! Boleh jatuh peranakan !

Sekitar Pub Street di Siem Riep. Red Piano adalah cafe kegemaran Angelina Jolie melepak !

Cenderamata pun banyak. Macam macam rupa dan bentuk. Cuma tak best, semuanya in USD

Ada brani???

Merangkak bangun awal pagi untuk sunset di Angkor Wat

Suria yang tak mesra.  

Pagi yang hening dan pening

Campak lens dalam tasik * nanges *

Angkor Wat  - World Historical Site

Angkor Wat, Siem Reap

Tinggalan ancient Hindu

Angkor Wat

Damai

South Gate, Angkor Wat

My favourite place - Bayon 

Smiley

Temple of many faces

Bayon

Ruin Temple

Misi aksi Lara Croft





Tapi dek kerana cuaca hujan, misi Lara Croft bertukar menjadi Misi Lara Fabians. Feeling feeling je kat hostel

Pagoda

Angkor National Museum

Penerbangan pulang dengan tiket berharga RM60

Dan yang paling menarik, tentunya !

Peluang dapat bertemu dan beramas tetek dengan .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Beyonce !!!

Yang menariknya, bukan setakat Beyonce kami jumpa, siap dengan Destiny's Childs sekali. !!!


Apa? No? No? No? No? No?

I say, Yeah ! Yeah ! Yeah ! Yeah ! Yeas !

Kenapa??? Tak percaya???

Here you go !

"All the women who's independent throw your hands up at me............."

Hiks !

Ramas je tetek Beyonce tu, tak de yang larang.............

Aku tak puas hati sebenarnya sebab cuaca asyik hujan, dan kamera pulak tak syok pakai. So kalau di beri peluang, Siem Reap ni aku nak pegi lagi. 

Small town, tapi menarik. A must visit !