Pages

Thursday, May 31, 2012

Karena Ku Sanggup

Nak kena balik Italy.

Ada majlis kenduri minggu ni. Plan asal memang tak de ingat nak balik pun tapi Makcik Mona dah bising dan murka.

So terpaksa balik. Solo je. Last minit flight tiket macam beli rantai emas je.

Tapi tak pe. Demi Ella, Demi Moore dan demi meraikan majlis, dan agar tidak di cerca oleh ahli keluarga, masyarakat dan sanak saudara cik kebum cik kebum, 

aku kena buat buat sanggup.

Masa untuk beramah tamah !


Biarlah ku sentuhmu
Berikanku rasa itu
Pelukmu yang dulu
Pernah buatku 

Ku tak bisa paksamu
‘tuk tinggal disisiku
Walau kau yang selalu sakiti
Aku dengan perbuatanmu
Namun sudah kau pergilah
Jangan kau sesali

Karena ku sanggup walau ku tak mau
Berdiri sendiri tanpamu
Ku mau kau tak usah ragu
Tinggalkan aku
Huuu.. kalau memang harus begitu

Tak yakin ku kan mampu
Hapus rasa sakitku
Ku ‘kan selalu perjuangkan cinta kita
Namun apa salahku
Hingga ku tak layak dapatkan kesungguhanmu

Tak perlu kau buatku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup






Wednesday, May 30, 2012

Pantai Pantai Koh Samui

Entry ni adalah entry khas bagi menengok pantai pantai yang terdapat di Koh Samui.

Pulau yang agak besar dan merupakan pulau ke tiga terbesar di Thailand ni dan kecik sedikit je dari Singapore !

So banyak pantai sekeliling Koh Samui ni. Kalau pegi Samui pastinya tak tau nak pilih nak stay kat pantai mana sebab pantainya banyak. Pantai Chaweng dan Lamai adalah yang paling popular. Pantai Chaweng memang banyak disco dan kedai kedai. Memang kawasan paling happening. Pantai Lamai pulak banyak resort resort santai tapi kalau resort resort mewah pulak banyak di bina di kawasan kawasan secluded yang jauh dari hiruk pikuk manusia dan orang ramai.

Jadi, kalau ke Koh Samui, nak pilih pantai mana nak stay, kena tepuk dada dan tanya diri sendiri, apa motip utama mahu ke Samui.

Tepuk dada sekarang !

Dada ! Bukan buah dada !

Ha........ pastu baru boleh decide. 

Tapi kalau nak tengok pantai pantai sekeliling Koh Samui ni, meh sini aku bawak hasil dari penjelajahan aku sepanjang di Koh Samui ni menaiki motosikal. Mana tau kalau berkesempatan ke sana boleh tau kat mana yang OK nak stay atau pun tidak.

Sekeliling pulau ni jarak dia lebih kurang 50km. Pedih jugak la ponggong. Tapi sebab aku gigih. Let's uols.

Mari kita lihat pantai pantai yang terdapat di sini berpandukan peta ini.


Ayuh kita mulakan dari nombor 1 sampai seterusnya.

Sebab gambar banyak maka aku split 2. Nanti sambungan di entry nombor 2.

Dah siap sedia?

Ya. Ayuh kita mulakan

1. Chaweng.

Pantai Chaweng ni kiranya paling top la di Koh Samui. Di sini memang ramai orang. Banyak disco dan bar. Aktiviti beli belah. Banyak hotel hotel di pinggir laut pendek kata memang keseluruhan pantai tu semuanya ada resort la. Tak de kawasan bertenggek dan sebagainya. Nak bertenet pegi tempat lain.

Mostly kawasan pantai di sini adalah private beach. So kalau berani nak kena halau, pegi la pose pose bentang tikar dan bukak mangkuk picnic kau orang.

Kalau malam pun pantai Chaweng ni la paling happening.

Memang pening.








Pendek kata memang banyak aktiviti di kawasan ni.

Kalau duduk sini memang tak bosan. Tapi kalau yang mencari pantai yang lebih relaks dan nak bersantai sambil malu malu nak menunjukkan selulit masing masing.

No !

You dont belong here.

Pegi mandi kat tempat lain.

Tapi banyak jugak resort resort mewah terutama di belah Choeng Mon tu. Harga semua meletup letup, tapi private beach so kalau mampu ni la tempat paling best. Dan banyak jugak resort resort ala backpacking dan murah di kawasan ni. Kiranya sebab tempat tumpuan, semuanya campur campur lah.

2. Chaweng Noi.




Pantai Chaweng Noi ni lebih relax sikit la daripada Chaweng Beach. Kat kawasan ni kurang kedai kedai tapi ada jugak lah. Antara hotel yang famous di sini adalah Impiana hotel dan sebagainya.

Pantai dia agak tak berapa ramai orang macam di Chaweng.

Antara Chaweng dan Lamai, akan jumpa Elephant Rock ni.

Nampak?


Tu tertonggeng tu macam gajah.

Di kawasan ni walaupun berbatu batan tapi masih banyak resort yang ada macam Best Western dan hotel hotel private dan vila vila mewah. Kawasan bertanda nombor 3 ni lah tempat letaknya hotel aku stay tempoh hari.

Dari Chaweng menuju ke pantai Lamai, ada satu kawasan nama dia Leam Nan

4. Leam Nan.

Actually kawasan ni bukan pantai sangat tapi lebih kepada teluk.



Dan di sini lah letaknya Banyan Tree resort, Rennaisance Hotel  dan macam macam lagi lah. Nak masuk agak jauh ke dalam. Kalau tak de kenderaan payah jugak.

Apa apa pun kawasan ni lebih sunyi dan lebih relaks.

5. Lamai

Lamai merupakan pantai ke dua terhangat di Koh Samui.

Ada kedai kedai dan bar, pantai yang luas dan cantik cuma sebab dah pack dengan hotel, resort dan sebagainya.

Kawasan ni ada Le Meridien dan macam macam lagi. Kat sini ada public beach so kalau stay kat hotel tak de beach, boleh la pegi menumpah kasih mandi kat sini.

Tapi pastikan selulit tu kurang kalau tak nak malu.





Dekat Pantai Lamai ni menuju ke arah selatan terdapat kawasan berbatu batu yang terkenal.

Sebab terkenal?



Sebab batu tu ada bentuk lucah sikit.

Ada yang Atuk punya. Dan ada yang Nenek punya.

Kawasan ni nama dia Hin Ta Hin Yai.

Dan lepas kawasan ni ada perkampungan Melayu yang didiami oleh masyarat Islam. Rata rata mereka adalah nelayan.

Ni pantai kat area Hua Thanon tersebut.


6. Haad Natien.

Kawasan ni dah tak busy. Cuma ada resort resort terpencil. Ada jugak aquarium dan zoo di kawasan pantai ni.

Ni pantai di kawasan Haad Natien tersebut.



7. Pantai Bang Kao.

Bang bukan Kakak !

Kawasan ni dah start banyak pokok pokok kelapa. Ada beberapa resort di sini. Kawasan air dia tak beraap menarik sebab banyak batu batu dan kalau time surut memang jauh gila nak sampai ke gigi air.

Apa apa pun tempat ni relaks dan sangat menenangkan.

Ada je pelancung kat mana mana kawasan pulau ni so tak kisah sangat.

Tapi kawasan ni banyak aktiviti ATV dan sebagainya.



8. Pantai Tong Tanote.

Lebih kepada kawasan berbatu. Tak berapa menarik sangat. 

Kawasan ni belum dicomercialize sangat dan banyak jugak kawasan penduduk setempat di sini.

Tapi aku jumpa pokok kelapa yang menarik ni.



9. Phang Ka.

Tapi kat kawasan ni ada Conrad Private Villa !

Salah satu resort mewah dengan private pool overlooking laut lepas. Resort tu memang cun gila la tapi sayangnya jauh dari hiruk pikuk manusia. Kalau honeymoon boleh la, tak pegi mana mana.



Di bahagian Phang Ka yang satu lagi tu ada banyak resort. 

Kawasan masih berbatu batu tapi sebab overlooking sunset kira menarik jugak la kawasan ni. Agak private tapi sangat la jauh dari keriangan.

Kalau macam ni jalan pegi tempat out of nowhere macam ni cemana ya?

Apa apa pun, layan pantai di sini.



Tapi banyak jugak resort resort mewah di kawasan ni.

10.  Taling Ngam.

Kawasan ni pantai dia tak lawa mana. Resort dia mixed. Ada chalet and backpacker style dan ada jugak international resort macam Intercontinental dan lain lain.

Bahagian yang pantai lawa tu memang lawa resort dia, yang lan biasa biasa je.




Dan dekat kawasan ni aku jumpa tasik dengan bunga teratai yang banyak.

Sila layan. Ambik mood.



Dan akhirnya sampai ke kawasan no 11.

Kawasan 11 ni merupakan kawasan terminal ferry untuk Ferry Raja balik ke Surat Thani. Ada juga kawasan Navy tentera dan perkampungan nelayan.

Nama kawaan ni Tong Yang.

Bukan Tom Yam !




12. Nathon

Ya. Ini merupakan kawasan administration untuk Koh Samui ni.

Kat sini banyak diduduki oleh penduduk setempat. Kiranya macam bandar lah tapi bukan pilihan pelancong. Pejabat pejabat kerajaan. Jetty ke Donsak semua kat sini.

Kiranya bukan kawasan komersial sangat tapi ada je resort di kawasan ni.




13. Haad Ka Ki.

Kenapa bukan tangan?

Jangan tanya aku.

Kawasan ni adalah kawasan paling best untuk view sunset. Kiranya sepanjang pantai ni memang nampak sunset terus dan sangat indah kalau cuaca menarik. Kawasan ni agak berbatu batu tapi ada la pantai sikit sikit. 

Four Season hotel ada kat area ni lain lain resort biasa biasa je.


14. Haad Bang Por

Kawasan banyak batu batu. Tak berapa menarik. Mostly resort pun yang jenis atas bukit overlooking sunset. Tapi dari sini memang nampak clear Koh Phangan, satu lagi pulau yang terdapat di Teluk Thailand ini.


15. Mae Nam

Ini pantai yang lawa. Tapi pantai dia tak berapa landai sangat dan masih sesuai untuk mandi manda. Still boleh view sunset di kawasan ni dan resort dia kira mix la yang mahal dengan tak mahal.

Di kawasan ni jugak banyak seafood restaurant di bina mengadap laut bagi yang nak makan makan sambil feeling feeling tengok sunset.




16. Bophut 

Kawasan ni terkenal sebab ada Fisherman Village di mana restoran restoran seafood dan segala jenis macam makanan di jual. Restoran dia pulak banyak dari yang high standard sampai la yang cikai cikai. Memang kawasan ni kawasan untuk makan makan.



17. Kawasan di mana terletaknya Big Budha. 

Kawasan ni nama dia Bang Rak pun banyak restoran tepi tepi pantai. Tapi bahagian ni restoran kurang standard skit kot. Tapi rasanya still mahal ler.

Ada jugak resort di kawasan ni.




Maka.. 

Buat la pilihan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Koh Samui.

Apa apa pun kawasan belah timur adalah lebih popular dan happening dan lebih banyak choice untuk penginapan dan hiburan.

OK !

Dah abis travel 50km !

Selamat bersantai ke Samui !