Pages

Tuesday, May 31, 2011

Hari Sukan Sedunia

Lepas solat asar tadi, aku, IG dan beberapa staff memulakan aktiviti kesukanan kami. Ya lah, sekarang ni macam macam dengar orang sakit. Manager opis aku yang kami selalu kutuk tu, kena serangan jantung hari tu. Now dia bakal ambik alih tugas aku di site sebab dia tak mahu keje yang terpaksa dia berjumpa CEO aku. Nanti CEO aku yang garang tu marah dia, kang kena serangan jantung lagi.

Pastu Nenek Wok customer aku pun masuk spital.

Then ada la orang lain kat site tu yang kami kenal di datangi macam macam penyakit. Seram sejuk di buatnya.

IG citer, jumaat lepas jiran dia meninggal kena jantung jugak.

So sekarang senang je orang nak sakit. Lagi lagi la kami perokok tegar ni.

Jadi bagi mengambil langkah langkah menyihatkan badan, kami kini bersukan !

Yey !

Nak gi gym, kena request kunci pulak. Tak pe, tu akan datang. Tapi petang petang lepas ni plan nak main ping pong. Dan hari ni kami dah start. Bukan lama pun, main 3 games sorang dah berpeluh peluh tu OK lah. Janji peluh mengalir keluar dan kami agar cergas sikit.

Pastikan aktiviti kesukanan ini tidak MMJM.

Lepas peluh peluh bersukan, balik rumah beli nasik lemak tepi jalan dan melantak dengan riang !

* pengsan

How??


Monday, May 30, 2011

Hanyut



Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut







Sunday, May 22, 2011

Makcik Mona VS Tyra Bank

Layankan gambar gambar bunga bungaan yang aku capap depan rumah Makcik Mona. Moga moga dapat hilangkan stress yang ada.

"Buat apa tu terhendap hendap tu?"

Aku toleh. Makcik Mona tanya aku. Belum sempat aku jawab dia sambung.

"Laaa.. pada ambik gambar bunga tu baik la ambik gambar mak ni"

Ya. Mak aku adalah jelmaan Tyra Bank ! Suka pose pose American Next Top Model !









Saturday, May 21, 2011

Projek Terbang Terbang

Aku dengan OR ke KL dan kami ke destinasi yang kami memang nak pegi !

Mana tau?

Plaza GM !

Aku ni kalau dah kemarukkan susah sikit. Nak mengumpul model kapal terbang tu, so atas nasihat kawan kawan, aku dah tahu mana nak cari dengan murah.

Plaza GM terletak di Lorong Haji Taib. Tu tempat warehouse dan barang barang dari China yang di jual secara pukal.

Banyak gila. Apa kau orang nak. Spek mata, tudung, hand beg, semua la yang kita tengok di jual kat uptown, downtown, pasal malam semuanya ada kat situ. Tapi kena beli secara pukal jugak la, setakat nak beli satu dua macam tak berbaloi !

So aku carik apa?

Yezza. Ini dia si jali jali !!!!!!!!!!












Jangan marah aaa. Dengan sekelip mata aku terus ada koleksi airplane model !

Murah uols. Kalau beli satu memang la mahal. Beli 12 dapat harga RM 10 satu !!

* koma.

Hari tu aku nampak orang jual kat pasar malam tu, RM18. Masa kat Jeram tu dia jual RM15 ! Now?? See? Abang dapat beli kapal terbang dengan harga RM 10 !

* pimpin tangan Sultan Brunei pegi Plaza GM.

"Pilih Tuanku, Tuanku nak kapal terbang mana !"

Friday, May 20, 2011

Melawat Pesakit

Customer aku masuk hospital sebab sakit tulang.

Tu yang kami nak pegi melawat kononnya, aku tanya member aku.

"Kita bawak bunga la beb?"
"Apa pulak. Dia kan sakit tulang, kita belikan lah susu Anlene"

Bantai gelak lak jadinya.

Aku pun tak tau, kalau nak pegi melawat orang nak bawak apa. Kalau pompuan buleh la bawak bunga, kalau jantan? Pakcik pulak tu?


Saturday, May 14, 2011

Permisi !

aku pergi membawa diri dengan beg aishah
mencari ketenangan abadi yang bisa memberi seribu erti

aku pergi tak lama
sampai masa kembali jua (passport pun nak kena renew beb)

anggap saja pemergian aku ini untuk mengubati hati yang lara croft.

by the time post ni keluar, aku dah berada di tanah orang. Insya Allah. Doakan semuanya baik baik saja dan aku selamat pulang.

Korang jaga diri dan dara baik baik macam biasa. Nanti aku pulang bawak badan.

Permisi... !


Thursday, May 12, 2011

Mangga

Dulu dulu masa sekolah pernah tak belajar perkataan banyak makna?

Contohnya adalah, mereka !

Contoh ayat. Mereka sedang mereka sebuah model kapal terbang untuk diberikan kepada Superman !

Hah ! Pernah?

Bagi contoh lain ! Cepat !!!

Aku ada satu lagi contoh iaitu, mangga !

Ya. Bercakap pasal mangga mesti pantas ke objek yang masuk dalam kepala otak kita. Paling mudah, paling dekat dengan kita adalah, buah mangga !

Aku just nak cakap, aku kemaruk buah mangga.

Sekarang ni, buah mangga dan buah durian bersepah sepah di jalanan orang jual. Tapi aku masih belum merasa lagi makan durian. Tak kisah la orang kata kucing tidur ke, kucing berak ke, king musang ker, king kong ke. Tidak ! Aku masih belum teringin untuk menjamah dan membusukkan mulut sendiri.

Tapi bila tengok orang jual mangga, ting ! Aku terus terkesimarama dan bila dapat makan terus jadi gembiraloka.

Sedap betul buah mangga ni.

Setiap kali pasar malam, aku akan pegi beli. Setiap kali pegi beli mesti pasar malam. Sekali makan biasalah 4 bijik terus habis. Kadang kadang 8 bijik kalau yang kecik tu. Jenuh jugak nak kopek dia tu.

Kelmarin, aku pesan OR belikan buah mangga. Kami dah belasah makan sama sama malamnya. Dan petang tadi aku singgah pasar malam dan beli mangga lagi. Dan malam ni belasah lagi tanpa pedoman.

Pendek kata, buah mangga adalah buah kegemaran saya.


Cerita pasal pokok mangga, mesti masing masing ada nostalgia tersendiri. Ada?

Aku ada. Dulu masa mula mula pindah rumah, ayah aku dapat anak pokok mangga epal dari sapa ntah. Tapi pokok tu berasal dari pulau. So dari kecik di tanam di depan rumah, sampai rumah aku renovate then mak aku alih pokok tu seberang jalan tapi depan rumah aku juga. Pokok tu cepat membesar. Daun dia merimbun. Tak besar sangat dan tak de lah kecik. Cukup untuk lepak lepak kat bawah tu. Aku dengan adik aku siap bina bangsal kat bawah so boleh makan tengahari ramai ramai sambil di pupuk angin sepoi sepoi bahasa Tamil. Petang petang pun orang orang kampung datang bertenggek di situ untuk sesi gossipan.

Kiranya pokok tu memang manjadi bualan orang kampung sebab buahnya lebat. Aku lak siap buat para kat atas pokok tu. Time kesunyian dan bosan, saja panjang dan lepak atas pokok tu sambil main rekorder.

Kau orang hidup ke zaman zaman rekorder ni?

Tengah main main, kang mak aku jerit.

"Tebeng la tiup mende tu, keluor ulor kekgi"

Biasalah, aku ni kan orang Italy, so Makcik Mona cakap Italy lah.

Pokok mangga tu jugak lah pernah menjadi saksi banyak kejadian.

Ada sekali, adik aku kena ikat kat situ sebab pokok tu banyak kerengga juga. Meraung raung adik aku dan aku yang bersekongkol dengan dia tak dapat membantu apa.

Bawah pokok tu banyak aku tanam harta harta mainan masa kecik seperti guli, getah pemadam, gambar, tali getah dan sebagainya sebab aku adalah juara kampung dulu dulu. Bila dah banyak sangat dan musim main dah habis, takut nak simpan dalam rumah nanti mak aku jumpa dia buang, so aku tanam.

Sampai la satu hari, dah bertahun tahun pokok mangga tu masih ranum berbuah tapi majlis daerah datang kata nak besarkan parit jadi pokok tu harus di tebang.


Menangis la aku ni sedih kerana kehilangan pokok mangga yang banyak berbakti pada keluarga. Tapi lebih sedih sebab harta karun aku yang aku tanam dalam tu semua hilang tak jumpa. Mana taknya, dia kaut pakai jentolak, sekali kaut, sah sah dah hilang naik atas lori.

* menulis dengan mata berkaca.

Eh. Panjang lak citer pasal mangga.

So, ada lagi maksud mangga yang ke dua adalah. Mangga grill. Betul?

Aku nak cakap, mangga gril rumah aku tu rosak. Dah jem. Maklum la aku beli kan pasar malam je dulu. Tapi lama jugak dia tahan. Jenama pun bukan la Solex tapi Colex ! Hahaha. Ntah apa jadi, tetiba aku nak kunci tak boleh. Mesti dah jem. So aku dah beli yang baru kelmarin. Kini mangga rumah lebih besar dan nampak lebih jelita.

Jenama apa pun tak tau.


Dan yang ketiga, pastinya ingat mangga, ingat la majalah mangga !

Kau orang suka baca?

Aku tak pernah lah beli, tapi dulu dulu adalah pernah baca.

Memula seronok jugak la baca tapi lama lama aku rasa majalah tu macam mengarut gila. Ada sekali letak gambar Zila Bakarin pose pose tepi kolam dengan tajuk besar.

'Zila tak mahu seksi lagi'

Babik !

Tak mahu seksi tapi tetek tersembul.

Ya. Aku suka la jugak tengok tetek tetek ni semua. Tapi macam mengarut la jadi isi kandungannya. Asal ada gambar budak lelaki, mesti bukak baju pose tepi kolam.

Kecewa la aku macam ni sebab aku tahu aku tak mampu berposing sedemikian dengan membuka baju !!

* nanges tepi kolam.

So itulah, 3 maksud dari perkataan mangga yang kita belajar hari ini.

Dah ! Apa lagi, pegi la mangga basikal bawah pokok mangga dan duduk sambil membaca majalah mangga.

Wednesday, May 11, 2011

Ring ! Ring ! Ringtone

Hari tu aku dengan staff sorang singgah solat kat masjid. Sempat la sebab baru lepas azan so kami pun ikut la imam surau tu sekali. Surau ke masjid ek? Surau kot.

So tengah solat tu, masa sujud, tetiba hp Imam tu bunyik !

Lagu Cindai uols !!

Senak la perut aku tahan nak gelak. Dah lah tu. Polyphonic lak dah.

Aiyo. Imam ni betul lah, suka kacau concentrasi. Pulak tu lama lak berulang ulang. Orang yang call tu tak tau ke dia call Imam, sah sah tak angkat time time macam tu mesti lah Imam tu tengah mengimam kan solat kan?

Pakcik Tough dulu pun ring tone dia ntah hapa hapa.

Lagu Gambus Jodoh !

'pukul la tabuh. pukul la tabuh pukul rebana.....'

Macam tu. Sewel. Klasik betul. Tapi ya lah, orang orang sezaman gitu mesti la lagu lagu nya pun ala ala klasik FM.

So korang bila nak tukar ring tone kepada lagu Pulau Pisang atau Sayang Musalmah??

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu

Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu ibu yang membaca blog ni.

Sapa sapa la yang rasa dia ibu, tak kira lah ibu betul ke, ibu tiri ke,  ibu pejabat ke, atau pun ibu sawat.



Happy mother's day !

Pagi tadi aku dah arrangekan something untuk Mak aku.

Aku nak suprisekan dia, tapi aku tak de member kat kampung halaman. Jadi aku mintak tolong kawan adik aku.

Aku bank in duit kat kawan adik aku tu dan suruh dia belikan cake untuk hari ibu dan sepasang kain and deliver ke rumah mak aku.

Hadiah dari aku untuk ke dua dua ibu yang beraja di hati aku.

Anyway, mak aku happy. Lepas tu dia called aku cakap dia dah terima. Berbunga bunga jiwa dia.

"Mak suka tak kain tu?"
"Suka lah dah orang bagi"
"Jangan lupa makan cake tu"
"Ya la nanti mak makan"
"OK. Selamat hari ibu mak, terima kasih banyak banyak"
"Terima kasih la. Sama sama juga"

Kong ! Kong ! Kong !

Mak aku masih batuk rupanya. Tak leh cakap lama lama. Borak borak lebih kurang dengan mak aku then aku letak phone, terus terbongkang tanpa pedoman !

Untuk Makcik Mona, engkaulah ratu hati ku.

Untuk yang lain lain, semoga menjadi ibu/umi/mama/mommy yang baik untuk anak anak kalian.

Terima kasih Cover - Umi

Friday, May 6, 2011

Chicken Chop KFC

Dah tengok iklan Chicken Chop KFC tu?

Hmmm..

Aku makan dengan OR; Orang Rumah bukan Original Recipe, kol 12 malam. Saja la masing masing kelaparan. Konon konon memula nak share. Tapi bila tengok ayam tu, ayoo. Kecik gila.

Sudahnya order satu sorang.


Verdict?

Dalam iklan harus la nampak meriah dan inzal. Tapi bila depan mata. 

Sedih !

Ayam dia macam biasa. Tak lawa macam model. Kelangsingan tubuh ada, tapi tak menarik. Tak boleh jadi Miss Universe, Miss Congeniality je ok kot.

Ayam OR KFC. Sedap lah tapi mushroom sauce dia agak tidak inzal. Sudahnya kami belasah makan dengan Chili Thai sauce tu je. Baru la rasa sedap skit. Disediakan dengan jagung rebus dan kepingan ubi kentang dan air mountain dew.

Harga dia RM9.90.

Pendek kata boleh try la tapi macam tak berapa inzal. Bak kata pepatah Jepun.

'Makan sekali.......... pastu terfikir, kenapa aku makan benda ni?'

Note untuk pihak KFC : akan datang sila ajak saya food testing untuk penulisan yang lebih meruntun perasaan...

Wednesday, May 4, 2011

Berjimbaran Bersama Kawan Kawan

Hari tu ada aktiviti berjimbaran bersama GBS !

Ya. Destinasi kami Seoul Garden. No No No ! Bukan kat Korea !!! Nama lama dia dulu adalah Seoul Bulgogi ! Tau tak? Dekat Plaza Rakyat tu lah.

Ini second time aku ke sana. First time dulu dengan GBS jugak masa bukak puasa. Lama dah.

Sebab aku bukan lah peminat sangat bebenda steamboat ni, tapi CP kata dia nak belanja sempena Orang Rumah dia tak de pegi outstation, kebetulan pulak dia cuti esoknya. Aku pun free.

Apa lagi?

Kerahan tenaga terus di lakukan.

Dan satu je bebudak GBS ni. Kalau buat plan, awal awal memang tak menjadi. Ada je alasan last minute. Tapi kalau macam ni, CP bagitau semalam nak makan bla bla bla. Semua bagi kata putus, terus jadi !

Kan kadang kadang bebenda ad hoc ni lebih menjadi daripada apa yang kita rancang rancang sangat.

Aku lepak kat rumah je kelmarin, MH dengan CP datang ambik aku. CP ambik MH dulu sebab dia nak bermalam di rumah MH semalam.

Jadi, semalam aku di datangi oleh supir berkereta mewah ! Selalu naik kereta MH je. Tak berapa mewah.

* mati la MH cerca aku nih kang !

Hehehe. Dia orang ambik aku terus kami membelah lalu lintas.

Eh. Pegi kedai dulu, aku beli mentol lampu sebab mentol lampu aku terbakar. Supir hantarkan ke kedai 99 !

Pastu baru kami ke tempat kejadian.

Nasib tak jem. Sampai ke IH dan BW dan sinsing lengan. Dah siap bakar membakar, apa benda dia godam atas dapur tu pun aku tak tahu.

Aku sampai sampai je, ambik pinggan, ambik sos. Terus makan !

Tak tahu la sapa bakar untuk sapa. Abang kan malas nak bakar bakar ni, aku tahu makan je. Yummy uols ! Ada ketam, udang, ikan, kambing, daging dan macam macam la segala mak nenek fish ball ball ball..

Siap dia orang ni buat mee kari la mee udang la. Aku dok makan wan tan goreng dengan ayam je dah kenyang.

Seruious aku kenyang. Tak tau kenapa. Padahal semalam aku makan maggie goreng je siangnya kat site sana.

So, mari kongsi gambar gambaran ini.








Hah. Masing masing ada je tabiat bila dah berkumpul macam ni.

IH tak henti henti melantak. Dari sejak mula aku sampai, dia dok bakar, makan mee kari, pastu makan apa benda ntah siap ber set set bagai. Ada salad, dessert last last tu, orang dah abis makan pun dia still makan lagi.

Motip la mamat ni kelaparan tahap naga !

Dia paling banyak makan aku rasa.

CP?

Dia kalau datang memang tak diam lah. Dok bakar itu, bakar ini, menjadi suri rumah tangga pulak dia dengan BW. Aku ni tukang makan je. Orang angkat, aku sapu. Pastu pindah pindah kejap duduk sebelah IH, kejap duduk sebelah MH.

Hiks. Sebab lambat nak tunggu satu satu tu siap di bakar. Aku malas nak masak masak tu semua.

BW?

Macam biasa. Dia lah pelopor pemakanan sejagat.

"Makan ni. Sedap ni. Sedap ni"

Pastu hambik, dia curah atas pinggan orang suruh makan. Padahal dia yang cakap sedap. Pastu orang dah abis makan, dia sibuk dok bakar lagi.

"Sapa nak makan kambing banyak banyak ni?"

Aku tanya dia.

"Akak lah"
"Banyak ni"
"Tak pe. Manis. Akak suka. Yang penting kita tak membazir kan?"

Ya lah tu. Tak membazir la sangat.

Tak sampai 5 minit, keluar ayat dia.

"Eii.. Tak leh makan la kambing ni banyak banyak. Pening !"

Pening pulak. Tadik masa tak nak membazir punya la tak ingat pening. Pastu mula la makan dengan memaksa. Malas je. Last last orang tak perasan, dia pegi campak kambing kambing tu dalam pinggan si CP ! Merasa la CP dengan MH tukang habiskan.

Masa tu IH konon konon penutup dengan salad. 

Tapi chop !!

Sebelum nak balik tu, sempat lagi.

"Eh. Eh. Aku tak makan satu set lagi"
"Set apa?"
"Aiskerim laaa"

Kann? Tetap nak kena abiskan semua makanan di situ.

Dan sorang lagi kawan abang tu. MH ! Senang je. Makan makan, pastu ilang. Pastu datang balik. Pastu ilang.

"Kau ke mana MH?"
"Berak !!"

Kannn ! Slogan MH apa??? Kita berak saja berulang kali, di mana mana kita berada !

Begitu.

Tapi budak budak ni memang sewel. Aku kekenyangan dan tak makan banyak. Lepas tu si BW dah bayar bil ni siap nak kopi lagi. Tercongok la sampai kedai tu nak tutup. Lepas keluar tu ingat nak blah dah.

"Jom kita pegi melepak?"

Ada je idea bebudak ni.

"Kat mana?"

Carik spot menarik dan kami lepak dengan Oldtown Coffee. Sebab nak riuh rendah paksa adik tu bukak meja kat luar ! Tak de orang kacau kami.

Dan dalam kedai Seoul Garden tu nak bercerita tak best sebab tak comfortable, tapi masa kat Oldtown, habis semua bersilat bercerita. CP dengan kisah kisah lucah dia. IH dengan kisah lucu dia. MH yang stone  dan tak di lupakan, kejap kejap hilang, pastu muncul semula.

"Gi mana MH?"
"Berak laa mana lagi"

Kannn !!! Tak bersalah sangat.

Berapa kali ntah dia nak kena berak aku pun tak faham

Pastu duduk la kami semua melepak abis air secawan sorang sebelum masing masing mintak diri. Tu pun dah hampir pukul 2 !

Sewel semua orang.

Tuesday, May 3, 2011

Dahulu Tak Bijak, Sekarang Baru Nak Bijak

Hari tu aku bersemangat waja, wira, perdana, satria neo nak bukak akaun ASB. Aku nak pergi Maybank je memula pastu, kat Maybank tu offline pulak terpaksa pegi pejabat ASNB.

Nasib baik la dekat.

Tapi nak kena photostat IC. Adik cun kat Maybank tu cakap.

"Saya boleh buat copy untuk Encik tapi sehelai RM1. Melainkan urusan perbankkan"
"Tapi nak bukak ASB ni?"
"Ya. Tapi Encik, system offline sekarang, tak boleh buat juga"

Nak tak nak terpaksa aku pergi pejabat ASNB betul.

Masalahnya kena cari kedai photostat. Tapi awek Maybank tu baik jugak lah, dia suruh aku pegi kedai sebelah, situ boleh photostat.

Then bersiap sedia. Dah ada semua dokumen.

Masalahnya lagi, mesin ATM tu ada problem tak leh nak withdraw duit. Cemana nak bukak akaun?

Aku sempat pegi tanya pak guard kat ASNB tu. Dia kata minima nak bukak akaun adalah RM10 !

OK. Aku check dalam wallet ada RM150. Boleh la aku bukak dulu, then nanti aku transfer je ikut Maybank2u.

Then dengan bersemangat waja pegi ASNB.

Ting !

Tak tunggu lama, nombor aku di panggil.

"Saya nak bukak akaun"

Mesti kerani tu pandang aku atas bawah, tua tua baru nak bukak akaun. Dalam borang tu aku tak isi jumlah amaun aku nak bukak.

"Berapa unit Encik?"
"100"
"100 ribu?"

Tertelan air liur aku.

"100 ringgit je"

* nanges tepi tong sampah !

Maluh ! Tua tua baru nak bukak akaun.