Pages

Tuesday, November 30, 2010

Percutian Tergempar

Datang idea nak pegi berjalanan ni dengan jayanya. Dah check ticket dan aku dah jumpa beberapa destinasi yang aku rasa aku boleh pegi yang flight ticket dia masih di bawah RM400 return.

Sila tunjuk ajar.

1. Kuching.



Aku tak pernah pegi kuching. Meow meow. Kampung tak aku ni? Ya lah. Dalam Malaysia ni aku cuma tak pernah pegi Sabah dan Sarawak je.

* nanges.

IG selalu gelakkan aku bila aku kata aku tak pernah ke sana.

Apa, bandar sangat ke orang Kuching tu setakat ada kasut Nicchi 14 inchi??? Opss.

Aku dah check tiket. Kira mampu lah pergi walaupun last minute macam ni, hotel tak de masalah boleh cari. Tapi, apa aku nak buat kat sana? Aku nak pegi sorang sorang ni !

Kalau kat Kuching, ada cuma ada satu skandal je. Fasha Sandha. Tapi ! Aku tak de nombor phone dia dah, mana aku nak carik dia????

Jadi, adakah Kuching menjadi destinasi pilihan abang? Kita tunggu !

Sila tunjuk ajar, apa best buat di sana.

2. Calon yang ke dua adalah Jakarta !



Wah ! Tak kalah ni. Aku dah check harga tiket. Harga dia sama dengan tiket pegi Kuching ! So? Baik la aku pegi Jakarta. Sekurang kurangnya aku boleh beli seluar kerja ke or shopping sikit sikit di sana !

Dan abang juga boleh mandi kucing !

Ops..

No no no ! Motip percutian ini adalah tidak berasaskan sex ! Cuma abang nak pegi berehat dan berjalan jalan menengok tempat orang.

Tapi kalau ada mandian kucing, harus lah tak kan ku lepas kan.

* lari nyorok belakang tulang ikan.

So, adakah Jakarta jugak boleh di lawati dan menarik untuk di lawati? Aku pun tak tahu. Last hari tu aku pergi Jakarta, hmm macam OK la jugak, tapi yang tak tahan jem dia tu. Macet katanya. Boleh bikin melecet dan pancit.

Aku ada skandal sana dulu tu kan? Tapi dah tak tahu cemana nak contact dia pun. So aku tak de plan nak jumpa sapa sapa di sana.

3. Bandung? No?



Well. Aku bukan la nak shopping sangat pun. So aku tak rasa Bandung is a good place to go. Plus, apa aku nak carik semua ada di Jakarta kan?

4. Singapore.



Singapore best tapi tak boleh bawak masuk rokok ! Nak beli rokok di Singapore adalah sangat mahal.

Jadi?

Tak tahu. Macam dah lama jugak tak pegi Singapore. Tapi kalau aku pergi pun aku bukan tau nak buat apa unless aku ada member member boleh gi jalan jalan. Abis abis aku duduk bilik je, dan melangut !

5. Langkawi.



No. Bosan !

6. Penang.



Again??

* muntah hijau.

Tiket silap beli untuk makcik Mona last week burn macam tu je. Ana ada sana. Zakiah panas pun ada sana, tapi???

Ntah. Bosan lah.

7. JB.



Menarik jugak, but nak buat apa?

8. Medan.



Macam best juga tapi still aku tak tahu nak buat apa kat sana. Kalau aku pegi dengan GBS boleh aku pergi Danau Toba. Aku teringin nak ke sana.

Tapi kalau sorang sorang, abang pose pose di tasik madu je lah nanti.

* nanges telefon mak aku suruh datang selamatkan aku.

9. Phuket.



Aku belum pernah sampai, tapi harga tiket agak mahal sikit, plus tempat tempat macam ni pegi sorang sorang adalah tak syok.

Sapa nak gi bercuti dengan abang ni?

10. Balik Kampung.



Bosannya balik kampung. Apa aku nak buat?? Setakat Venice, Pisa, Roma tu semua abang dah bosan.

* Mati la kena tembak serta merta.

So sila tolong dan bantu aku, nak cepat ni nak decide ke mana aku nak pergi. Jika tidak aku akan mati kering cuti lama lama macam ni.

Hari ni tak de apa yang menarik. Aku sibuk di site dan banyak kerja nak buat, jadi aku habiskan kerja aku dan sebenarnya masih belum siap.

Abang masih sibuk menguruskan percutian tergempak ini.

* matilah last sekali duduk rumah membuta sajork !

Saturday, November 27, 2010

Poco Poco

Petang tadi, staff aku telefon. Dia pegi hantar kereta dia betul apa ntah, dekat area rumah aku. So tak jumpa cari kedai makan dia mula kelaparan. Maka dia suruh aku selamatkan dia.

Bergegas aku ni pegi jumpa dia dan bawak dia pegi makan, kalau tak dia angin kus kus kat mamat bengkel yang salah buat kereta dia tu.

"Marah marah ni kurang gula dalam badan la ni?"

Aku berseloroh.

"Hah lah. Gua lapar ni beb. Cepat la beb"

Kebulur lah situ kalau aku ni tak rajin.

Tapi abang rajin. Gelak gila dia tengok aku muncul dengan seluar pendek di hari bekerja. Dia pegi site pagi tadi sebab nak ambik kereta company dan dia baru balik opis hantar kereta tu.

Aku bawak dia pegi makan dan kami lepak lepak.

"Beb. Gua ada cerita hantu beb!"

Dia mula bercerita bersungguh sungguh !

Aku tak tahu lah, may be ada yang dah dengar cerita ni, tapi aku baru je dengar. Cerita hantu dekat kampung wife dia ni. Kisah mengenai seorang mak andam yang baru je meninggal. Bila dia mati, dia bangkit sebagai pocong dan kembali ke kampung halaman dan dia pergi cari semua orang orang perempuan yang dia pernah andam dan minta pertolongan.

Tau apa pertolongan dia?

Dia mintak cabutkan susuk yang dia pakai !

Menyeramkan sial. Aku dengar pastu mula nak fikir bukan bukan.

Yang paling ngeri, siap dia mintak polis buat rondaan tolong bukak susuk dia tu.

Dan cerita ni tersebar luas di kampung halaman tu, sampai suami sang arwah ni lari keluar kampung sebab ketakutan dan tak tahan cerita orang kampung. Kata dia, kubur dia siap berlubang bila orang pergi check.

Maka, semua orang kampung yang pernah bersolek dan mengandam dengan makcik ni adalah hidup dalam ketakutan !

Ngeri tak?

Dah. Jangan imagine lebih lebih. Iman tak tipis ni jangan ada hati nak berlagak berani.

* cakap pada diri sendiri.

Friday, November 19, 2010

Membawa Dirit

Aku stress dan tertekan. Aku dah malas nak duduk rumah.

Datang plan.

Aku pack baju ala kadar !

Aku keluar rumah. Aku pergi rumah kakak aku. Aku makan dulu dan mintak adik aku hantar aku ke LCCT !

"Awak nak pegi mana?"
"Ada lah"

Aku pun tak tau nak jawab apa kat kakak aku. Tapi aku cakap urusan kerja. So kakak aku tak cakap apa apa.

Adik aku OK je. Tak banyak cekadak.

Dia hantar aku ke LCCT.

Sampai LCCT. Aku tak tau nak ke mana. Tapi aku memang dah plan.

Aku akan beli tiket dan naik flight on first available flight masa aku sampai kat LCCT tu.

So here I am.

Membawa diri sendiri, kerengsaan.

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban 2010

Salam bahagia. Salam hari raya.

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Alhamdulillah. Hari ni kita semua berkesempatan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha buat kali yang seterusnya. Semoga hari yang mulia ini dapat kita nikmati dengan melakukan pengorbanan yang di tuntut dalam agama dan juga menginsafi kita tentang pengorbanan orang orang yang terdahulu buat kita hingga kita hidup bahagia, sentosa, aman dan bahagia hingga ke hari ini.

* mati la semua orang baling telur.

Well. Tak puas lagi beraya? Masih ada yang bercuti cuta esok? Kepada yang masih bercuti, teruskan berehat. Bagi yang kembali bertugas, lakukan tugasan anda dengan sempurna. Usah bermuram durja, kerana tanggungjawab kita itu adalah penting sebagai satu pengorbanan kecil yang mampu kita lakukan kali ini.

* matilah berceramah lagi.


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha.

Selamat Berkorban ! Selamat balik kampung & Selamat bercuti !





labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak

wahai Allah
kami datang memenuhi panggilanMu
tiadalah sekutu untukMu
segala puji dan kuasa untukMu

kami meraba tanpa cahaya
kami yang lupa hina dan papa
di hadapanMu yang Maha Indah
di hadapanMu yang Maha Mulia

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak
Opick - Haji

Monday, November 15, 2010

Jom Tengok Wayang : RED

Kami bersiar siar keliling kota tak tahu nak ke mana. Akhirnya aku bersuara.

"Tengok wayang nak?"
"Cerita apa?"
"Hmmm"

Berkat teknologi di tangan, aku browse thru. Aku memang nak tengok cerita RED tu.

So memastikan cinema yang masih menayangkan cerita tu, akhirnya aku dapat temui jua lewat malam hari, kami ke Berjaya Time Square dan menonton di sana !



Dilakonkan oleh hero hero tua. Sesuai dengan tajuk cerita nya RED : Retired, Extremely Dangerous !

Antara pelakonnya adalah Bruce Willis. Morgan Freeman. John Malkovich dan ramai lagi.

Aku tengok pun tanpa sebarang expecatation.

Mula mula aku ingat cerita kelakar. Sebab Bruce Willis kat rumah dan dia blur blur dan masih mencari cinta. Sehingga lah 10 minit lepas tu, ada serangan ke rumah beliau dan ada cubaan untuk membunuh Abang Bruce Willis nih !

Maka dengan itu, plot bertukar arah dan rentak movie menjadi sangat beraksi.

Dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain. Action pack bermula dan terus berlarutan hingga ke hujung movie. Al kisah. Geng komplot untuk membunuh para bekas CIA yang pernah terlibat dalam satu konspirasi di Guatemala satu ketika dulu. Jadi mereka mereka ini mahu di bunuh oleh Timbalan Presiden dan kuncu kuncu nya satu persatu.

Jadi ! Bruce Willis telah pun meminta bantuan geng geng dia yang lain yang dah tua tua bangka ni semua dan mereka pun sepakat untuk mempertahankan keselamatan mereka dari ancaman bunuh tersebut.

Dan begitu lah sampai habis cerita dia, final story dia aku save la then sapa yang berminat boleh menonton sendiri di pawagam berdekatan anda !

Kalau tak pun, tunggu je DVD sebab cerita ni rasanya nak abis dah kat wayang.

Aku kasik 9/10 !

Must See !

* tengok semua berbondong bondong pegi tengok wayang.

Motip tengok cerita Tamil?

Sunday, November 14, 2010

Testimoni Beluran


Life my get hard, but you have to pull out of it and be strong,
Life may throw you bad things or good things but get the good things,
of life and make it the happiest.


Dont listen to the people that hate you but the best friends
thats been with you thro hard and thin and best and worst....


In life there are people that will hurt us and cause us pain,
but we must learn to forgive and forget and not hold grudges.


In life there are mistakes we will make,
but we must learn from our wrongs and grow from them.


In life there are regrets we will have to live with,
but we must learn to leave the behide and realize it is something we can’t change.


In life there are people we will loose forever and can’t have back,
but we must learn to let go move on


In life there are going to be obstacles that will cause interference,
but we must learn to over come these challenges and grow stronger.


In life there are fears that will hold us back from what we want,
but we must learn to fight them with the courage from within


God holds our lives in his hands . He holds the key to our future .
Only he knows our fate.


He see’s everything and knows everything.
Everything in life really does happen for a reason.


“God’s Reason”.


Sweet moments are made of affection,
Between two persons, With true feelings And bothsides attraction.


Sweet moments are made of love, Between two hearts,
Which belong to you and me, Love that God has sent from above.


Sweet moments are made of kisses, Between two lips,
Started by touching with your finger tips,
Kisses that so wet,so deep and with sweetness.


Sweet moments are made of passion, Between man and woman,
Through lust And hot temptation.


Sweet moments are made of togetherness,
Between two people, Sharing thoughts, Making sport, Watching movies


Sweet moments is always the best memories.


"The moments with you will always be my sweetest experience in life.
You're my unforgettable one!"

Align Center
Kredit to lovingyou.com

Saturday, November 13, 2010

NatioUwide Express !


Tengok van ni. Ada apa yang tak kena dengan dia?




Nampak?

Itu van biasa. Aku tengok tadi. Perasan natioUwide tu? Sah ada yang tak kena. Bila baca part bawah, aku rasa van ni tipu ! May be dia bawak dadah. Atau bawak benda lain yang mencuriga kan.

Ini pastinya bukan nationwide ! May be NatioUwide. Mana mana lah letaknya negara tu di dunia ni, aku pun tak tahu. Mungkin kiriman dari angkasa lepas !

Monday, November 8, 2010

Banjir

Oh ya. Cuaca sekarang masih tak menentu kan terutamanya di Utara. Bagi geng yang berada di negeri negeri di Utara. Jangan main hujan nanti hanyut.

Kau orang ingat kau orang tu Nurul Huda Abdullah ?

Sebagai masyarakat perihatin. Kalau mereka perlu apa apa bantuan. Mahu cili kering ke, lada boh ke, beras sekampit kondom sepapan atau apa saja di sana. Kita kena bantu !

* Aku serius ni ! Ada kau tengok aku gelak?

* Matilah garang, kalau orang suruh berenang selamatkan mangsa banjir, aku muncul dengan boya warna warni

"Cepat! cepat !, naik bot sayur ni, kita pergi curi tuala kat hotel hotel grand di Kangar ni"

Buat Geng yang kena banjir. Hati hati main air, jangan sampai kau hanyut terlekat tepi pagar sekolah Tamil. Dan pastikan minum air yang bersih, kang kena taun pulak kau tu.

Ini gambar gambar ni.

Segar dari ladang okeh !








Sunday, November 7, 2010

Kapal Terbang

Dulu aku kecik kecik benda yang aku paling excited adalah kapal terbang.

Rumah aku tepi pantai. Jadi kalau aku lepak ke mana mana, selalu nampak kapal terbang lalu. Dan aku memang excited tiap kali nampak tu.

Masa kecik kecik excitement tu aku lepaskan dengan menjerit.

"Kapal terbang !!!!!!!!!!!! Kapal terbang !!!!!!!!!!!"

Pastu lambai lambai. As dia orang dengar or nampak aku yang macam semut ni.

Tapi tu namanya kepuasan.

Dan masa kecik aku ada toy toy yang berupa kapal terbang dan menjadi antara mainan yang aku paling sayang.


Sejak itu, angan angan aku pasang. Satu hari aku nak naik kapal terbang ! Aku nak rasa macamana thrillnya terbang di angkasa. Dapat tengok semua benda dari mata burung. Dapat buka seluasnya minda dan jiwa dan dapat tengok sesuatu dari sudut yang berbeza.

Dan peluang tu hanya aku dapat masa umur aku 18 tahun.

Excited terbang buat kali pertama. Aku tetap ingat thrill dia. Aku terbang pukul 12.30 tengahari dari Subang Airport ke Los Angeles !

Itu penerbangan pertama. Itu penerbangan paling lama !

Dan sejak itu, aku terbang berkali kali, tapi sebenarnya sampai sekarang, aku sendiri tak puas lagi naik kapal terbang. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin thrill kot.

Penerbangan pertama aku - Subang Airport - Narita - Los Angeles - Chicago - STL. Semua tu 26 jam !

Dan itu juga penerbangan paling lama !

Kena tinggal dengan kapal terbang pun pernah masa nak pegi JB. Hiks

Penerbangan paling pendek? Penang ke KL. Tak sampai 45 minit. Landing awal.

Penerbangan paling menakutkan. Dari KL ke Jakarta. Ada turbulence buat aku rasa jantung aku berkali kali runtuh !

Penerbangan paling cantik permandangannya. Dari Dubai ke KL. Lalu atas India waktu malam dan aku nampak lampu berkelipan dari atas macam pesta ! Dan aku rasa itu la penerbangan paling best dalam hidup aku. Paling smooth.

Penerbangan paling aku tak rasa apa apa. Dari Brisbane ke KL. Aku masuk flight terus tidur selama 9 jam. Sedar sedar dah sampai. Aku letih sangat time tu.

Penerbangan paling selesa. Semestinya naik Business Class dari KL ke London.

Dan Penerbangan paling cool?

Dapat naik ride kat fun fair masa kecik kecik dulu yang berpusing pusing tu. Masa tu, rasa cool gila dan nak jerit pada sesisi dunia.

Walaupun tak sampai beberapa meter pun tingginya.

Tapi itu la kenangan paling terindah naik kapal terbang !

Saturday, November 6, 2010

Solusi Untuk Kaki Berbalas Pantun Di Ranjang

Pasti menarik korang nak tahu ni. Tengok gambar dulu.




No ! Ini bukan ritual minum teh ke apa. Tak de tak de. Ini nak bagitau, produk yang di namakan NasaPot - Clears Blocked Noses.

Dia consist of pot tu, pastu garam dia.

Pot tu adalah alat dia, yang bertindak adalah garam tu. Garam ni guna dia untuk mencuci hidung dan lubang hidung kita yang bermasalah seperti berdengkur ria.

Ya. Abang kan kaki dengkur dan bebas berbalas pantun ketika di ranjang. Maka produk ini seperti yang di sugesi, boleh membantu mengurangkan dengkuran dan bertindak membersih lubang hidung dan membuatkan kita boleh bernafas dengan lebih lega.

Begitu ayat buku aku.

Cara nak guna?

Bancuh garam dalam air suam. Sondol menatang tu ke lubang hidung. Dan curah air tu keluar masuk idung.

Ngeri jugak tu. Dah la lubang hidung abang ni serombong kapal, buatnya lekat terus tak leh tanggal, how?

Bergayutlah pot tu di hidung sepanjang hari.

Tapi bagi aku tak buat pun tak per sebab OR dah tak heran. Cuma kalau untuk kesihatan boleh la usahakan.

Thursday, November 4, 2010

Aku Dan iPhone


Sebelum ni aku selalu merungut pasal Maxis banjingan tu. Well. Untuk pengetahuan semua, IPhone aku tak bermasalah dengan bill lagi. Dulu kan, bill aku sebulan datang 2 kali. Asyik kena barred je line sebab dah sampai limit.

Kini tidak lagi !

Kalau dulu bill aku sebulan mencecah RM1000 !! Tapi kini, aku boleh tersenyum riang sambil menampakkan lambakan tahik gigi di celah gigi geraham kerana bil abang cuma RM350 sahaja maxima.

Satu penjimatan yang jitu betul tak?

Tau apa aku dah buat? Aku dah disable semua benda kat iPhone tu jadi not really a smart phone mana dah. Setakat nak receive call, SMS dan snappy sana sini. Itu sudah mencukupi. Pendek kata, Iphone aku sebenarnya sekarang hanya berfungsi laksana Nokia 3150 sajork dah.

Hiks.

Tapi tak pe. Aku suka features kat iPhone tapi functionalnya aku banyak disable. Sekurang kurangnya aku tak pening kepala dah fikirkan pasal bil yang mencanak tu.

Start hari ni abang dah boleh menabung lebih untuk sesi berjimba jimba di Zimbabwe Selatan kelak.

Wednesday, November 3, 2010

Aku Demam

Dua tiga hari masa demam memang terjelepuk hina. Dengan tak de selera makan nya, dengan tak baik baik demam, susah nak bernafas dan macam macam lagi betul betul merengsakan. Nasib ada OR jaga.

Dia la keluar masuk pegi kedai, beli itu ini. Sampai ke cool fever yang tampal dahi pun dia beli.

"Yang. I salah beli"
"Kenapa?"
"Ni untuk baby.... Tapi tak pe la. Awak pun baby jugak kan?"

Aku senyum tawar. Lawak lawak adalah tak berapa menginzalkan time kita demam.


Monday, November 1, 2010

Forgive The Naivety

This is where I rant, lonesome, from my own little hill....

Anything I wanna say.....