Pages

Friday, December 31, 2010

Goodbye

I am leaving on a long overdue vacation.

Yes, if I don’t update my blog for too many days at a time, just think that my condition has deteriorated or I’ve died.

Take care !

Thursday, December 30, 2010

Gadis & BMW Sport Ed

Hari ni aku pegi site macam biasa.

Masih banyak kerja.

Sampai kat parking, aku nampak satu port kosong dan terus park. Bila keluar tu, tengok amoi. Seksi. Baju kemeja ketat, lurah terbukak. skirt pendek, spek mata lalat, rambut kaler kaler.

Cun juga.

Tapi yang lebih menarik perhatian aku adalah kereta dia.

"Nice car !"

Aku cuba goda goda sambil mencuba nasib.

"Yeah.. I like the color"

Aku senyum.

Memang lawa kereta dia. Rasa nak inzal kat tengah tengah parking tu.

Ingat nak ayat lelebih, kot la buleh usha usha kereta dia sebab amoi ni nampak muda, aku kagum la tengok kereta dia se gah tu.

Tapi dia tak berapa layan. Dengan hati yang pilu, aku melangkah pergi.

Tengah jalan tu, lupa. Rokok tertinggal dalam kereta. Aku patah balik. Tengok tengok minah tu berlingkar lingkar kat kereta aku.

Apahal pulak ni?

Aku dekat. Dia perasan aku. Dia senyum. Aku senyum.

Then aku perasan sesuatu. Aku pasti, tak mungkin dia pemilik BMW 525i Sport Edition sebelah aku tu.

Beliau cuma gadis tukang letak phamplets kat wiper kereta je.

"U kalau mahu tukar kereta myvi ke inspira ke, kasik tau I larr.. banyak diskaun ma"
"Haaa"

* rebah

Saturday, December 25, 2010

Gangguan Terlarang

Hari ni ada berita ngeri.

Semalam aku gagal tidur. Babik !

Pusing kanan pusing kiri. Dah pose pose kacak dan tampan di atas ranjang sendiri tapi masih gagal meniduri diri.

No ! Bukan sebab nyamuk. Tidak juga sebab panas. Aircond terpasang. Semuanya sudah siap siap dengan sempurna bagi mendapatkan tidur yang lena.

Tapi tidak.

* nanges.

Ada lah kereta sapa ntah, alarm dia memekak tak sudah sudah !

Bunyi macam hampeh. Kejap bunyi ambulan, kejap bunyi tembakan padu, kejap bunyi steamroll. Aku kerengsaan. Puas aku ambik bantal tutup telinga. Dah macam orang berperang kat bawah tu. Nak je aku ambik tong gas baling ke bawah biar pecah kereta tu.

Tapi nanti lagi dia tak henti henti memekak.

Sudahnya aku tahan je lah. Ambik dua dua bantal dan pekup telinga dengan kemas. Lama lama tertidur juga. Tu pun dah pukul 4 pagi.

Aku dah la ada meeting pagi.

Bangun subuh gajah, bersiap siap dan terus ke site. Nasib baik jalan tak jem. Dah rancang moga aku sampai tepat pada waktunya.

Tengah drive tu, aku rasa pelik. Aku rasa ketiak aku sebelah tu macam merembes rembes kebasahan. Apsal ntah. Aku siap lipat lengan dan tala kat aircond supaya angin sejuk masuk lalu membelai belai bulu ketiak yang lembut dan halus itu terliuk liuk di pupuk angin.

Nak kata panas dan aircond tak berfungsi, tak juga.

Sampai ke site, jenuh aku fikir. Bila dah sampai sebelum lari masuk bilik meeting, aku masuk toilet dan check.


Rupa rupanya, aku pakai deodorant sebelah saja !

* koma.

Happy holiday !!

Thursday, December 23, 2010

Hati Hati Isi Minyak


Tadi balik kerja aku singgah isi minyak. Minyak kereta dah nak abis. Aku isi kat Esso.

Aku park kereta, dan aku isi minyak guna credit card. Macam biasalah, then aku biarkan minyak terisi dengan sendirinya, pastu aku masuk ke dalam sebab aku nak draw duit kat ATM machine.

ATM tu agak bodo dan slow, jadi aku tunggu lama sikit.

Bila aku abis tu nak balik ke kereta. Aku nampak ada satu mamat yang kerja kat situ jaga pam, tengah berdiri kat tepi kereta aku.

Aku ingat dia tolong tutup apa yang patut sebab minyak dah penuh. Aku tak risau apa apa sebab aku dah kunci pintu kereta siap siap.

Bila aku dah dekat dengan kereta, then dia perasan aku terus dia gelabah.

Rupanya dia tengah tuang minyak dalam botol. Dia curik minyak ! Cilabi. Terus aku pun buat muka ketat kuasa dua.

"Apahal ni?"
"Eh. Tak ada tak ada. Dia dah penuh, saya simpan untuk Encik"

Pastu dia buat buat blur hulur botol tu untuk aku. Pehal lak simpan untuk aku?

"Apasal pulak. Kalau penuh dia stop sendiri lah ni. Awak curi minyak saya ya?"
"Err. Tak ada. Tak ada"

Lutut dia dah gigil.

Aku tengok kat meter tu dah lebih RM80. Biasa minyak kereta aku tak akan cecah banyak tu. Aku kira kira adalah dia songlap kat 2 botol. Satu botol tu dah penuh dia isi.

Sialan. Tapi malas nak panjang panjang isu. Aku just kasik dia amaran, jangan buat lagi, kalau tak aku report kat station tu, dan dia terkocoh kocoh bukakkan pintu kereta untuk aku.

Purak ! Purak ! Lakonan semata mata tu.

Keji !

Jadi semua, berhati hati ! Ada je orang nak mengambil kesempatan di atas kealpaan kita ni.

* nanges tepi balai

Monday, December 20, 2010

Movie Marathon

Hari ni aku tengok movie secara marathon.

Bermula dengan cerita, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.


Mengisahkan tentang Edmund dan Lucy kembali ke Narnia dengan cousin dia budak sewel tu di mana mereka bertemu dengan King Caspian untuk trip pelayaran dengan kapal Dawn Treader bagi mencari 7 pedang dari Pahlawan dulu kala. Sepanjang jalan mereka bertarung dengan cabaran dan macam macam la untuk sampai ke hujung dunia.

Itu lah synopsisnya. Macam bosan sikit. Aku kasik 7/10

Then makan kat Italianese sampai nak muntah.








Then tengok lagi movie, Tron : Legacy


Tron ! not Toron !

Mengisahkan tentang seorang anak yang mencari ayah dia yang hilang sebab terperangkap dalam game ciptaan bapak dia sendiri.

Agak bosan mula mula. Tapi aku kasik 7/10.

Sila ke panggung wayang berdekatan untuk menyaksikan sendiri samaada dengan 3D atau tidak 3D.

Aku tengok wayang di The Garden tadi. Sejuk gila dalam panggung menyesal pakai short. Mula menggigil kesejukan. Bila dah sejuk mula rasa nak terkencing.

So abis movie Narnia, aku cepat cepat lari ke toilet. Tapi toilet tu under maintenance tak boleh masuk. Frust !

Then dengan aku ada amoi ni pun tak tahan nak kencing.

Dia pun double kecewa dengan toilet sedemikian rupa.

Yang ngeri nya. Dia pakai skirt jeans nipis kaler biru, ntah cemana aku terpandang kat f*f*t dia.

Basah !

Aku tak sengaja nak pandang. Ter okeh. Ter.................

Bentuk segi tiga uols !

* koma tepi escalator

p/s Happy Birthday to Jury.

Saturday, December 18, 2010

Milo Dinosaur Dan Mee Kari

Tiba tiba ramai? Mana semua orang ni datang?

* pegang hailer tala ke tenggara....

TIADA MILO DINOSAUR FREE DI SINI !!

Harap reti !



Minum Milo sambil makan mee kari inzal tak?

Tadi siang aku meeting. Aku suruh engineer aku order mee kari. Aku pesan suruh makcik cafe letak kat bilik makan dan aku meeting dalam bilik meeting. Suruh dia bawakkan resit sekali aku nak bayar.

Nanti abis meeting kami akan berduyun duyun pegi makan.

Tengah aku meeting, dapat SMS dari nombor tak di kenali. Makcik cafe tu SMS aku.

'Mee kari depan bilik makan. resit berdekatan kuah'

Aku jawab. OK.

Pastu masuk lagi SMS.

'Mee kari dah dlm bilik. Resit atas kuah kari'

Aku jawab. TQ.

Aku tengah chair meeting ni.

Pastu tiba tiba masuk lagi.

'Resit terjatuh dlm kuah kari. Saya letak tepi atas tisu. Jgn lambat makan nanti sejuk x sedap'

Terdiam kejap.

Ni makcik cafe ke mak aku ni????



Friday, December 17, 2010

Zoo Negara

Kau orang nak tahu rahsia tak?

Aku tak pernah pegi Zoo Negara !!!

* nanges peluk badak sumbu.

Kesian tak aku? Dan jalan nak pegi Zoo tu pun aku tak tau.

* sambung menangis

Teringin jugak nak pegi jumpa sedara mara, tapi ntah lah. Bila tak tau la berkelapangan ni. Nak juga bersalam salaman dengan badak sambil pose pose tumpang berendam di sana.

* mati la kena terajang terus masuk kandang buaya. Terus kena ngap.

Ya. Aku memang katak. Tapi bukan katak di bawah tempurung. Tapi katak di bawah pyrex.

Kah kah kah...


Thursday, December 16, 2010

Magika !

Nak tengok magik?

Ya. Pasal pad kaki. Aku belum try kat kaki aku sebab aku tak de la nak try sangat. Hari tu aku beli pun sebab saja saja. Excited.

Maka dengan itu lepas aku dapat harta rampasan perang, aku pun buat lah experiment kecil bagi hati aku puas.

Apa betulkan benda ni sangat magika?

Bahan bahannya. Segelas air masak di letak dalam mug dan pad kaki tersebut.

Buat macam ni.


Apa yang cuba aku buktikan?

Aku saja nak tengok. Kalau benda ni betul letak di kaki dia jadi hitam dan berulat sebab dia sedut toksin. Ya. Apa benarkah ia magical seperti itu?

Dan pagi pagi, aku dapati ini hasilnya.


Oh. Oh.

Matilah kita semua lepas ni sebab air yang ada di Malaysia ini adalah bertoksid ! Atau mug di rumah aku semuanya beracun

* mulut keluar buih setiap kali minum air lepas ni

Tanpa letak di kaki, ia sudah hitam dan berulat. So how??

Ntah la malas aku nak beratkan otak aku. Tapi aku dah hilang keyakinan diri nak pakai kat kaki sendiri. Tanpa letak di kaki dia boleh hitam legam. May be bila bangun pagi aku tengok pad tu hitam, so aku jadi risau menangis tepi katil sebab dalam tubuh aku penuh dengan toksin dan aku bakal mati sebab ketoksinan tahap max.

Padahal kaki berpeluh je sebenarnya.

So apa yang aku nak cakapkan di sini.

Aku tak de apa apa against orang yang jual benda ni or sesiapa lah yang nak jadi businessman jual pad kaki ke, sarung tetek ada laser ke apa. Sepupu aku sorang tu pun gigih selalu call suruh aku join benda benda macam ni dan aku memang sejak di lahirkan tak de talent nak buat kerja kerja ni. Pastu heboh satu kampung dia berjaya dapat anugerah itu ini sebab business dia. Gempak la konon berjaya.

Apa yang penting, kalau kita nak jadi pengguna atau nak pakai. Pastikan hasilnya berbaloi baloi dengan wang ringgit yang kita belanjakan.

Jangan sampai membazir.

* tembak AC Mizal jahanam tu.

May be benda ni bagus untuk orang lain, tapi bukan untuk aku kot.

Wednesday, December 15, 2010

Ritter Sport

Ritter sport kaler hijau adalah sangat inzal.

Monday, December 13, 2010

iCity

Malam semalam terbangkit tu, dapat panggilan telefon. Ada orang ajak aku pegi iCity.

Mati la, aku tak pernah berkeinginan nak pegi sana walaupun asyik lalu berpuluh puluh kali time nak pegi rumah member aku. Dan aku rasa dia pun tak pernah pegi walaupun tak sampai sepenanak nasik je jauhnya dari rumah dia tu.

Berak pun tak puas.

Tapi orang kata, jangan under estimate benda benda ni, kadang kadang ianya memang sangat impressive dan kita jadi terkesima rama rama tak tentu hala.

Sila bagi peluang untuk teroka. Maka ini lah jadi nya.















Apa macam?

Ada kau orang tiba tiba tertegang otot kemaluan?

Inzal kan? Well.

iCity atau pun intelligence city ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Dibangunkan oleh i Berhad dan kini menjadi i-kon antara tempat menarik yang perlu di kunjungi di negeri Selangor ini. Ia sesuai untuk di lawati oleh i, mak i, ayah i, kakak i, makwe i. I I je. U U pegi tempat lain !

Sebenarnya apa yang menarik di sini cuma lah lampu lampa yang bergemerlapan menghiasi setiap sudut yang ada. Pada waktu siang, tempat ini hanyalah bangunan pejabat yang menempatkan pejabat pejabat, tapi pada waktu malam, bila lampu lampu di pasang, maka terjadi lah semua benda macam ni.

Pokok pokok di hiasi rapi. Pokok berlampu. Pastu ada jugak la replika benda benda lain seperti pokok christmas, binatang binatang lain dan macam macam lagi. Pendek kata, teruja jugak la kalau kali pertama memandang.

Nak tengok lagi?














Dah cukup.

Kalau nak tengok dengan lebih real, pegi je ke Shah Alam tu. Ianya di buka setiap hari, setiap malam. Kadang kadang ada aktiviti lah. Bayaran masuk RM10 satu kereta. Rasanya kalau rajin, jalan kaki dari luar tu free je. Tapi jenuh jugak nak menapak.

Dalam tu ada kedai kedai makan juga. So boleh lepak lepak tengok orang ramai. Ramai jugak orang. Oh aku nampak Rawsha bakal di buka dalam tu Januari nanti.

Sila berbondong bondong ke sana okeh?

Sunday, December 12, 2010

Di Luar Daerah

Huargh ! Hah ! Hah !

Abang kepenatan. Rasa hendak tidur 2 hari tak nak bangun bangun. Maklum lah sibuk beraktiviti ni.

Semua tahu kan aku berada di luar kawasan sebab menghadiri mesyuarat dan sesi pengurusan opis aku tu.

Penat okeh.

Mana nak masuk meeting. Nak diskusi itu ini. Beraktiviti berpeluh peluh termasuk juga menghiburkan peminat peminat abang yang berlonggok longgok nih !

Yang tak bestnya, abis la weekend aku kerugian. Maka abang tak dapat menghibur peminat peminat abang di tapak pesta Sure Heboh walaupun, dikhabarkan semua peminat datang berduyun duyun semata mata nak tengok abang.

* mati lah tipu.













Friday, December 10, 2010

Percutian Tahun 2011

Aku sibuk buat kerja lain.

Kerja apa?

Hah. Booking tiket Air Asia. Ya. Aku tengah gila dan bersemangat

Kan tengah ada sale ni. So aku pun dah plan, tahun depan aku adalah duta Air Asia. Maka dengan itu, aku dah book beberapa tiket flight untuk tahun depan bersesuaian dengan cuti cuti yang ada dan aku dah rancang.

Memang aku plan sorang, bukan tak ajak kawan lain. Aku ajak ! Tapi aku book dulu sebab kalau nak tunggu mereka buat decision, nanti sampai abis promosi ni tak berbook.

Maka dengan itu, aku book dulu. Dan kalau ada nak join nanti boleh hop in je. Aku tak de masalah.

So, nak tahu jadual trip abang tahun depan?

Ni yang aku dah book.

* matilah terus jatuh miskin

Dec/Januari 2011 - Bali dengan GBS.


February - Medan Indonesia ( Lake Toba )



Feb - Kuching


March tak leh book tiket sebab aku akan busy. Ada office trip ke Karambunai dan juga di mana ntah satu lagi.



May - Phuket.


May jugak aku dah plan nak pegi backpacking KL - Surabaya - Solo - Yogjakarta - KL.


July - Reserved. Ada plan untuk birthday aku, tapi tak sure lagi bila dan nak pegi mana. Lagi pun tak de cuti.

Aku ada reserve nak pegi another backpacking ke KL - New Delhi - Jaipur - Agra - Kathmandhu dan balik samada ikut Kulkuta ataupun New Delhi.



Dan last sekali, trip untuk tahun depan, dah book. Bulan Oktober ke Perth, Australia !



Yea !!!!

Kenapa Perth? Sebab time tu Springs. So best la. Lagipun aku belum sampai Perth. Melbourne, Gold coast dan Sydney dah pegi.

Ini lah masanya ! Gila kan? Tapi kalau aku tak plan, selamanya aku tak akan pegi. Insya Allah.

Tu semua dah book dan confirmed. So tengok la cemana. Hopefully tak de aral melintang pukang. Aku takut aku busy dan tak boleh cuti je. Tapi project sekarang dah habis. Aku harap kalau ada project lain aku manage tahun depan, customer aku tak de lah yang macam sekarang ni dan aku boleh habiskan cuti aku sesuka hati.

Cuti aku tahun ni ada lagi 11 hari ! Dan tak boleh nak carry forward ! Nanges. So bakal lebur lah.

Pegi ramai ramai pun seronok, tapi kalau sorang sorang pun aku tak de masalah ! Cuma tahun depan, travel ni budget lah sebab aku kena rancang perbelanjaan juga, tak boleh bermewah mewah tidur hotel best macam trip trip tahun ni.

* bawak tikar mengkuang tidur depan Taj Mahal.

Sunday, December 5, 2010

Cuti Cuti Sendiri

Abang tiada !!!

Sudah di kasi tau kan abang mahu pergi wisata jalan jalan sampai hari Selasa.

Kali ni destinasi cinta abang adalah ke Jakarta !


Ketidak beradaan abang ini, jaga diri dan dara baik baik. Abang pegi tak lama.

Nanti abang pulang bawak Luna Maya untuk kamu semua yach, kita gulai sheols sama sama.

Permisi donk ah !

Friday, December 3, 2010

Memanjakan Diri

Masa untuk memanjakan diri.















Hari ni, yang urut aku cun. Macam Rossa ! So dia mulakan dengan urut belakang dan aku meniarap. Aku dok bayangkan syok syok, Rossa yang urut aku.

Tiba tiba dia bersuara.

"Encik. Sila pusing ya"

Alamak ! Masa tu aku dah cuak. Aku tengah stim. Aku toleh kat dia, dia memang angkat tuala sebab konon konon bersopan la. Tapi bila aku pusing, dah tak leh nak kever. Cokeng !

Dia letak tuala tu atas badan aku, still cokeng !

Malu nyer !!!!!!!!!!

"Encik sejuk ya?"

Aduh !

"Ya Ya"
"Mahu saya kecilkan aircond nya?"
"OK"

Aku pejam mata buat tak tahu. Mati lah kalau dia speku aku imaginasi benda bukan bukan dan berharap ada sesi urutan benda benda mengarut.

Tapi dia professional lah. Dan aku pun kena la professional.